Sekadar selingan...

Sekadar selingan...

Sunday, December 16, 2007

Al-Quran & Sains Teras

KEPENTINGAN CAP JARI

Ketika Tuhan semesta alam menyatakan dalam al-Quran bahawa amat mudah bagi-Nya membangkitkan manusia selepas kematian, cap jari manusia ditekankan secara khusus. Hal ini dinyatakan dalam firman suci berikut:

Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-belulangnya? Bukan demikian, sebenarnya Kami berkuasa menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna. (Al-Qiyamah 72:3-4)

Satu daripada faktor-faktor yang menyebabkan orang-orang kafir menafikan kewujudan alam akhirat selepas mati ialah kerana bagi mereka adalah mustahil untuk mencantumkan semula tulang-belulang manusia yang telah mati dan tambahan lagi dengan jumlah manusia yang besar. Allah menempelak mereka dengan mengatakan bahawa bukan sahaja Dia mampu untuk mencantumkan tulang-belulang manusia, tetapi Dia juga boleh mengaturkan semula jari-jemari kita dengan sempurna.

Mengapakah al-Quran menekankan tentang jari-jemari apabila ia menyentuh tentang pengenalan seseorang manusia? Pada tahun 1880, cap jari digunakan sebagai alat untuk mengesan atau alat pengenalan bagi seseorang individu dan ini berlaku selepas kajian yang dilakukan oleh Sir Francis Golt. Ini kerana tidak terdapat dua orang manusia yang memiliki cap jari yang sama di dalam dunia ini. Ini juga menyebabkan pasukan polis menggunakan cap jari untuk mengenal pasti penjenayah. Walau bagaimanapun, pada 1400 tahun dahulu iaitu ketika mana al-Quran diwahyukan, pastinya tiada seorang pun yang terfikir tentang perkara sebegini, tetapi Allah selaku Pencipta alam semesta ini telah menyebutkan tentangnya dalam al-Quran.

WUJUDNYA RANGSANGAN SAKIT (PAIN RECEPTORS) DI BAWAH LAPISAN KULIT MANUSIA

Pada masa dahulu, manusia beranggapan bahawa rasa sakit cuma dirasai di otak. Tetapi anggapan ini ditolak dengan penemuan sains moden yang mengatakan bahawa sebenarnya rangsangan sakit bawah lapisan kulit (pain receptors) yang menyebabkan manusia merasa sakit. Sebagai contoh, seorang pesakit yang terkena api akan mengalami dua jenis kebakaran iaitu pertama, kebakaran yang hanya berlaku di bahagian atas kulit yang tidak akan merosakkan rangsangan sakit (pain reseptors) di bawah kulitnya, tetapi jenis kedua iaitu kebakaran dalaman yang berlaku di bawah lapisan kulit yang akan merosakkan rangsangan sakit di bawah kulitnya. Ini bermakna, seseorang yang mengalami kebakaran jenis kedua ini adalah lebih merbahaya keadaannya berbanding dengan yang mengalami kebakaran jenis pertama tadi. Ini kerana ia tentunya tidak mampu untuk merasai sebarang rangsangan lagi. Hal ini dengan tepatnya dinyatakan oleh al-Quran:

Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (An-Nisa’ 4:56)

Dalam ayat di atas, Allah menerangkan tentang kewujudan rangsangan sakit. Profesor Tagatat Tejasen, Pengerusi Jabatan Anatomi di Universiti Chiang Mai, Thailand, merupakan seorang saintis yang membuat banyak kajian tentang rangsangan sakit. Pada mulanya, beliau tidak percaya mengenai fakta yang disebut dalam al-Quran tentang rangsangan sakit. Ini kerana bagi beliau tidak mungkin perkara yang bertepatan dengan penemuan sains moden terkandung dalam al-Quran yang diturunkan pada 1,400 tahun dahulu. Selepas membuat beberapa kajian dan kepastian, beliau amat tertarik dengan ayat al-Quran tersebut. Oleh itu, pada Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang berlangsung di Riyadh yang membincangkan tentang fakta-fakta sains yang terdapat dalam al-Quran dan Sunnah, beliau telah melafazkan dua kalimat syahadat.

Kedatangan Nabi Muhammad Menurut Bible (Bah. 20)

Kesimpulan

Dalil-dalil yang dipaparkan sudah cukup untuk dijadikan bahan bukti yang menunjukkan kebenaran Nabi Muhammad sebagai rasul akhir zaman. Sebagai kesimpulan, Bible sebenarnya menceritakan sifat-sifat rasul akhir zaman secara terperinci. Antara sifat-sifat itu adalah baginda seorang yang ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis.

Baginda adalah Himdah atau Paracletos yang merujuk kepada seseorang yang terpuji. Maksud ini sangat selari dengan maksud nama Ahmad dan Muhammad. Baginda berasal berketurunan Nabi Ismail yang berbangsa Arab yang berasal dari Paran iaitu Mekah. Keturunan Nabi Ismail dijanjikan dengan kemuliaan dan kehebatan sebagaimana yang disebutkan oleh Bible. Baginda berhijrah ke Tema iaitu sebuah kawasan di utara Madinah. Di Madinah, baginda mendapat pertolongan dan bantuan sehingga tertegaknya sebuah negara Islam pertama yang berdaulat di sana. Tuhan telah mengurniakan Shalom iaitu Islam kepada baginda sebagai jalan keselamatan di dunia dan di akhirat.

Selepas setahun berada di Tema iaitu Madinah, berlakulah peperangan dengan keturunan Kedar. Perang Badar berlaku pada tahun ke-2 Hijrah antara bangsa Quraisy dengan umat Islam. Quraisy berasal daripada keturunan Kedar dan Kedar pula adalah salah seorang anak Nabi Ismail yang pernah menetap di Mekah. Kemenangan menyebelahi Nabi Muhammad dan umat Islam berjaya mengalahkan bangsa Quraisy di Badar. Kesemua ini dinyatakan di dalam Bible secara terperinci.

Pada kemuncak perjuangan Nabi Muhammad, baginda bersama-sama dengan 10,000 orang pengikut yang suci iaitu para sahabatnya menguasai kota Mekah dan seterusnya membebaskan kota suci itu daripada belenggu syirik. Baginda bercakap dengan firman-firman Tuhan dan dengan menggunakan nama Tuhan tanpa sebarang tokok tambah. Al-Quran merupakan ‘lagu baru’ yang diturunkan oleh Tuhan kepada umat manusia dan isinya tidak pernah berubah dan setiap surah di dalamnya dimulai dengan sebutan nama Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yesus perlu pergi sebelum Paracletos baru diutus kepada umat manusia. Paracletos juga akan menjadi saksi tentang kebenaran Yesus dan membongkar kesesatan ajaran yang mempertuhankannya. Nabi Muhammad diutuskan untuk melaksanakan semua itu.

Menarik untuk dinyatakan di sini ialah nukilan seorang bekas paderi Roma Kalotik iaitu Reverend David Benjamin Keldani di dalam bukunya yang bertajuk Muhammad in the Bible. Beliau yang sudah memeluk Islam menulis, “Daripada tulisan-tulisan saya ini, saya ingin menunjukkan bahawa ajaran Islam yang berkaitan dengan aspke-aspke ketuhanan dan rasul akhir zaman adalah benar belaka… Saya mengasihi Jesus, Musa dan Abraham sebagaimana saya mengasihi Muhammad dan sekalian rasul-rasul yang lain.”

Katakanlah: “Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun di antara mereka dan hanya kepada-Nya jualah kami menyerahkan diri.” ― Ali Imran 3:84

Kedatangan Nabi Muhammad Menurut Bible (Bah. 19)

Nabi Muhammad di dalam Injil

Di dalam Revised Standard Version of the Bible disebutkan bahawa:

“Nevertheless I tell you the truth: it is to your advantage that I go away, for if I do not go away, the Counselor will not come to you; but if I go, I will send him to you.” ― John 16:7

“And I will pray the Father, and he will give you another Counselor, to be with you for ever, even the Spirit of truth.” ― John 14:16-17


Terjemahannya mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah:

“Namun benar yang Kukatakan ini kepadamu: Adalah lebih berguna bagi kamu, jika Aku pergi. Sebab jikalau Aku tidak pergi, Penghibur itu tidak akan datang kepadamu, tetapi jikalau Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepadamu.” — Yohanes 16:7

“Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya, iaitu Roh Kebenaran.” — Yohanes 14:16-17

Paracletos adalah Ahmad

Kamus Alexandre’s Dictionnaire Grec-Francais menyatakan bahawa kalimat Paracletos berasal dari suku kata peri dan cleotis. Apabila dua suku kata ini digabungkan, ia membawa maksud ‘dia yang terpuji’ atau dalam bahasa Inggeris diterjemahkan sebagai the most illustrious, glorious and renowned. Maksud ini sangat selari dengan nama Nabi Muhammad kerana kalimat ‘Ahmad’ atau ‘Muhammad’ itu sendiri membawa maksud ‘dia yang terpuji’. Paracletos tersebut akan menjadi saksi terhadap Yesus. Hal ini tepat sebagaimana yang dinyatakan di dalam Injil Yohanes 15:26 yang bermaksud, “Aku akan mengutus Penolong yang berasal daripada Bapa kepada kamu. Dia Roh yang akan menunjukkan apa yang benar tentang Allah. Apabila Dia datang, Dia akan memberikan kesaksian tentang Aku.”

Paracletos akan bersaksi tentang Yesus

Ayat di atas menjelaskan bahawa Paracletos yang bakal datang itu adalah identiti lain yang akan bersaksi tentang Yesus dan Nabi Muhammad pula ditugaskan untuk melaksanakan kesaksian tersebut. Maksud memberi kesaksian tentang Yesus ialah menerangkan bahawa Yesus bukanlah seorang Tuhan atau anak Tuhan sebagaimana yang didakwa oleh orang Kristian. Nabi Muhammad akan memberikan kesaksian benar dengan menyatakan bahawa Yesus adalah seorang manusia biasa yang diangkat oleh Allah menjadi nabi dan rasul-Nya. Hal ini sangat sinonim dengan kenyataan al-Quran, “Isa berkata, “Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberikan kepadaku al-Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi.” (Maryam 19:30). Juga dalam nas berikut, “(Isa berkata lagi), “Sesungguhnya Allah adalah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka hendaklah kamu semua menyembah-Nya sahaja. Inilah jalan yang lurus.” (Maryam 19:36). Perkara yang sama turut ditegaskan dalam beberapa ayat yang lain. Sehubungan dengan hal ini, Sir William Muir dalam bukunya bertajuk Life of Mohamet menulis, “Satu lagi panggilan yang digunakan untuk Muhammad ialah ‘Ahmad’ dan dalam sesetengah terjemahan Bible Perjanjian Baru yang ditulis dalam bahasa Arab, kalimat Paraceletos digantikan dengan kalimat Ahmad.”

Ajaran Paracletos akan kekal selama-lamanya

Paracletos sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab Injil Yohanes bukannya merujuk kepada Yesus atau Roh Suci (Holy Spirit). Ia ditujukan kepada identiti lain dan identiti tersebut tidak lain melainkan Nabi Muhammad sendiri. Memetik ayat Injil Yohanes 14:16-17, Yesus berkata, “Aku akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan memberi kamu Penolong lain, yang akan bersama-sama kamu selama-lamanya. Dia Roh Allah, yang menunjukkan apa yang benar tentang Allah. Dunia tidak dapat menerima Dia, kerana dunia tidak dapat melihat Dia ataupun mengenal Dia. Tetapi kamu mengenal Dia, kerana Dia tinggal dengan kamu dan bersatu dengan kamu.” Ayat ‘yang akan bersama-sama kamu selama-lamanya’ sangat selari dengan Nabi Muhammad. Ayat ini merupakan suatu simbolik yang menunjukkan bahawa walaupun Nabi Muhammad sudah wafat, namun ajaran, cara hidup dan ‘sunnah’ baginda tetap diikuti oleh seluruh umat Islam sampai bila-bila walaupun 1,400 tahun sudah berlalu. Bukan itu sahaja, malah dunia hari ini mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai seorang manusia pilihan Tuhan yang sangat berjaya dalam sepanjang sejarah peradaban manusia. Baginda sememangnya merupakan satu peribadi unggul yang tidak ada tolok bandingnya.

Mengajar perkara yang telah diajar oleh Yesus

Paracletos ini akan mengingatkan manusia tentang perkara yang pernah diajarkan oleh Yesus. Hal ini berpandukan kepada satu dalil dalam Injil Yohanes 14:26, “Tetapi Roh Allah, Penolong yang akan diutus oleh Bapa demi nama-Ku, akan mengajar kamu segala-galanya dan akan mengingatkan kamu segala yang telah Aku katakan kepada kamu.” Sekali lagi ayat ini sememangnya ditujukan kepada seorang manusia kerana hanya manusia sahaja yang boleh bertemu dengan manusia yang lain dan mengingatkan ajaran seseorang dan Nabi Muhammad adalah manusia tersebut, bukannya Roh Suci sebagaimana yang didakwa oleh penganut Kristian. Sebagai contoh, Yesus mengajarkan bahawa Tuhan itu Maha Esa. Injil merekodkan bahawa Yesus pernah berkata, “Inilah perintah yang paling utama, ‘Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah Tuhan Yang Esa.” (Markus 12:29). Nabi Muhammad juga diutuskan oleh Tuhan untuk menekankan ajaran yang sama, “Katakanlah, “Dialah Allah Yang Maha Esa.” (Al-Ikhlas 112:1). “Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Esa.” (As-Saffat 37:4).

Paracletos akan membawa ‘lagu baru’ dari Tuhan

Paracletos ini akan membawa ajaran baru daripada Tuhan. Mengikut New King James Version of the Bible pada bab Isaiah 42:9-12 disebutkan, “Behold, the former things have come to pass, And new things I declare; Before they spring forth I tell you of them.” Sing to the LORD a new song, And His praise from the ends of the earth, You who go down to the sea, and all that is in it, You coastlands and you inhabitants of them! Let the wilderness and its cities lift up their voice, The villages that Kedar inhabits. Let the inhabitants of Sela sing, Let them shout from the top of the mountains. Let them give glory to the LORD, And declare His praise in the coastlands.” Terjemahan mengikut Bible Malaysia Alkitab adalah, “Hal-hal yang telah Kunubuatkan sudah pun berlaku. Sekarang Aku akan memberitahu kamu hal-hal baru sebelum semua itu berlaku. Nyanyikanlah lagu baru bagi TUHAN; pujilah Dia, hai seluruh bumi! Pujilah Dia, hai laut dan semua isinya, bernyanyilah, hai penduduk negeri-negeri jauh! Hendaklah padang gurun dan kota-kotanya memuji Allah; hendaklah orang Kedar memuji Dia! Hendaklah penduduk kota Sela bersorak-sorak dari puncak-puncak gunung! Hendaklah orang yang tinggal di negeri-negeri jauh memuji dan memuliakan TUHAN!” (Yesaya 42:9-12).

Al-Quran merupakan ‘lagu baru’ daripada Tuhan. Ia wajib dibaca dengan cara bacaan dan sebutan yang betul dalam bahasa Arab, bahasa asal ia diturunkan. Kandungan kitab al-Quran sangat lengkap dalam semua aspek. Ia mengandungi syariat dan peraturan yang sesuai diamalkan di mana-mana sahaja. Hal ini menyebabkan kandungan al-Quran seolah-olah ‘baru’ dalam dunia moden hari ini kerana ia menepati segala kehendak dan keperluan hidup manusia dalam zaman yang serba maju. Namun, hakikatnya ialah al-Quran telah diturunkan 1,400 tahun yang lampau. Inilah kehebatan dan keajaiban al-Quran. Bahasa al-Quran adalah bahasa baru yang boleh difahami, dipelajari dan dipraktikkan oleh semua manusia, bukannya bahasa kuno yang sudah ketinggalan dan tidak lagi digunakan oleh masyarakat moden pada hari ini. Hal ini selari dengan maksud firman Allah, “Dan demikianlah, Kami telah menurunkan al-Quran itu sebagai peraturan (yang benar) dalam bahasa Arab.” (Ar-Ra’d 13:37). “Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran dalam bahasa Arab agar kamu memahaminya.” (Az-Zukhruf 43:3). Dalam kitab Al-Quran dan Terjemahannya edisi bahasa Malaysia dihuraikan bahawa antara beberapa keistimewaan bahasa Arab ialah, “Merupakan bahasa yang hidup sejak dari dahulu sehingga sekarang. Bahasa Arab juga merupakan bahawa yang lengkap dan luas untuk menjelaskan tentang konsep yang berkaitan dengan ketuhanan dan keakhiratan. Bukan itu sahaja, malah bentuk kosa kata dalam bahasa Arab mempunyai tasrif (konjugasi) yang sangat luas sehingga mampu mencapai 3,000 bentuk perubahan. Hal ini tidak terdapat dalam mana-mana bahasa lain.”

Secara ringkasnya, dapatlah dirumuskan bahawa al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad dan kalimat ‘Muhammad’ itu sendiri bermaksud ‘dia yang terpuji’. Baginda pernah digelar sebagai al-Amin oleh golongan Arab Quraisy dan bangsa Quraisy pula berasal daripada salah seorang anak Nabi Ismail yang bernama Kedar. Kesemua bukti yang saling berkait antara satu sama lain ini jelas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad adalah nabi yang terakhir dan al-Quran merupakan ‘lagu baru’ daripada Tuhan yang diturunkan kepada seluruh umat manusia. Lebih pasti, kitab Bible membenarkan perutusan Nabi Muhammad sebagai nabi agung akhir zaman dan kebenaran al-Quran sebagai kitab suci yang berasal dari Tuhan semesta alam. Firman Allah, “Dan apakah tidak cukup menjadi bukti bagi mereka, bahawa para ulama Bani Israil mengetahuinya?” (Asy-Syu’ara’ 26:197).

Kedatangan Nabi Muhammad Menurut Bible (Bah. 18)

Bangsa Yang Bodoh

Di dalam Revised Standard Version of the Bible disebutkan bahawa:

“They have stirred me to jealousy with what is no god; they have provoked me with their idols. So I will stir them to jealousy with those who are no people; I will provoke them with a foolish nation.” ― Deuteronomy 32:21

Terjemahannya mengikut Bible Malaysia Alkitab (1996) adalah:

“Mereka menyebabkan Aku cemburu kepada yang bukan Allah, dan murka kepada patung berhala mereka. Oleh itu Aku akan menyebabkan mereka marah terhadap yang bukan bangsa. Aku akan menyebabkan mereka cemburu terhadap bangsa yang bodoh.” ― Ulangan 32:21

Berdasarkan ayat ramalan di atas, Tuhan akan membangkitkan rasa cemburu orang Yahudi dengan kejayaan yang bakal dicapai oleh sebuah bangsa yang bodoh. Persoalannya ialah sipakah yang dirujuk sebagai bangsa yang bodoh seperti yang dinyatakan dalam ayat Taurat Musa di atas? Sebenarnya bangsa bodoh tersebut merujuk kepada bangsa Arab sebelum kedatangan Islam, yang terkenal dengan sebutan ‘jahiliah’. Beberapa orang penafsir memberikan tafsiran berkenaan dengan makna jahiliah tersebut. Asal perkataan jahiliah adalah ‘jahala’ atau ‘jahil’ yang bermaksud ‘bodoh, jahil’ atau ‘tidak mengetahui apa-apa’. Jahiliah juga boleh membawa maksud kehidupan seseorang yang tiada pedoman, panduan atau ikutan yang boleh memimpinnya ke jalan yang benar.

Sudah tentu situasi ini sangat bertepatan dengan keadaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam. Mereka hidup dalam keadaan yang sungguh hina. Aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti berzina, mencuri, merompak, riba dan seumpamanya sudah menjadi aktiviti harian mereka. Mereka juga membunuh setiap anak-anak perempuan yang lahir kerana kelahiran anak perempuan adalah sesuatu yang amat memalukan. Selepas sahaja kedatangan Islam, iaitu ketika Nabi Muhammad dilantik menjadi rasul, maka bermulalah era perubahan kehidupan masyarakat Arab pada masa itu.

Masyarakat Arab yang dahulunya dipandang hina akhirnya menjadi bangsa yang memegang obor tamadun manusia. Inilah yang dimaksudkan oleh ayat Taurat di atas bahawa Tuhan akan menyebabkan kaum Yahudi cemburu dengan segala kejayaan yang akan diperoleh oleh saudara sebangsanya sendiri, iaitu bangsa Arab. Persoalannya ialah sipakah yang memimpin masyarakat Arab keluar dari kepompong kejahilan? Siapakah individu yang telah berjaya mengangkat martabat masyarakat Arab sebagai pemegang obor tamadun manusia? Siapakah insan yang berjaya mengubah kepercayaan masyarakat Arab ketika itu? Individu tersebut tidak lain adalah Nabi Muhammad, insan yatim piatu, lahir di tanah yang gersang, akhirnya muncul sebagai manusia hebat pilihan Tuhan. Dialah Muhammad al-Amin!

Kedatangan Nabi Muhammad Menurut Bible (Bah. 17)

“Paling Kecil" akan menjadi "Paling Besar"

Di dalam Revised Standard Version of the Bible disebutkan bahawa:

“Truly, I say to you, among those born of women there has risen no one greater than John the Baptist; yet he who is least in the kingdom of heaven is greater than he.” ― Matthew 11:11

“I tell you, among those born of women none is greater than John; yet he who is least in the kingdom of God is greater than he.” ― Luke 7:28

Terjemahannya mengikut Bible Malaysia Alkitab (1996) adalah:

“Ketahuilah! Yohanes Pembaptis lebih besar daripada semua orang yang pernah hidup di dunia ini. Namun demikian orang yang terkecil antara mereka yang menikmati Pemerintahan Allah, lebih besar daripada Yohanes.” ― Matius 11:11

“Yesus berkata pula, “Hendaklah kamu tahu bahawa di dunia ini tidak ada orang yang lebih besar daripada Yohanes Pembaptis. Tetapi orang terkecil antara mereka yang menikmati Pemerintahan Allah, lebih besar daripada Yohanes.” ― Lukas 7:28


Ayat Injil di atas diucapkan oleh Yesus apabila beliau menyatakan bahawa tidak pernah lahir seseorang yang lebih besar daripada Yohanes Pembaptis (atau Nabi Yahya menurut Islam), tetapi yang paling kecil dalam Kerajaan Syurga adalah lebih besar daripadanya. Ayat ini sebenarnya ingin mengkhabarkan bahawa Yesus sendiri memperakui kehebatan dan kemuliaan nabi akhir zaman, Nabi Muhammad al-Amin.

Kalimat ‘paling kecil’ merujuk kepada nabi terakhir. Kaum Kristian enggan mengiktiraf Yesus sebagai yang paling kecil kerana mereka terlalu mengagungkan Yesus dan mereka juga menganggap beliau sebagai anak Tuhan dan juga Tuhan. Justeru, kalimat ‘paling kecil’ tersebut sudah semestiny bukan merujuk kepada beliau. Bahkan jika Injil dibaca dengan teliti, kita akan mendapati bahawa Yesus bukanlah nabi terakhir kerana selepas ketiadaan Yesus, muncul ramai nabi dan individu yang dianggap suci selepas itu. Hal ini dirakamkan dalam beberapa ayat Injil, antaranya, “Pada waktu itu, beberapa orang nabi dari Yerusalem datang ke Antiokhia.” (Kisah Para Rasul 11:27). “Di kalangan jemaah di Antiokhia terdapat beberapa orang nabi dan guru: Barnabas, Simeon yang digelar Si Hitam, Lukius dari Kirene, Menahem yang dibesarkan bersama-sama Gabenor Herodes, dan Saulus.” (Kisah Para Rasul 13:1). “Yudas dan Silas, yang kedua-duanya nabi, bercakap lama sekali dengan mereka untuk memberikan semangat dan keberanian.” (Kisah Para Rasul 15:32).

Berdasarkan hal ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa selepas ketiadaan Yesus, muncul ramai nabi yang ditugaska untuk menyampaikan Injil Yesus. Namun dalam sekian ramai nabi-nabi tersebut, kita tidak menemukan siapakah yang paling terakhir dan wajar digelar sebagai penutup para nabi dan rasul. Justeru, di sinilah terletaknya kebenaran Nabi Muhammad sebagai rasul yang terakhir. Baginda adalah individu yang dikiaskan oleh Yesus sebagai ‘paling kecil’ kerana baginda adalah rasul yang terakhir. Pada masa yang sama, Yesus juga mengatakan bahawa yang terkecil tersebut akan menjadi yang ‘paling besar’ di dalam Kerajaan Syurga. Hal ini bertepatan dengan perutusan Nabi Muhammad sebagai rasul akhir zaman yang memiliki pelbagai keistimewaan dan kelebihan sehingga melayakkan baginda digelar sebagai al-Mustafa, iaitu ‘Dia Yang Terpilih’.

Kedatangan Nabi Muhammad Menurut Bible (Bah. 16)

Mempersiapkan Jalan Tuhan

Di dalam King James Version of the Bible disebutkan bahawa:

“Behold, I will send my messenger, and he shall prepare the way before me: and the Lord, whom ye seek, shall suddenly come to his temple, even the messenger of the covenant, whom ye delight in: behold, he shall come, saith the LORD of hosts.” ― Malachi 3:1

Terjemahannya mengikut Bible Malaysia Alkitab (1996) adalah:

“TUHAN Yang Maha Kuasa menjawab, “Aku akan mengirim utusan-Ku untuk menyediakan jalan bagi-Ku. Lalu dengan tiba-tiba Tuhan yang kamu cari, akan datang ke Rumah TUHAN. Utusan-Ku yang kamu nanti-nantikan itu akan datang dan mengisytiharkan perjanjian-Ku.” — Maleakhi 3:1

Orang Kristian percaya bahawa ayat di atas merujuk kepada Nabi Yahya yang disebut sebagai John the Baptist atau Yohanes Pembaptis. Namun benarkah dakwaan mereka? Mengikut buku Muhammad in the Bible tulisan Reverend David Benjamin Keldani, dalam bahasa Ibrani ayat di atas berbunyi, “Hineni soleha maleak I ufinna derek e lefanay ufite om yabow el-hek alow ha adown aser-atem meb aqesim umae ak e haberit aser atem hafesim hinneh-b a amar Yehwa Sabaowt.” Kalimat Ibrani yang perlu difokuskan ialah ufinna derek yang bermaksud ‘akan meluruskan dan membersihkan ibadat atau agama’. Peranan ini tidak akan hanya dilakukan untuk orang Kristian atau Yahudi semata-mata tetapi untuk seluruh umat manusia. Justeru, siapakah nabi yang diutuskan untuk umat manusia seluruhnya? Sudah tentulah Nabi Muhammad. Penganut Kristian menyatakan bahawa Tuhan itu tiga, mereka menjadikan Yesus sebagai orang tengah dalam beribadat kepada Tuhan. Bahkan mereka mengatakan bahawa Yesus adalah anak Tuhan. Begitu juga dengan orang Yahudi yang menganggap Nabi Uzair (Ezra) sebagai anak Tuhan. Justeru, Nabi Muhammad diutuskan oleh Allah untuk membetulkan kesemua kepercayaan syirik ini. Oleh itu, bagindalah yang diisyaratkan oleh ayat Bible di atas sebagai memenuhi peranan ufinna derek tersebut.

Ayat di atas juga ada menyebutkan bahawa ‘Aku akan mengirim utusan-Ku’ atau dengan kata lain, ayat ini menjelaskan bahawa pada akhir zaman nanti, Allah akan mengutus hamba-Nya kepada umat manusia. Perbahasan sebelum ini sudah menjelaskan bahawa ‘hamba Tuhan’ adalah Nabi Muhammad dan bukannya Yesus. Hal ini kerana, penerimaan kedua-duanya oleh manusia sangat berbeza. Yesus dianggap sebagai anak Tuhan manakala Nabi Muhammad sebagai seorang manusia biasa yang berpangkat nabi. Justeru, siapakah yang lebih layak untuk memenuhi isyarat ‘hamba Tuhan’ atau ‘utusan-Ku’ itu? Nabi tersebut akan menyediakan jalan bagi Tuhan. Ayat ini merupakan kiasan yang menggambarkan seseorang yang ditugaskan untuk membawa ajaran baru dari Tuhan dan sekali lagi ia menepati Nabi Muhammad sedangkan Yesus hanya meneruskan undang-undang Nabi Musa sahaja.

Amat menarik untuk dinyatakan, nabi yang bakal dibangkitkan itu akan datang ke Rumah Tuhan secara tiba-tiba dan kedatangannya akan membawa perjanjian daripada Tuhan. Apakah maksud perjanjian Tuhan tersebut? Ia adalah ayat al-Quran berikut, “Katakanlah, ‘Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.’ Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.” (Al-Isra’ 17:81). Tuhan berjanji akan melenyapkan kebatilan kerana sesuatu yang batil itu sudah semestinya akan lenyap. Nabi Muhammad memasuki kota Mekah bersama-sama 10,000 orang sahabat baginda dan telah meruntuhkan 360 buah berhala di sekeliling Kaabah. Ketika memusnahkan berhala-berhala ini, nabi membacakan ayat al-Quran di atas. Justeru, bagindalah yang dirujuk sebagai utusan Tuhan yang akan mengisytiharkan perjanjian Tuhan dan akan datang ke Rumah Tuhan (Kaabah) dengan membawa kebenaran dan meruntuhkan kebatilan. Allah berfirman, “Sesungguhnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil, lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta-merta yang batil itu lenyap.” (Al-Anbiya’ 21:18).

Kedatangan Nabi Muhammad Menurut Bible (Bah. 15)

Seorang Hamba Tuhan

Di dalam New King James Version of the Bible disebutkan bahawa:

“Behold! My Servant whom I uphold, My Elect One in whom My soul delights! I have put My Spirit upon Him; He will bring forth justice to the Gentiles. He will not cry out, nor raise His voice, Nor cause His voice to be heard in the street. A bruised reed He will not break, And smoking flax He will not quench; He will bring forth justice for truth. He will not fail nor be discouraged, Till He has established justice in the earth; And the coastlands shall wait for His law.” ― Isaiah 42:1-4

Terjemahannya mengikut Bible Malaysia Alkitab (1996) adalah:

“TUHAN berfirman, ‘Inilah hamba-Ku, yang telah Kukuatkan; seorang yang telah Kupilih, dan yang menyenangkan hati-Ku. Kuasa-Ku telah Kuberikan kepadanya, dia akan membawa keadilan kepada setiap bangsa. Dia tidak akan berteriak ataupun menyaringkan suaranya, dan suaranya tidak akan terdengar di jalan. Dia tidak akan mematahkan buluh halus yang terkulai, ataupun memadamkan pelita yang kelap-kelip. Dia akan mendatangkan keadilan kepada semua orang. Dia tidak akan kehilangan semangat atau putus asa sehingga dia menegakkan keadilan di bumi. Negeri-negeri yang jauh menanti-nantikan ajarannya.” — Yesaya 42:1-4

Ayat di atas menjelaskan bahawa Tuhan akan membangkitkan seorang nabi akhir zaman yang akan menjadi hamba Tuhan. Yesus bukanlah hamba Tuhan yang dimaksudkan. Pada hari ini, jutaan masyarakat Kristian menerima Yesus sebagai ‘anak Tuhan’ dan juga ‘Tuhan’. Mereka menjadikan Yesus orang tengah ketika berdoa dengan Tuhan. Perbuatan seperti ini jelas sekali menunjukkan bahawa orang Kristian sendiri tidak menganggap Yesus sebagai hamba Tuhan. Hal ini berbeza dengan Nabi Muhammad, orang Islam menganggap baginda sebagai manusia biasa yang berpangkat nabi dan rasul. Jutaan Muslim seluruh dunia tidak menyembah Nabi Muhammad sebagaimana orang Kristian menyembah Yesus. Justeru, ayat ‘Inilah hamba-Ku’ yang terdapat pada awal ayat Bible di atas semestinya merujuk kepada Nabi Muhammad, bukannya Yesus.

‘Dia akan membawa keadilan kepada setiap bangsa’ amat selari dengan Nabi Muhammad kerana baginda tidak diutuskan hanya kepada sesuatu kaum, tetapi kepada seluruh manusia. Al-Quran menjelaskan, “Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya…” (Saba’ 34:28). Hal ini sangat berbeza dengan Yesus kerana beliau hanya diutuskan kepada bangsa Israil semata-mata. Injil menegaskan, “Yesus berkata kepada wanita itu, ‘Aku diutus hanya kepada orang Israel yang seperti domba yang sesat.’” (Matius 15:24). Hal yang sama dinyatakan sebagai berikut, “Yesus mengutus dua belas orang rasul itu dengan petunjuk seperti berikut, ‘Janganlah pergi ke daerah orang bukan Yahudi atau bandar orang Samaria. Pergilah kepada orang Israel, yang seperti domba yang sesat.’” (Matius 10:5-6). Justeru, ayat Bible di atas sangat menepati Nabi Muhammad yang diutuskan kepada semua manusia, bukannya Yesus yang hanya diutuskan kepada Bani Israil semata-mata.

‘Dia tidak akan mematahkan buluh halus yang terkulai, ataupun memadamkan pelita yang kelap-kelip’ amat bertepatan dengan sifat peribadi Nabi Muhammad. Ayat ini merupakan kiasan yang menggambarkan seseorang yang tidak berdendam dengan mana-mana pihak. Ketika berlaku penaklukan kota Mekah, nabi bersama dengan 10,000 orang sahabat baginda memasuki kota suci tersebut dan meruntuhkan 360 buah berhala di sekeliling Kaabah. Selepas Mekah berjaya dikuasai umat Islam, golongan kafir Quraisy berhimpun menantikan tindakan yang akan diambil oleh Nabi Muhammad terhadap mereka yang menindas orang Islam selama ini. Namun baginda memaafkan semua perbuatan mereka. Hal ini sudah tentu membuktikan bahawa nabi tidak pernah berdendam dengan mana-mana pihak, sekalipun pihak tersebut telah melakukan pelbagai tindakan kejam terhadapnya.

Satu lagi sifat Nabi Muhammad yang amat mengagumkan sebagai seorang pendakwah unggul adalah tidak pernah mengeluh dan menyesal dengan segala malapetaka yang menimpa dirinya. Ketika Abu Talib, bapa saudara baginda meminta baginda supaya berhenti menyebarkan dakwah Islam, baginda dengan tegas berkata, “Demi Allah wahai bapa saudaraku! Sekiranya mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku dengan maksud agar aku meninggalkan pekerjaan dakwah ini sehingga ia tersiar atau aku sendiri akan binasa kerananya, sesekali aku tidak akan menghentikan pekerjaan ini.” Semangat kental ini tidak mungkin akan menyebabkan baginda mengeluh dengan nasib buruk yang menimpa dirinya. Hal inilah yang diisyaratkan oleh ayat ‘dia tidak akan berteriak ataupun menyaringkan suaranya’. Namun Bible menceritakan Yesus pernah mengeluh dan menangisi nasib buruk yang menimpa dirinya, “Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, ‘Hati-Ku sedih sekali sehingga Aku hendak mati rasanya. Tinggallah di sini dan berjagalah dengan Aku.’ Yesus pergi lebih jauh sedikit lalu meniarap di tanah dan berdoa, ‘Ya Bapa, jika boleh, jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku! Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak Bapa sahaja.’” (Matius 26:38-39). Malah ketika Yesus disalib, beliau kesal kerana dibiarkan seorang diri di palang salib, “Ya Allah-Ku, ya Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?” (Matius 27:46).

Kedatangan Nabi Muhammad Menurut Bible (Bah. 14)

“Pasukan Unta” selepas “Pasukan Keldai”

Di dalam Revised Standard Version of the Bible disebutkan bahawa:

“For thus the Lord said to me: “Go, set a watchman, let him announce what he sees. When he sees riders, horsemen in pairs, riders on asses, riders on camels, let him listen diligently, very diligently.” ― Isaiah 21:6-7

Terjemahannya mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah:

“Sebab beginilah firman Tuhan kepadaku: “Pergilah, tempatkanlah seorang peninjau, apa yang dilihatnya haruslah diberitahukannya. Apabila dilihatnya pasukan, pasangan-pasangan orang berkuda, pasukan keledai, pasukan unta, maka haruslah diperhatikannya sungguh-sungguh, dengan penuh perhatian.” — Yesaya 21:6-7

Ayat Bible di atas sebenarnya merupakan satu kiasan yang meramalkan kedatangan dua orang pesuruh Tuhan. Ia dimulai dengan kedatangan Yesus yang dikiaskan sebagai ‘pasukan keldai’. Mengapakah beliau dikiaskan sebegitu? Mengikut catatan kitab Injil, Yesus memasuki kota Jerusalem dengan mengenderai seekor keldai, “Kedua-dua orang pengikut itu pun pergi dan melakukan seperti yang diarahkan oleh Yesus. Mereka membawa kedua-dua ekor keldai itu, lalu mengalasi punggung keldai dengan jubah mereka. Kemudian Yesus menungganginya. Banyak orang membentangkan jubah di atas jalan, sementara yang lain mengerat ranting-ranting pokok, lalu menyelerakkannya di jalan.” (Matius 21:6-8).

Selepas pasukan keldai muncul, ‘pasukan unta’ pula akan menyusul kemudian. Pasukan unta ini sebenarnya merujuk kepada Nabi Muhammad. Bagi masyarakat Arab yang hidup di padang pasir, unta merupakan pengangkutan yang sangat penting. Malah, ketika tiba di Yathrib (nama lama Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad), dalam peristiwa hijrah, Nabi Muhammad menunggangi unta dan ketibaan baginda disambut dengan penuh meriah diikuti dengan nyanyian puji-pujian dan paluan rebana daripada penduduk Yathrib. Justeru, kiasan ‘pasukan unta’ yang akan muncul selepas ‘pasukan keldai’ sangat selari dengan kronologi perutusan Nabi Muhammad sebagai rasul akhir zaman selepas Yesus.

Kedatangan Nabi Muhammad Menurut Bible (Bah. 13)

“Kerajaan batu” yang kekal selama-lamanya

Di dalam Revised Standard Version of the Bible disebutkan bahawa:

“And in the days of those kings the God of heaven will set up a kingdom which shall never be destroyed, nor shall its sovereignty be left to another people. It shall break in pieces all these kingdoms and bring them to an end, and it shall stand for ever; just as you saw that a stone was cut from a mountain by no human hand, and that it broke in pieces the iron, the bronze, the clay, the silver, and the gold. A great God has made known to the king what shall be hereafter. The dream is certain, and its interpretation sure.” ― Daniel 2:44-45

Terjemahannya mengikut Bible Malaysia Alkitab (1996) adalah:

“Pada masa pemerintahan penguasa-penguasa itu, Allah penguasa di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang kekal dan yang tidak dapat dikalahkan. Sebaliknya kerajaan itu akan memusnahkan sama sekali semua kerajaan yang lain, lalu kerajaan itu akan memerintah selama-lamanya. Tuanku nampak batu itu jatuh dari tebing dengan sendirinya, serta menimpa patung yang dibuat daripada besi, gangsa, tanah liat, perak, dan emas itu. Allah yang besar sedang memberitahu tuanku hal masa depan. Itulah mimpi tuanku yang sebenarnya, dan tafsirannya dapat dipercayai.” — Daniel 2:44-45

Ayat di atas menceritakan tentang mimpi yang dialami oleh Raja Nebukadnezar, raja dari empayar Babilonia. Di dalam mimpi tersebut, raja itu melihat tentang beberapa kerajaan yang dikiaskan sebagai kerajaan besi, kerajaan gangsa, kerajaan tanah liat, kerajaan perak dan kerajaan emas yang akhirnya kesemua kerajaan ini akan dimusnahkan oleh ‘kerajaan batu’ dan ia akan memerintah selama-lamanya. Berkenaan dengan kerajaan besi, ayat yang sebelumnya menyebutkan, “Jari kakinya yang sebahagian daripada besi dan sebahagian daripada tanah liat bermakna bahawa sebahagian daripada kerajaan itu kuat dan sebahagian lagi lemah.” (Daniel 2:42). Berdasarkan ayat ini, ‘kerajaan besi’ merujuk kepada kerajaan Rom Timur yang berdiri dengan kukuh manakala ‘kerajaan tanah liat’ pula merujuk kepada kerajaan Rom Barat yang lemah dan kucar-kacir.

‘Kerajaan gangsa’ dan ‘kerajaan perak’ pula merujuk kepada kerajaan Macedonia-Assyria dan kerajaan Parsi yang dipimpin oleh Alexander the Great atau Iskandar yang Agung. ‘Kerajaan emas’ pula adalah kerajaan Babilonia yang diperintah oleh Raja Nebukadnezar. Hal ini dapat diperhatikan dalam ayat berikut, “Dia menjadikan tuanku penguasa atas seluruh bahagian bumi yang berpenduduk, bahkan penguasa atas binatang dan burung sekalipun. Tuankulah kepala yang dibuat daripada emas itu. Selepas kerajaan tuanku berakhir, akan bangkit sebuah kerajaan yang tidak seagung kerajaan tuanku. Selepas itu akan muncul kerajaan ketiga, yang dilambangkan oleh gangsa, yang akan memerintah seluruh bumi. Kemudian sebuah kerajaan keempat yang sekuat besi akan meremukkan dan menghancurkan segala sesuatu. Sebagaimana besi menghancurkan segala sesuatu, demikian juga kerajaan itu akan meremukkan dan menghancurkan semua kerajaan yang lain itu.” (Daniel 2:38-40).

Akhir sekali, sebuah kerajaan yang dikiaskan sebagai ‘kerajaan batu’ akan menghancurkan kelima-lima kerajaan yang wujud sebelumnya. Sebenarnya, ‘kerajaan batu’ tersebut merujuk kepada kerajaan Islam. Hal ini menjadi kenyataan apabila Sultan Muhammad al-Fatih II, iaitu sultan empayar Uthmaniah berjaya menjatuhkan kerajaan Rom Timur yang kuat dengan menakluki kota Konstantinopel pada tahun 1453 Masihi. Bertitik tolak dari peristiwa itu, kerajaan Islam tidak akan pernah lenyap walaupun pihak kafir berusaha keras memerangi umat Islam. ‘Kerajaan batu’ juga sangat selari dengan Nabi Muhammad ketika baginda bersabda, “Sesungguhnya perumpamaanku dengan nabi-nabi sebelumku adalah seperti seseorang yang membina sebuah bangunan, lalu dia memperindah dan menghiasi bangunan itu, kecuali pada salah satu sudut yang kekurangan batu. Maka ketika orang ramai mengelilingi bangunan tersebut, mereka berasa takjub lalu berkata, “Tidakkah satu sudut ini patut diletakkan sebiji batu?” Baginda bersabda, “Akulah batu itu dan akulah penutup sekalian nabi-nabi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kerajaan Islam tidak akan musnah selama-lamanya, “Allah penguasa di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang kekal dan yang tidak dapat dikalahkan.” (Daniel 2:44). Ayat ini sangat selari dengan ayat al-Quran berikut, “Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukainya.” (At-Taubah 9:32).

Kedatangan Nabi Muhammad Menurut Bible (Bah. 12)

Lembah Baka adalah Mekah

Di dalam New King James Version of the Bible disebutkan bahawa:

“Blessed are those who dwell in Your house; They will still be praising You. Selah. Blessed is the man whose strength is in You, Whose heart is set on pilgrimage. As they pass through the Valley of Baca, They make it a spring; The rain also covers it with pools.” ― Psalms 84:4-6

Terjemahannya mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah:

“Berbahagialah orang-orang yang diam di rumah-Mu, yang terus-menerus memuji-muji Engkau. Sela. Berbahagialah manusia yang kekuatannya di dalam Engkau, yang berhasrat mengadakan ziarah! Apabila melintasi lembah Baka, mereka membuatnya menjadi tempat yang bermata air; bahkan hujan pada awal musim menyelubunginya dengan berkat.” — Mazmur 84:4-6

Berkenaan dengan kalimat ‘Baka’ di atas, al-Quran memberikan informasi melalui firman Allah berikut, “Inna awwala baitiw wudi’a lin-nasi lal lazi bi Bakkata mubarakaw wa hudal lil-‘alamin.” Terjemahannya adalah, “Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia ialah Baitullah yang terletak di Bakkah, yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.” (Ali Imran 3:96). Berkenaan dengan ibadat ziarah (pilgrimage) atau haji pula, Allah berfirman yang bermaksud, “Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepada kamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus, yang datang dari segenap penjuru yang jauh.” (Al-Hajj 22:27). Abdullah Yusuf Ali dalam terjemahan al-Quran berbahasa Inggeris bertajuk The Holy Qur’an menterjemahkan ayat ini sebagai, “And proclaim the Pilgrimage among men, they will come to these on foot and (mounted) on every kind of camel, lean on account of journeys through deep and distant mountain highways.” Berdasarkan hal ini, kalimat pilgrimage atau ‘ziarah’ seperti yang tercatat dalam ayat Bible di atas sebenarnya merujuk kepada ibadat haji di Mekah.

Lembah Baka tidak dapat dipisahkan dengan peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar. Sesudah Nabi Ibrahim meninggalkan mereka berdua di Bakkah (nama lain bagi Mekah), maka dengan rahmat Allah, mereka berdua dapat terus hidup dan memperoleh sumber air yang banyak daripada mata air yang terpancar dari dalam tanah di situ. Berkenaan dengan sumber air ini, Bible dalam bab Kejadian 21:19 mengungkapkan, “Kemudian Allah membuka mata Hagar sehingga dia nampak sebuah perigi. Oleh itu dia pergi mengisi kirbat itu dengan air, kemudian dia memberikan minuman kepada anaknya.” Apabila kafilah-kafilah pedagang yang lalu-lalang di tempat air tersebut, mereka meminta kebenaran Hajar untuk mendapatkan bekalan air di situ, maka mereka pun diizinkan mengambil dan menggunakan sumber air tersebut secukupnya. Sebagai buah tangan dan membalas budi, kafilah-kafilah tersebut akan memberikan beberapa bahan makanan yang cukup untuk kegunaan Hajar dan anaknya Ismail.

Antara ramai kafilah-kafilah yang berkunjung ke Lembah Baka tersebut, bangsa Jurhum begitu berminat untuk terus menetap dan tinggal di Bakah memandangkan ia sebuah tempat yang mempunyai kekayaan sumber air. Lama-kelamaan, semakin banyak khemah yang didirikan di sekitar Lembah Baka sehinggalah ia menjadi suatu kawasan petempatan manusia. Kini, sumber air itu masih lagi wujud dan lebih dikenali dengan nama telaga zam-zam. Kesemua hal ini tepat sebagaimana yang dirakamkan di dalam al-Quran, tatkala Nabi Ibrahim berdoa, “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri (Mekah) ini sebagai negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada Allah dan hari kemudian.” (Al-Baqarah 2:126).

Satu perkara yang perlu diingat, daripada Lembah Baka yang subur dan penuh keberkatan inilah lahirnya Nabi Muhammad sebagai cahaya penyuluh kehidupan manusia. Hal ini juga merupakan berkat doa Nabi Ibrahim tatkala baginda berdoa, “Ya Tuhan kami, utuslah kepada mereka seorang rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat-Mu, dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab (al-Quran) dan hikmah serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Baqarah 2:129).

Kedatangan Nabi Muhammad Menurut Bible (Bah. 11)

Seorang nabi seperti Nabi Musa

Di dalam King James Version of the Bible disebutkan bahawa:

“I will raise them up a Prophet from among their brethren, like unto thee, and will put my words in his mouth; and he shall speak unto them all that I shall command him.” “But the prophet, which shall presume to speak a word in my name, which I have not commanded him to speak, or that shall speak in the name of other gods, even that prophet shall die.” ― Deuteronomy 18:18, 20

Terjemahannya mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah:

“Seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya.” “Tetapi seorang nabi, yang terlalu berani untuk mengucapkan demi nama-Ku perkataan yang tidak Kuperintahkan untuk dikatakan olehnya, atau yang berkata demi nama tuhan lain, nabi itu harus mati.” — Ulangan 18:18, 20

Ayat di atas merupakan ramalan kitab Taurat mengenai kebangkitan seorang nabi akhir zaman. Orang Yahudi menyesuaikan ramalan Taurat di atas kepada Ezra (Nabi Uzair), manakala orang Kristian pula menyesuaikan ramalan di atas kepada Yesus. Namun, kesemua penyesuaian mereka ternyata meleset sama sekali kerana nabi akhir zaman yang dimaksudkan oleh ayat Taurat di atas adalah Nabi Muhammad, seorang yang berketurunan Arab, berdasarkan beberapa dalil dan bukti yang kukuh. Fokus ayat di atas ialah nabi yang bakal dibangkikan itu mestilah mempunyai tiga kriteria. Pertama, dia mestilah berasal dari kalangan saudara Bani Israil. Kedua, dia harus mempunyai ciri-ciri dan persamaan dengan Nabi Musa. Ketiga, dia tidak boleh mati dibunuh. Sepanjang sejarah, siapakah individu yang menepati ketiga-tiga ramalan kitab Taurat tersebut?

Nabi yang bakal dibangkitkan itu mestilah berasal dari kalangan saudara Bani Israil. Persoalannya, siapakah saudara Bani Israil? Untuk menjawab persoalan ini, ia perlulah dikembalikan kepada sejarah Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim mempunyai dua orang anak, iaitu Ishak hasil perkahwinannya dengan Siti Sarah manakala Ismail pula hasil perkahwinannya dengan Siti Hajar. Keturunan Nabi Ismail melahirkan bangsa Arab manakala keturunan Nabi Ishak pula melahirkan bangsa Yahudi atau Israil. Justeru, hubungan antara bangsa Arab dan bangsa Yahudi adalah bersaudara kerana berdasarkan kepada perhubungan antara Nabi Ismail dan Nabi Ishak sebagai adik beradik tiri yang berlainan ibu tetapi satu bapa. Penganut Kristian mendakwa bahawa ‘nabi baru’ yang bakal dibangkitkan itu adalah Yesus tetapi kenyataan ini ternyata salah kerana Yesus berketurunan Israel yang berbangsa Yahudi. Hal ini menunjukkan bahawa Yesus bukanlah nabi baru yang dimaksudkan oleh ayat Taurat tersebut. Ayat Taurat tersebut menuntut supaya nabi yang bakal dibangkitkan itu mestilah bersaudara dengan bangsa Yahudi, iaitu bangsa Arab dan Nabi Muhammad menepatinya.

Nabi baru yang dijanjikan oleh Taurat Musa di atas mestilah mempunyai persamaan dengan Nabi Musa. Maksud mempunyai persamaan dengan Nabi Musa ini ialah sama dari segi membawa syariat, hukum dan undang-undang baru daripada Tuhan. Nabi Musa membawa syariat baru daripada Tuhan untuk bangsa Yahudi dan Nabi Muhammad juga ditugaskan untuk membawa syariat baru daripada Tuhan untuk seluruh umat manusia. Al-Quran mengiktiraf persamaan yang wujud antara Nabi Musa dan Nabi Muhammad sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu seorang rasul (Muhammad) yang menjadi saksi terhadap kamu, sebagaimana Kami telah mengutus seorang rasul (Musa) kepada Firaun.” (Al-Muzammil 73:15). Sekali lagi, Yesus bukanlah nabi yang dibakal dibangkitkan itu kerana beliau sendiri menegaskan bahawa kedatangan beliau hanyalah untuk meneruskan undang-undang Taurat Musa sahaja. Kitab Injil menjelaskan, “Janganlah menganggap bahawa Aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya, tetapi Aku datang supaya semua ajaran itu berlaku.” (Matius 5:17).

Akhir sekali, nabi yang bakal dibangkitkan itu tidak harus mati dibunuh. Mengikut catatan Injil, Yesus mati dibunuh di palang salib oleh bangsa Yahudi. Injil menyebutkan, “Di situ Dia disalibkan. Dua orang lain juga disalibkan bersama-sama Yesus, seorang di sebelah kiri, seorang di sebelah kanan dan Yesus di tengah.” (Yohanes 19:18). Justeru, Yesus bukanlah nabi yang dimaksudkan oleh kitab Taurat di atas. Secara automatiknya, Nabi Muhammad menepati ayat Bible di atas kerana baginda wafat bukan atas sebab dibunuh, disalib atau sebagainya.

Kedatangan Nabi Muhammad Menurut Bible (Bah. 10)

Bercakap dengan nama Tuhan

Di dalam King James Version of the Bible disebutkan bahawa:

“And it shall come to pass, that whosoever will not hearken unto my words which he shall speak in my name, I will require it of him.” ― Deuteronomy 18:19

Terjemahannya mengikut Bible Malaysia Alkitab (1996) adalah:

“Nabi itu akan berkata-kata demi nama-Ku, dan Aku akan menghukum setiap orang yang tidak mahu taat kepadanya.” — Ulangan 18:19

Ayat Taurat bab Ulangan di atas menceritakan tentang seorang nabi yang bakal dibangkitkan pada akhir zaman. Antara sifat-sifat nabi itu adalah Tuhan akan memasukkan firman-firman daripada-Nya ke dalam mulut dalam itu supaya disampaikan kepada manusia dengan tepat sebagaimana yang diwahyukan kepadanya. Nabi itu akan menyampaikan firman-firman Tuhan dengan menggunakan nama Tuhan. Ramai penganut Kristian menjadikan ayat di atas sebagai dalil yang menunjukkan bahawa nabi akhir zaman yang dimaksudkan oleh ayat di atas adalah Yesus dan tidak akan muncul lagi nabi selepas beliau.

Hal ini boleh disangkal kerana Injil yang wujud sekarang ini bukanlah firman-firman Allah yang sebenarnya sebagaimana yang diwahyukan kepada Yesus. Injil hari ini adalah terdiri daripada ayat-ayat yang dikarang dan diolah oleh manusia biasa mengikut gaya mereka masing-masing. Sebagai contoh, dalam Bible terjemahan bahasa Inggeris, Injil sering dirujuk kepada penulisnya seperti The Gospel According to Matthew, The Gospel According to Mark, The Gospel According to Luke dan The Gospel According to John. Dalam Bible Alkitab Malaysia, ia dirujuk sebagai Injil Matius, Injil Markus, Injil Lukas dan Injil Yohanes. Namun, tidak ada satu pun yang disebut sebagai Injil Yesus atau Injil Isa al-Masih. Hal ini menunjukkan bahawa Injil yang ada kini bukanlah Injil yang diturunkan kepada Yesus tetapi sebuah kitab yang dikarang dan diolah oleh manusia biasa.

Sebagai contoh, Lukas mengakui bahawa dia sendiri yang menulis Injil untuk disampaikan kepada Teofilus, “Tetapi sekarang, Tuan Teofilus yang terhormat, saya sendiri telah menyelidiki semua peristiwa itu dari permulaannya, maka ada baiknya saya juga menulis satu laporan yang teratur untuk tuan.” (Lukas 1:3). Hal ini menunjukkan bahawa Injil sebenarnya ditulis oleh manusia dan bukannya firman Tuhan yang disampaikan kepada Yesus.

Di dalam Injil terdapat beberapa ayat yang saling bercanggah antara satu sama lain. Sebagai contoh, “Ketika Yesus dan pengikut-pengikut-Nya meninggalkan Yerikho, banyak orang mengikut mereka. Dua orang buta yang duduk di pinggir jalan mendengar bahawa Yesus sedang lalu di situ. Mereka mula berseru, “Ya Anak Daud, kasihanilah kami!” (Matius 20:29-30). Namun, dalam ayat yang lain dinyatakan pula, “Mereka tiba di Yerikho. Ketika Yesus meninggalkan kota itu dengan pengikut-pengikut-Nya dan orang ramai, ada seorang buta yang duduk minta sedekah di pinggir jalan. Namanya Bartimeus anak Timeus. Apabila orang buta itu mendengar bahawa yang sedang lalu di situ adalah Yesus orang Nasaret, dia mula berseru, “Yesus, Anak Daud! Kasihanilah hamba!” (Markus 10:46-47). Percanggahan ini tidak sepatutnya berlaku jika benar Injil adalah firman Tuhan kerana Tuhan tidak akan menyebabkan percanggahan seperti itu.

Malah terdapat ramai tokoh-tokoh Kristian yang mempertikaikan kewibawaan Bible sebagai firman Tuhan. Mengikut Bishop John S. Spong dari Newark dalam bukunya Rescuing the Bible from Fundamentalism menukilkan, “Catatan St. Paul di dalam Bible bukanlah perkataan Tuhan tetapi perkataan dia sendiri.” Bible seperti yang boleh dibaca pada hari ini ditulis oleh ramai penulis dan mereka seringkali tidak menukilkan tulisan-tulisan mereka dengan tepat. Seorang lagi tokoh Kristian, Bruce M. Metzger di dalam bukunya The Text of the New Testament: Its Transmission, Corruption and Restoration menulis, “Penulis-penulis Bible tidak menyalin dengan tepat segala sumber yang mereka temui, sebaliknya mereka menulis penafsiran mereka sendiri mengenai sumber-sumber itu. Mereka melakukannya kerana berhasrat membetulkan kesilapan penulis-penulis lain, tetapi yang sebenarnya berlaku ialah mereka mendedahkan kesilapan diri mereka sendiri.”

Berbeza dengan Bible, al-Quran adalah himpunan firman-firman suci Tuhan sepenuhnya yang disampaikan ke mulut Nabi Muhammad tanpa sebarang tokok tambah, semakan semula atau pembetulan bahasa oleh manusia. Salah satu ayat al-Quran menjelaskan, “Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya al-Kitab (al-Quran) dan Dia tidak mengadakan pertentangan di dalamnya.” (Al-Kahfi 18:1). Hal ini diakui sendiri oleh Profesor Laura Veccia Vaglieri di dalam artikelnya bertajuk Apologia dell Islamismo, “Kita mempunyai satu lagi bukti yang menunjukkan al-Quran sebenarnya adalah sebuah kitab daripada Tuhan iaitu melalui teksnya yang kekal asli dan tidak pernah berubad abad berabad, sejak ia mula-mula diturunkan sehinggalah sekarang, malah selama mana alam ini masih wujud.”

Di samping itu, setiap surah kecuali surah at-Taubah di dalam al-Quran dimulai dengan kalimat Basmalah iaitu ‘Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang’. Perkara ini sangat selari dengan apa yang disebutkan oleh ayat Bible ‘Nabi itu akan berkata-kata demi nama-Ku’. Bab-bab di dalam Bible tidak dimulakan dengan penyebutan nama Tuhan secara khusus. Justeru, ayat Bible yang dipaparkan di atas sangat jelas menceritakan tentang Nabi Muhammad yang dikurniakan dengan kitab suci al-Quran sebagai firman Tuhan yang sebenarnya dan setiap surah di dalamnya dimulakan dengan penyebutan nama Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kedatangan Nabi Muhammad Menurut Bible (Bah. 9)

Nabi yang “ummi”

Di dalam King James Version of the Bible disebutkan bahawa:

“And the book is delivered to him that is not learned, saying, Read this, I pray thee: and he saith, I am not learned.” ― Isaiah 29:12

Terjemahannya mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah:

“Dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan: “Baiklah baca ini,” maka ia akan menjawab: “Aku tidak dapat membaca.” — Yesaya 21:16-17

Nabi Muhammad adalah seorang yang ummi. Ummi bermaksud tidak tahu membaca dan menulis. Semasa berumur 40 tahun, baginda mengasingkan diri atau bertahannuth di Gua Hira’. Di situlah baginda didatangi oleh malaikat Jibril yang menyuruh baginda supaya membaca. Baginda menjawab, “Aku tidak tahu membaca.” Sebanyak tiga kali Jibril mengulangi suruhan yang sama dan baginda tetap memberikan jawapan yang sama. Namun pada kali yang terakhir, baginda berkata, “Apa yang perlu aku baca?” Maka turunlah wahyu pertama kepada baginda, “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Mulia.” (Al-‘Alaq 96:1-3). Ayat Bible yang diapaparkan ini sangat selari dengan dengan apa yang berlaku ke atas Nabi Muhammad yang ummi ketika baginda mengasingkan diri seorang diri di Gua Hira dan pada masa itu juga, wahyu pertama diturunkan kepada baginda. Sebaliknya, Yesus tidak pernah dikenali sebagai seorang yang ummi.

Baru-baru ini, seorang paderi Katolik Roma dari Sri Lanka iaitu Father George Anthony telah memeluk Islam. Beliau sudah menjalani latihan sebagai seorang paderi selama 10 tahun sebelum berkhidmat di Gereja Katumayaka, Sri Lanka. Antara ayat-ayat Bible yang mengagumkan beliau tentang kebenaran Nabi Muhammad dan ajaran Islam yang dibawa oleh baginda ialah ayat daripada bab Yesaya ini. Mengikut beliau, ia sangat jelas menunjukkan kebenaran Nabi Muhammad sebagai rasul akhir zaman.

Kedatangan Nabi Muhammad Menurut Bible (Bah. 8)

Keturunan Kedar akan dikalahkan

Di dalam King James Version of the Bible disebutkan bahawa:

“For thus hath the Lord said unto me, Within a year, according to the years of an hireling, and all the glory of Kedar shall fail: And the residue of the number of archers, the mighty men of the children of Kedar, shall be diminished: for the LORD God of Israel hath spoken it.” ― Isaiah 21:16-17

Terjemahannya mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah:

“Sebab beginilah firman Tuhan kepadaku: “Dalam setahun lagi, menurut masa kerja perajurit upahan, maka segala kemuliaan Kedar akan habis. Dan dari pemanah-pemanah yang gagah perkasa dari bani Kedar, akan tinggal sejumlah kecil saja, sebab TUHAN, Allah Israel, telah mengatakannya.” — Yesaya 21:16-17

Ayat di atas merupakan sambungan daripada kisah penghijrahan ke Tema di bumi Arab sebagaimana yang disebutkan sebelum ini. Berhubung dengan Kedar, pengkaji-pengkaji Islam dan Kristian mengesahkan bahawa Kedar atau Qaidhar adalah anak Nabi Ismail. Ibnu Athir di dalam bukunya Al-Kamil fit Tarikh menukilkan, “Kemudian Nabi Ismail mengahwini Saidah binti Madhadh al-Jurhami dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan 12 orang cahaya mata iaitu Nabat, Qaidhar, Uzail, Misya, Masma’, Rima, Masy, Aazar, Qathura, Fakas, Thumayya dan Qidman. Daripada kedua-dua anak Nabi Ismail yang bernama Nabat dan Qaidhar ini lahirlah bangsa Arab.” Hal yang sama turut direkodkan di dalam Bible, “Abraham mempunyai dua orang anak lelaki, Ishak dan Ismael. Anak-anak lelaki Ismael menjadi ketua dua belas suku: Nebayot yang sulung, lalu Kedar, Adbeel, Mibsam, Misma, Duma, Masa, Hadad, Tema, Yetur, Nafis, dan Kedma.” (1 Tawarikh 1:28).

A.S. Fulton di dalam The International Standard Bible Encyclopedia menulis, “Berbanding kabilah-kabilah daripada keturunan Ismail, Kedar dapat dianggap sebagai yang terpenting dan pada zaman-zaman yang kemudiannya, nama itu dikaitkan dengan seluruh kabilah Arab di padang pasir. Daripada keturunan Kedar inilah, para pengkaji Muslim mengaitkan keturunan Nabi Muhammad kepada Nabi Ismail.” Salah satu kabilah yang lahir daripada keturunan Kedar adalah bangsa Quraisy yang begitu berpengaruh di kota Mekah. Kabilah Quraisy banyak menentang Nabi Muhammad sehingga berlakunya hijrah ke Madinah dan Perang Badar. Ayat Bible within a year, according to the years of an hireling, and all the glory of Kedar shall fail atau ‘dalam setahun lagi, menurut masa kerja perajurit upahan, maka segala kemuliaan Kedar akan habis’ sangat sinonim dengan sejarah Perang Badar, kerana ia berlaku pada tahun ke-2 Hijrah, lebih kurang setahun selepas Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah.

Peperangan ini dimenangi oleh umat Islam dan pemuka-pemuka Quraisy yang terbunuh dalam peperangan ini adalah seramai 70 orang termasuklah Abu Jahal. Inilah yang dimaksudkan dengan ayat ‘maka segala kemuliaan Kedar akan habis’ atau and all the glory of Kedar shall fail. Kisah ini sangat selari dengan kisah pernghijrahan Nabi Muhammad dan peristiwa Perang Badar. Sebaliknya Yesus tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan mana-mana anak Nabi Ismail termasuklah Kedar dan beliau juga tidak pernah berperang dengan mana-mana keturunan termasuklah keturunan Kedar.

Kedatangan Nabi Muhammad Menurut Bible (Bah. 7)

Kejadian di bumi Arab dan penghijrahan ke Tema

Di dalam King James Version of the Bible disebutkan bahawa:

“The burden upon Arabia. In the forest in Arabia shall ye lodge, O ye travelling companies of Dedanim. The inhabitants of the land of Tema brought water to him that was thirsty, they prevented with their bread him that fled. For they fled from the swords, from the drawn sword, and from the bent bow, and from the grievousness of war.” ― Isaiah 21:13-15

Terjemahannya mengikut Bible Malaysia Alkitab (1996) adalah:

“Inilah perkhabaran TUHAN tentang Arab. Hai orang Dedan, kafilah-kafilah kamu berkhemah di Arab, tanah yang gersang itu. Hai orang Tema, berikanlah minuman kepada orang kehausan yang datang kepada kamu, dan berikanlah makanan kepada orang pelarian. Lihatlah, orang lari daripada pedang yang terhunus, daripada busur yang dilenturkan, dan daripada peperangan.” — Yesaya 21:13-15

Ayat di atas menceritakan tentang kejadian yang bakal berlaku di bumi Arab di mana segolongan manusia ditindas dengan dahsyat sehingga menyebabkan mereka terpaksa berhijrah ke Tema bagi mendapatkan petolongan di sana. Mengikut J. Hastings di dalam Dictionary of the Bible pada halaman 897 menjelaskan bahawa Tema adalah nama salah seorang anak Nabi Ismail. Justeru, kisah yang wujud di dalam Bible mengenai Tema berkait rapat dengan keturunan Nabi Ismail di bumi Arab. Seterusnya, J. Hastings menyebutkan, Tema juga adalah nama bagi sebuah tempat yang pada hari ini terletak di sebelah utara Madinah di bahagian barat Semenanjung Tanah Arab.

Ayat ini sangat selari dengan penghijrahan Nabi Muhammad dan para pengikut baginda ke Madinah selepas mereka ditindas dengan kejam oleh golongan kafir Quraisy di bumi Mekah selama 13 tahun. Di Madinah, mereka mendapat bantuan dan pembelaan sewajarnya sehingga akhirnya tertegak sebuah negara Islam yang berdaulat di sana. Tafsiran J. Hastings ini menunjukkan wujudnya kaitan antara ayat Bible ini dengan peristiwa hijrah Nabi Muhammad ke Madinah. Yesus tidak mampunyai sebarang kaitan dengan Tema kerana beliau adalah daripada keturunan Nabi Ishak. Beliau juga tidak pernah berhijrah ke mana-mana apatah lagi di bumi Arab di sebelah utara Madinah. Justeru, ayat ini lebih menepati sejarah perjuangan Nabi Muhammad yang berhijrah ke Madinah demi menegakkan ajaran Tuhan yang suci.

Kedatangan Nabi Muhammad Menurut Bible (Bah. 6)

Datang dari Paran dan terpuji di dunia

Di dalam King James Version of the Bible disebutkan bahawa:

“God came from Teman, and the Holy One from mount Paran. Selah. His glory covered the heavens, and the earth was full of his praise.” ― Habakkuk 3:3

Terjemahannya mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah:

“Allah datang dari negeri Teman dan Yang Maha Kudus dari pegunungan Paran. Sela. Keagungan-Nya menutupi segenap langit, dan bumi pun penuh dengan pujian kepada-Nya.” — Habakuk 33:2

Sudah dimaklumi bahawa Paran adalah tempat menempat Nabi Ismail sebagaimana yang dinyatakan dalam Bible dan di tempat ini jugalah Nabi Muhammad dilahirkan. Allah berjanji akan menganugerahkan satu kemuliaan dan kedudukan yang tinggi kepada Nabi Ismail dan keturunan beliau. Mengikut King James Version of the Bible disebutkan, “And God heard the voice of the lad; and the angel of God called to Hagar out of heaven, and said unto her, What aileth thee, Hagar? fear not; for God hath heard the voice of the lad where he is. Arise, lift up the lad, and hold him in thine hand; for I will make him a great nation.” (Genesis 21:17-18). Terjemahannya mengikut Bible Malaysia Alkitab (1996) adalah, “Allah mendengar suara Ismael dan dari langit lalu malaikat Allah berkata kepada Hagar, “Apakah yang engkau susahkan, Hagar? Janganlah takut. Allah sudah mendengar tangisan anakmu. Pergilah kepada anakmu, angkatlah dan tenangkanlah dia. Aku akan menjadikan keturunannya suatu bangsa yang besar.” (Kejadian 21:17-18).

Nabi Muhammad adalah daripada keturunan Nabi Ismail sedangkan Yesus adalah dari keturunan Nabi Ishak. Keturunan Nabi Ismail melahirkan bangsa Arab manakala keturunan Nabi Ishak melahirkan bangsa Yahudi. Ayat Bible di atas menjelaskan tentang suatu kemuliaan besar yang bakal dimahkotakan Tuhan kepada bangsa Arab daripada keturunan Nabi Ismail. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi dengan dalil yang lain sebagaimana yang terdapat dalam New King James Version of the Bible pada bab Isaiah 60:6-7, “The multitude of camels shall cover your land, The dromedaries of Midian and Ephah; All those from Sheba shall come; They shall bring gold and incense, And they shall proclaim the praises of the LORD. All the flocks of Kedar shall be gathered together to you, The rams of Nebaioth shall minister to you; They shall ascend with acceptance on My altar, And I will glorify the house of My glory.”

Terjemahan mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah, “Sejumlah besar unta akan menutupi daerahmu, unta-unta muda dari Midian dan Efa. Mereka semua akan datang dari Syeba, akan membawa emas dan kemenyan, serta memberitakan perbuatan masyhur TUHAN. Segala kambing domba Kedar akan berhimpun kepadamu, domba-domba jantan Nebayot akan tersedia untuk ibadahmu; semuanya akan dipersembahkan di atas mezbah-Ku sebagai korban yang berkenan kepada-Ku, dan Aku akan menyemarakkan rumah keagungan-Ku.” (Yesaya 60:6-7).

Perkataan-perkataan penting berdasarkan ayat Bible di atas adalah ‘unta’, ‘Kedar’ dan ‘rumah keangungan-Ku’. ‘Unta’ merupakan kenderaan penting bagi orang-orang Arab khususnya mereka yang hidup di padang pasir. ‘Kedar’ pula adalah salah seorang anak Nabi Ismail dan daripada keturunan Kedar inilah lahirnya bangsa Quraisy yang menetap dan berkuasa di bumi Mekah. ‘Rumah keagungan-Ku’ pula merujuk kepada Kaabah yang terdapat di Mekah, iaitu rumah keagungan Allah yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Setiap tahun pada musim ibadat haji, kira-kira dua juta umat Islam akan berkumpul di Mekah untuk mengerjakan ibadat. Hal inilah yang dimaksudkan oleh ayat ‘dan Aku akan menyemarakkan rumah keagungan-Ku’.

Ayat di atas sebenarnya menunjukkan kemuliaan pada akhir zaman yang akan diberikan kepada keturunan Nabi Ismail dari kalangan bangsa Arab. Hal ini ternyata terlaksana apabila Nabi Muhammad diutuskan oleh Allah sebagai nabi agung akhir zaman. Semasa memberikan komentar mengenai perkara ini, laman web Bibleinfo.com di bawah tajuk What Does the Bible say about Muslim/Islam menyebutkan, “Abraham (Ibrahim) diberikan satu jaminan istimewa daripada Tuhan bahawa keturunan anaknya yang bernama Ismael akan menjadi satu bangsa yang hebat. Keturunan Abraham melaluinya anak Ismael akan membawa puji-pujian di Rumat Ibadat Tuhan. Keturunan Ismael diberikan bumi di sebelah timur dan daripada mereka inilah lahirnya bangsa Arab. Muhammad, nabi dan rasul bagi umat Islam adalah berasal daripada keturunan Ismael dan semua perkara ini telah disebutkan di dalam kitab Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.”

Berdasarkan semua ini, apabila Bible menyebutkan tentang kemuliaan dan kesucian yang datang dari pergunungan Paran sebagaimana yang dicatatkan dalam bab Habakuk fasal 3 ayat 3, ia sebenarnya menceritakan tentang kemuliaan yang bakal dianugerahkan kepada bangsa Arab melalui keturunan Nabi Ismail. Alasannya mudah, keturunan Nabi Ismail dari kalangan bangsa Arab sememangnya berasal daripada bumi Paran atau Mekah sebagaimana yang disebutkan dalam bab Kejadian fasal 21 ayat 20. Nabi Muhammad adalah daripada keturunan Nabi Ismail dan baginda berbangsa Arab. Justeru, perutusan Nabi Muhammad sebagai rasul akhir zaman membenarkan segala ramalan yang dibuat oleh Bible. Baginda adalah ‘cahaya sempurna’ sebenar yang akan muncul dari Paran dan kedatangannya dinanti-nantikan oleh semua umat manusia. Bukti-bukti ini diperkukuhkan lagi dengan ayat and the earth was full of his praise atau ‘dan bumi pun penuh dengan pujian kepada-Nya’ kerana kalimat ‘Muhammad’ juga bermaksud glorious and praised atau ‘dia yang terpuji’.

Kedatangan Nabi Muhammad Menurut Bible (Bah. 5)

Datang dari Paran bersama 10,000 pengikut

Di dalam King James Version of the Bible disebutkan bahawa:

“And he said, The LORD came from Sinai, and rose up from Seir unto them; he shined forth from mount Paran, and he came with ten thousands of saints: from his right hand went a fiery law for them.” ― Deuteronomy 33:2

Terjemahannya mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah:

“Berkatalah ia: TUHAN datang dari Sinai dan terbit kepada mereka dari Seir; Ia tampak bersinar dari pergunungan Paran dan datang dari tengah-tengah puluhan ribu orang yang kudus; di sebelah kanan-Nya tampak kepada mereka api yang menyala.” — Ulangan 33:2

Ayat di atas menceritakan tentang penyampaian ajaran Tuhan oleh tiga orang nabi agung. Ia bermula dengan Nabi Musa yang begitu sinonim dengan Sinai kerana di situlah tempat beliau menerima wahyu daripada Tuhan. Kemudian ia akan diteruskan oleh Yesus berdasarkan kalimat Seir. Kalimat asalnya adalah Sa’ir, suatu tempat yang berdekatan dengan Jerusalem, tempat beliau dilahirkan. Akhir sekali, ajaran Tuhan akan disempurnakan oleh seorang nabi yang akan muncul dari pergunungan Paran. Justeru, siapakah nabi yang akan muncul dari pergunungan Paran itu?

Untuk menjawab persoalan ini, Reverend David Benjamin Keldani di dalam bukunya Muhammad in the Bible menukilkan, “Dalam konteks ini, dia yang terpilih dikiaskan dengan matahari. Dia bakal datang dari Sinai, terbit dari Seir dan kemudiannya bercahaya dengan sempurna dari Paran. Dia kemudiannya akan muncul bersama-sama dengan sepuluh ribu orang-orang yang suci dengan membawa undang-undang yang tegas laksana api di tangan kanannya. Golongan Yahudi termasuk Yesus tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tempat yang bernama Paran. Namun, Siti Hajar bersama anaknya Ismail telah merantau di bumi Beersheba dan kemudian menetap di Paran… Apabila Muhammad dapat dihubungkaitkan dengan keturunan Ismail melalui (anaknya yang bernama) Kedar dan dilantik menjadi rasul di Paran serta kemudiannya memasuki Mekah bersama-sama dengan 10,000 pengikut setianya dan melaksanakan undang-undang bagi seluruh umat manusia, tidakkah ia menampakkan dengan jelas bahawa kenyataan Bible ini terlaksana secara tepat ke atas diri Muhammad?”

Paran atau Faron dalam bahasa Arab merupakan tempat menetap Nabi Ismail seperti yang disebutkan dalam Bible bab Kejadian 21:20, “Allah menyertai Ismael. Anak itu bertambah besar; dia tinggal di padang gurun Paran dan menjadi pemburu yang mahir.” Di tempat yang bernama Paran inilah Siti Hajar dan anaknya Ismail ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim kerana baginda diperintahkan untuk melaksanakan suatu urusan yang ditetapkan oleh Allah. Pada masa itu, Siti Hajar yang sudah kehabisan sumber air untuk memberi anaknya minum memohon pertolongan Allah dan doanya dikabulkan dengan dikurniakan sebuah telaga kepada mereka.

Kisah ini disebutkan di dalam Revised Standard Version of the Bible pada bab Genesis 21:15-19, “When the water in the skin was gone, she cast the child under one of the bushes. Then she went, and sat down over against him a good way off, about the distance of a bowshot; for she said, “Let me not look upon the death of the child.” And as she sat over against him, the child lifted up his voice and wept. And God heard the voice of the lad; and the angel of God called to Hagar from heaven, and said to her, “What troubles you, Hagar? Fear not; for God has heard the voice of the lad where he is. Arise, lift up the lad, and hold him fast with your hand; for I will make him a great nation.” Then God opened her eyes, and she saw a well of water; and she went, and filled the skin with water, and gave the lad a drink.”

Terjemahan mengikut Bible Malaysia Alkitab (1996) adalah, “Apabila air di dalam kirbat (kantung air) sudah habis, Hagar meletakkan anaknya di bawah belukar, lalu pergi duduk kira-kira 100 meter dari tempat itu. Dia berkata dalam hati, “Aku tidak sanggup melihat anakku mati.” Lalu dia menangis. Allah mendengar suara Ismael dan dari langit, malaikat Allah berkata kepada Hagar, “Apakah yang engkau susahkan, Hagar? Janganlah takut. Allah sudah mendengar tangisan anakmu. Pergilah kepada anakmu, angkatlah dan tenangkanlah dia. Aku akan menjadikan keturunannya suatu bangsa yang besar.” Kemudian Allah membuka mata Hagar sehingga dia nampak sebuah perigi. Oleh itu dia pergi mengisi kirbat itu dengan air, kemudian dia memberikan minuman kepada anaknya.” (Kejadian 21:15-19).

Di dalam buku Muhammad in the Bible dijelaskan bahawa Paran sebenarnya adalah Mekah dan di situ memang terdapat sebuah perigi yang dikenali sebagai telaga ‘zam-zam’ kurniaan Allah kepada Siti Hajar dan Ismail, anaknya. Telaga ini masih lagi wujud hingga kini. Nabi Muhammad berasal daripada bumi yang sama. Selepas 13 tahun menyebarkan Islam di Mekah, baginda terpaksa berhijrah ke Madinah. Lebih kurang 8 tahun selepas berhijrah, pada hari penaklukan kota Mekah, baginda kembali memasuki dan menguasai kota suci itu bersama-sama dengan 10,000 orang sahabat-sahabatnya. Nabi Muhammad menegakkan undang-undang Islam dengan mendirikan sebuah negara Islam pertama di Madinah yang berdaulat. Sebaliknya, Yesus bukan berasal dari bumi Paran dan beliau juga tidak pernah datang dengan membawa undang-undang atau syariat baru. Beliau sekadar meneruskan syariat yang dilaksanakan oleh Nabi Musa seperti yang disebutkan dalam Injil, “Janganlah menganggap bahawa Aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya, tetapi Aku datang supaya semua ajaran itu berlaku.” (Matius 5:17).

Terdapat tokoh-tokoh ilmu Bible yang cuba menafsirkan kalimat ten thousands of saints sebagai ‘sepuluh ribu malaikat’. Hal ini ternyata salah kerana kalimat saints adalah perkataan yang sentiasa digunakan untuk merujuk kepada sifat manusia. Justeru, Bible Indonesia Alkitab menafsirkannya sebagai ‘puluhan ribu orang yang kudus’. Kalimat ten thousands atau ‘sepuluh ribu’ sangat selari dengan jumlah sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang menguasai Mekah. Seperkara lagi yang hangat diperdebatkan adalah maksud sebenar kalimat ten thousands. Adakah ia bermaksud ‘satu jumlah yang besar iaitu puluhan ribu’ seperti yang disebutkan dalam Bible Indonesia Alkitab atau ‘sepuluh ribu’ secara mutlak? Apabila diterima maksudnya sebagai ‘satu jumlah yang besar iaitu puluhan ribu’, ia tetap tiada kaitan dengan Yesus kerana pengikut beliau yang dikenali sebagai apostles di dalam Injil hanya berjumlah 12 orang sahaja. Sebaliknya, pengikut-pengikut setia Nabi Muhammad iaitu para sahabat baginda berjumlah puluhan ribu orang.

Apabila kita merujuk kepada tulisan Bible yang asal dalam bahasa Ibrani, kalimat asal yang digunakan untuk terjemahan kalimat ten thousands adalah rbabah. Tokoh-tokoh dari Institute of Creation Research yang dianggotai oleh tokoh-tokoh Kristian daripada pelbagai bidang menegaskan, “Perkataan rbabah dalam bahasa Ibrani dapat difahamkan sebagai 10,000 secara mutlak ataupun satu jumlah yang besar.” Berdasarkan hal ini, tafsiran ten thousands sebagai ‘sepuluh ribu’ secara mutlak adalah selari dengan kehendak Bible dalam bahasa Ibrani seperti yang disebutkan oleh tokoh-tokoh dari Institute of Creation Research.

Ayat Bible ‘tampak bersinar dari pergunungan Paran’ sangat selari dengan Nabi Muhammad. Baginda menerima wahyu pertama di Gua Hira dan itulah dimaksudkan dengan pergunungan Paran, iaitu salah satu gunung atau bukit di Mekah. Malah jika ditinjau dari segi geografi, memang sudah diketahui bahawa Mekah dikelilingi dengan gunung-ganang di sekelilingnya. Nabi Muhammad adalah penghulu bagi nabi-nabi dan rasul dengan membawa satu ajaran yang lengkap dan sempurna iaitu Islam. Undang-undang yang dibawa berjaya ditegakkan melalui rang undang-undang yang dikenali sebagai Piagam Madinah. Hal inilah yang dimaksudkan dengan ayat ‘di sebelah kanan-Nya tampak kepada mereka api yang menyala’. Ayat Bible ‘dan datang dari tengah-tengah puluhan ribu orang yang kudus’ pula selari dengan 10,000 sahabat baginda yang berjaya membebaskan kota Mekah daripada belenggu syirik pada hari Jumaat, 10 Ramadan tahun ke-8 Hijrah.

Selepas kota Mekah jatuh ke tangan umat Islam, golongan kafir Quraisy telah berhimpun untuk menantikan hukuman yang bakal dijatuhkan oleh Nabi Muhammad di atas segala perbuatan keji yang mereka lakukan selama ini. Kisah sejarah ini dipaparkan dengan jelas di dalam New King James Version of the Bible pada bab Jude ayat 14 hingga 15, “Now Enoch, the seventh from Adam, prophesied about these men also, saying, “Behold, the Lord comes with ten thousands of His saints, to execute judgment on all, to convict all who are ungodly among them of all their ungodly deeds which they have committed in an ungodly way, and of all the harsh things which ungodly sinners have spoken against Him.” Terjemahan mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah, “Juga tentang mereka Henokh, keturunan ketujuh dari Adam, telah bernubuat, katanya: “Sesungguhnya Tuhan datang dengan beribu-ribu orang kudus-Nya, hendak menghakimi semua orang dan menjatuhkan hukuman atas orang-orang fasik kerana semua perbuatan fasik, yang mereka lakukan dan kerana semua kata-kata nista, yang diucapkan orang-orang berdosa yang fasik itu terhadap Tuhan.” (Yudas, ayat 14 hingga 15).

Sekali lagi ayat ‘beribu-ribu orang kudus-Nya’ digunakan dalam ayat di atas. Sesiapa yang mengkaji sejarah Nabi Muhammad akan menyedari bahawa kisah yang dipaparkan ini sangat selari dengan sejarah beliau dan 10,000 orang sahabatnya semasa mereka menakluki kota Mekah demi menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kebatilan serta kefasikan. Selepas kota Mekah berada di bawah kekuasaan tentera Islam, golongan kafir Quraisy berasa gelisah menantikan hukuman yang bakal dijatuhkan oleh Nabi Muhammad ke atas mereka. Namun, baginda mengampunkan kesemua kesalahan mereka dan ini merupakan salah satu tanda kenabian yang ada pada diri baginda. Justeru, kisah yang dipaparkan oleh Bible ini tidak ada kaitan langsung dengan sejarah hidup Yesus.

Kedatangan Nabi Muhammad Menurut Bible (Bah. 4)

Kedatangan “Shiloh” yang dinanti-nantikan

Di dalam King James Version of the Bible disebutkan bahawa:

“The sceptre shall not depart from Judah, nor a lawgiver from between his feet, until Shiloh come; and unto him shall the gathering of the people be.” ― Genesis 49:10

Terjemahannya mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah:

“Tongkat kerajaan tidak akan lepas dari Yehuda, sampai Dia yang berhak atasnya datang, iaitu Dia yang akan ditaati oleh semua orang.” — Kejadian 49:10

Kalimat Ibrani yang perlu diberikan perhatian dalam ayat di atas adalah Shiloh. Mengikut Reverend David Benjamin Keldani dalam bukunya Muhammad in the Bible disebutkan bahawa kalimat ini bermaksud seseorang yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan sesuatu hukuman dan seseorang yang tenang, damai serta boleh dipercayai. Maksud ini sangat selari dengan diri Nabi Muhammad. Baginda mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman ke atas kaumnya. Baginda juga datang dengan membawa ajaran dan undang-undang baru untuk seluruh umat manusia.

Penganut Kristian mendakwa bahawa ayat di atas merujuk kepada Yesus. Hal ini ternyata salah kerana Yesus tidak berhak menjatuhkan hukuman tertentu ke atas kaumnya. Dalam kitab Injil, banyak kisah-kisah yang menunjukkan bahawa Yesus tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menjatuhkan sesuatu hukuman. Kedatangan Yesus juga tidak membawa ajaran, syariat dan undang-undang baru dari Tuhan. Beliau hanya meneruskan undang-undang Nabi Musa sahaja dengan berpandukan kitab Taurat. Dalam Injil Matius 5:17 menyebutkan bahawa, “Janganlah menganggap bahawa Aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya, tetapi Aku datang supaya semua ajaran itu berlaku.”

Baginda juga sememangnya seorang yang tenang kerana dalam banyak situasi dan proses menyelesaikan sebarang masalah dan persengketaan, baginda tidak mewarisi sikap kaum lelaki Arab pada masa itu yang panas baran, pemarah dan suka membuat keputusan secara terburu-buru tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Baginda juga adalah seorang yang damai kerana tidak suka melakukan sesuatu perkara yang boleh mencetuskan bibit-bibit pertikaian dan perbalahan sesama sendiri. Hal ini terbukti dalam peristiwa perletakan Hajar al-Aswad. Dengan kebijaksanaan baginda, perbalahan kaum yang serius dapat dielakkan. Baginda juga digelar dengan al-Amin yang bermaksud seseorang yang boleh dipercayai. Gelaran ini diberikan oleh orang Arab Quraisy kerana mereka mengenali baginda sebagai seorang yang amanah dan boleh dipercayai. Hal ini sangat menepati pengertian kalimat Shiloh.

Shiloh yang bakal muncul ini akan menjadikan bangsa-bangsa tunduk dan takluk kepadanya serta akan ditaati oleh semua orang. Dengan perkataan lain, Shiloh diutuskan kepada semua umat manusia dan bukannya kepada satu-satu kelompok atau kaum tertentu sahaja. Sekali lagi Nabi Muhammad menepatinya kerana baginda memang diutuskan kepada seluruh umat manusia. Kedatangan baginda adalah sebagai rahmat bagi semesta alam. Hal ini menepati maksud firman Allah, “Dan Kami tidak mengutus kamu (wahai Muhammad), melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” (Saba’ 34:28). Juga dinyatakan di dalam nas berikut, “Dan tiadalah Kami mengutus kamu (wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” (Al-Anbiya’ 21:107).

Sebaliknya, Yesus pula hanya diutuskan kepada kaum Israil atau Yahudi sahaja. Hal ini sangat bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud, “Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata, “Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu…” (As-Saff 61:6). Kitab Injil turut menyokong kenyataan al-Quran ini apabila Yesus sendiri berkata, “Aku diutus hanya kepada orang Israel yang seperti domba yang sesat.” (Matius 15:24).

Kedatangan Nabi Muhammad Menurut Bible (Bah. 3)

Istilah “Himdah”, “Shalom” dan “Periclytos”

Di dalam King James Version of the Bible disebutkan bahawa:

“For thus saith the LORD of hosts; Yet once, it is a little while, and I will shake the heavens, and the earth, and the sea, and the dry land; And I will shake all nations, and the desire of all nations shall come: and I will fill this house with glory, saith the LORD of hosts. The silver is mine, and the gold is mine, saith the LORD of hosts. The glory of this latter house shall be greater than of the former, saith the LORD of hosts: and in this place will I give peace, saith the LORD of hosts.” ― Haggai 2:6-9

Terjemahannya mengikut Bible Indonesia Alkitab (1993) adalah:

“Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam: Sedikit waktu lagi maka Aku akan menggoncangkan langit dan bumi, laut dan darat; Aku akan menggoncangkan segala bangsa, sehingga barang yang indah-indah kepunyaan segala bangsa datang mengalir, maka Aku akan memenuhi Rumah ini dengan kemegahan, firman TUHAN semesta alam. Kepunyaan-Kulah perak dan kepunyaan-Kulah emas, demikianlah firman TUHAN semesta alam. Adapun Rumah ini, kemegahannya yang kemudian akan melebihi kemegahannya yang semula, firman TUHAN semesta alam, dan di tempat ini Aku akan memberi damai sejahtera, demikianlah firman TUHAN semesta alam.” — Hagai 2:6-9

Terdapat dua kalimat Ibrani yang perlu diperhatikan dalam ayat di atas iaitu Himdah dan Shalom. Bible versi bahasa Inggeris menterjemahkan kalimat ini sebagai the desire of all nations shall come dan peace. Bible Indonesia Alkitab pula menterjemahkannya sebagai ‘barang yang indah-indah kepunyaan segala bangsa datang mengalir’ dan ‘damai sejahtera’. Berkaitan dengan kalimat Himdah, ayatnya yang asal dalam bahasa Ibrani adalah ve yavu himdath kol haggoyim. Terjemahan bahasa Inggeris menterjemahkannya sebagai and will come the Himdah of all nations yang bermaksud ‘dan akan datang Himdah bagi segala bangsa’. Dalam bahasa Arab, kalimat Himdah berasal daripada huruf ha, ma, da dan hal ini sangat selari dengan huruf-huruf asal yang menerbitkan kalimat Ahmad dan Muhammad.

Shalom pula selari dengan kalimat Arab salama yang melahirkan perkataan Islam. Islam bermaksud damai dan sejahtera. Bible Indonesia Alkitab menggunakan kedua-dua perkataan ini untuk menterjemahkan kalimat Shalom. Justeru, ayat Bible ini sebenarnya menceritakan mengenai seorang Himdah yang diutus kepada segala bangsa atau umat manusia dan kepadanya dikurniakan Shalom yang bakal mendatangkan kedamaian dan kesejahteraan kepada umat manusia. Kisah ini sangat selari dengan Ahmad atau Muhammad yang diutus oleh Allah dengan risalah Islam kepada semesta alam.

Di dalam kitab Perjanjian Baru, kalimat yang selari dengan Himdah adalah Paracletos. Kalimat Paracletos perlulah difahami mengikut gaya bahasanya yang asal. Dalam manuskrip Yunani purba, perkataan yang hampir dengan Paracletos adalah Periclytos. Dalam bahasa Inggeris, Periclytos bermaksud illustrious, glorious and praised atau ‘dia yang terpuji’. Hal ini sangat selari dengan pengertian kalimat Himdah dan Ahmad kerana kedua-duanya juga bermaksud ‘dia yang terpuji’. Pengertian ini sangat selari dengan nama Nabi Muhammad.

Kedatangan Nabi Muhammad Menurut Bible (Bah. 2)

Perkataan “Mahamuddim” ada di dalam Bible

Di dalam King James Version of the Bible disebutkan bahawa:

“His mouth is most sweet: yea, he is altogether lovely. This is my beloved, and this is my friend, O daughters of Jerusalem.” ― Song of Solomon 5:16

Terjemahannya mengikut Bible Alkitab (1996) terbitan The Bible Society of Malaysia adalah:

“Amat manis tutur katanya, segala yang ada padanya menawan hatiku. Demikianlah kekasihku dan sahabatku, hai puteri-puteri Yerusalem.” — Kidung Agung 5:16

Ayat he is altogether lovely atau ‘segala yang ada padanya menawan hatiku’ seperti yang tercatat dalam ayat Bible di atas sebenarnya adalah terjemahan daripada perkataan Mahamuddim dalam bahasa Ibrani atau Hebrew, iaitu bahasa orang Yahudi. Kalimat im dalam bahasa Ibrani melambangkan kemuliaan dan penghormatan. Contohnya ialah kalimat im dalam perkataan Elohim. Eloh bermaksud Tuhan manakala im pula bermaksud Yang Maha Mulia.

Justeru, Elohim bermaksud Tuhan Yang Maha Mulia. Apabila kaedah yang sama digunakan pada perkataan Mahamuddim, ia membawa maksud ‘Mahamudd yang mulia’ atau ‘Mahamudd yang terpuji’. Maksud ini sangat selari dengan nama Nabi Muhammad kerana perkataan Muhammad itu sendiri bermaksud ‘dia yang terpuji’.

Kedatangan Nabi Muhammad Menurut Bible (Bah. 1)

Pendahuluan

Penganut agama Yahudi dan Kristian pada hari ini tidak mengakui bahawa pada akhir zaman nanti, Tuhan akan membangkitkan seorang lagi nabi yang akan bertanggungjawab menyempurnakan rangkaian ajaran Ilahi. Mereka sedaya upaya menyembunyikan hakikat kebenaran ini dan hal ini telah disentuh oleh al-Quran sebagaimana maksud firman Allah, “Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan janganlah kamu sembunyikan yang benar itu padahal kamu mengetahuinya.” (Al-Baqarah 2:42). Ayat ini merujuk kepada sikap Ahli Kitab iaitu Yahudi dan Kristian yang cuba menyembunyikan kebenaran Nabi Muhammad sebagaimana yang telah disebutkan di dalam kitab Taurat dan Injil yang ada pada sisi mereka walaupun mereka mengetahui kebenarannya.

Kitab Taurat dan Injil yang ada sekarang di tangan kaum Yahudi dan Kristian telah diselewengkan oleh mereka. Justeru, mereka menamakan naskhah yang sudah diselewengkan itu sebagai ‘Bible’ dalam bahasa Inggeris atau ‘Alkitab’ dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa ayat di dalamnya yang jelas menceritakan tentang kedatangan Nabi Muhammad sebagai rasul akhir zaman. Hal ini ditegaskan dalam ayat al-Quran berikut, “(Iaitu) orang-orang yang mengikut rasul, nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada pada sisi mereka.” (Al-A’raf 7:157). Justeru, adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk mengeluarkan ayat-ayat ini dan seterusnya membuktikan kebenaran Nabi Muhammad sebagai rasul akhir zaman.

Perjanjian Tuhan dengan bangsa Arab

Walaupun naskhah Bible hari ini tidak boleh diterima sebagai kata-kata Tuhan secara keseluruhannya, namun masih terdapat sebahagian kecil ayat-ayatnya yang masih selari dengan al-Quran terutamanya yang berhubung dengan kebangkitan Nabi Muhammad sebagai manusia agung dan rasul akhir zaman. Justeru, ayat-ayat ini perlu ditapis, dikaji dan dimanfaatkan sebaik mungkin sebagai hujah untuk membuktikan kebenaran kerasulan Nabi Muhammad.

Mengikut Bible bab Genesis 17:18 dinyatakan bahawa Nabi Ibrahim pernah berdoa kepada Tuhan supaya memberkati kehidupan anaknya yang bernama Ismail. Di dalam Revised Standard Version of the Bible ayatnya adalah, “And Abraham said to God, “O that Ishmael might live in thy sight!” Mengikut Bible Indonesia Alkitab terjemahannya adalah, “Lalu Abraham berkata kepada Allah, “Dan Abraham berkata kepada Allah: “Ah, sekiranya Ismael diperkenankan hidup di hadapan-Mu!” (Kejadian 17:18). Lalu Allah mengabulkan permintaan baginda, “As for Ishmael, I have heard you; behold, I will bless him and make him fruitful and multiply him exceedingly; he shall be the father of twelve princes, and I will make him a great nation.” (Genesis 17:20). Terjemahannya mengikut Bible Malaysia Alkitab (1996) adalah, “Aku sudah mendengar permintaanmu untuk Ismael. Oleh itu Aku akan memberkati dia dan memberi dia banyak anak dan keturunan. Dia akan menjadi nenek moyang dua belas ketua suku, dan Aku akan menjadikan keturunannya suatu bangsa yang besar.” (Kejadian 17:20). Kisah yang disebutkan di dalam Bible ini tentang hidup Nabi Ismail yang diredai di sisi Tuhan sangat selari dengan al-Quran. Allah berfirman yang bermaksud, “Dan dia (Ismail) menyuruh ahli keluarganya mengerjakan sembahyang dan menunaikan zakat dan dia adalah seorang yang diredai di sisi Tuhannya.” (Maryam, 19:55).

Di dalam bab Genesis 21:17-18 disebutkan tentang janji Tuhan untuk menjadikan keturunan Nabi Ismail sebagai suatu keturunan yang besar dan hebat. Mengikut Bible Malaysia Alkitab ayatnya adalah, “Allah mendengar suara Ismael dan dari langit malaikat Allah berkata kepada Hagar, “Apakah yang engkau susahkan, Hagar? Janganlah takut. Allah sudah mendengar tangisan anakmu. Pergilah kepada anakmu, angkatlah dan tenangkanlah dia. Aku akan menjadikan keturunannya suatu bangsa yang besar.” (Kejadian 21:17-18).

Nabi Muhammad berasal daripada keturunan Nabi Ismail yang melahirkan bangsa Arab manakala Isa al-Masih (Yesus Kristus) berasal daripada keturunan Nabi Ishak yang melahirkan bangsa Israil atau Yahudi. Ayat Bible di atas jelas menunjukkan bahawa Tuhan akan menjadikan keturunan Nabi Ismail sebagai suatu bangsa yang hebat, unggul dan masyhur. Akhirnya, janji Tuhan tersebut terlaksana apabila lahirnya Nabi Muhammad sebagai rasul akhir zaman dan penutup sekalian nabi dan rasul.

Saturday, December 15, 2007

Embriologi Menurut Al-Quran

Manusia dicipta daripada ‘alaq (seperti lintah)

Beberapa tahun dahulu, sekumpulan pelajar Arab telah mengumpul data tentang embriologi daripada al-Quran. Mereka juga mengikut setiap arahan mengenai embriologi seperti yang terdapat dalam al-Quran. Ayat al-Quran berikut menjadi pembakar semangat mereka untuk terus mengkaji kebenaran firman Allah, al-Quran yang mulia:

Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui. (An-Nahl 16:43)

Kumpulan pelajar tadi mengumpul maklumat mengenai embriologi daripada al-Quran dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris. Mereka kemudiannya berjumpa Profesor Dr. Keith Moore untuk mendapatkan keterangan terperinci tentang apa yang disebut dalam al-Quran mengenai embriologi. Prof. Keith Moore merupakan seorang Profesor Embriologi dan Pengerusi Jabatan Anatomi di Universiti Toronto, Kanada dan beliau juga seorang yang pakar dalam bidang ini. Selepas membuat kajian terperinci mengenai terjemahan ayat-ayat al-Quran, beliau mengatakan bahawa fakta yang terkandung dalam al-Quran mengenai embriologi adalah amat bertepatan dengan fakta sains moden.

Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat memberi penjelasan bagi beberapa ayat al-Quran, disebabkan beliau tidak mempunyai fakta mengenainya. Dalam al-Quran, Allah menyatakan bahawa manusia diciptakan daripada ‘alaq sebagaimana firman-Nya:

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. (Al-‘Alaq 96:1-2)

Perkataan Arab ‘alaq di samping bermakna ‘seketul darah’, ia juga bermaksud ‘sesuatu yang bersifat seperti lintah’ iaitu dari segi cara makannya dan kedudukannya yang ‘bergantung’. Prof. Keith Moore pada permulaanya tidak mengetahui sama ada janin atau embrio mempunyai sifat seperti lintah. Selepas membuat kajian dengan terperinci dengan menggunakan mikroskop yang canggih, beliau terkejut apabila mendapati bahawa ‘alaq benar-benar menyerupai seekor lintah. Oleh itu, dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan embriologi, beliau berjaya mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai bidang ini.

Prof. Keith Moore dapat menjawab sebanyak 80 soalan yang diutarakan kepada beliau dalam bidang embriologi yang dipetik daripada al-Quran dan Hadis. Menurut Prof. Keith Moore, jika soalan-soalan ini diajukan kepada beliau 30 tahun yang lalu, beliau sudah tentu tidak dapat menjawabnya kerana kekurangan fakta-fakta saintifik dalam bidang ini. Tetapi dengan bantuan alatan yang canggih, Prof. Keith Moore dapat membuktikan kebenaran fakta-fakta yang terkandung dalam al-Quran mengenai embriologi.

Sebelum ini, Prof. Keith Moore telah menulis sebuah buku The Developing Human. Walau bagaimanapun, selepas mendapat maklumat yang banyak mengenai embriologi daripada ayat-ayat al-Quran, beliau sekali lagi berjaya menulis edisi ke-3 bagi buku tersebut pada tahun 1982. Melalui buku tersebut, beliau telah berjaya memenangi Anugerah Buku Perubatan Terbaik yang ditulis oleh seorang saintis. Buku ini juga telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa utama di dunia dan ia menjadi buku rujukan dalam bidang embriologi bagi pelajar-pelajar perubatan tahun pertama.

Pada tahun 1981, semasa Persidangan Perubatan ke-7 di Dammam, Arab Saudi, Prof. Keith Moore menegaskan bahawa ayat al-Quran tentang embriologi pastinya datang daripada Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad. Ini kerana manusia pada zaman itu setentunya manusia tidak pernah terfikir tentang perkara ini dan ini jelas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad pastinya seorang utusan Allah. (Rujukan daripada pita video This is the Truth).

Dr. Joe Leigh Simpson, Pengerusi Jabatan Sakit Puan di Kolej Perubatan Baylor, Amerika Syarikat pula mengatakan bahawa sabda-sabda Nabi Muhammad yang terkandung dalam Hadis pastinya bukan berdasarkan kepada fakta sains yang ada pada zaman baginda iaitu pada abad ke-7, kerana perkara begini tentunya tidak pernah terlintas di fikiran manusia pada masa itu.

Manusia dicipta daripada setitis air mani yang terhasil di antara tulang belakang dan tulang rusuk

Hal ini dinyatakan oleh al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud:

Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah dia diciptakan? Dia diciptakan dari air yang dipancarkan, yang keluar dari antara tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan. (At-Tariq 86:5-7)

Dalam peringkat janin atau embrio, organ reproduksi bagi lelaki dan perempuan iaitu testis dan ovari memulakan pembesarannya berhampiran dengan buah pinggang yang terletak di antara tulang belakang dan tulang rusuk yang ke-11 dan ke-12. Kemudian organ reproduksi tersebut akan ‘turun ke bawah’. Ovari berhenti dalam pelvis manakala testis terus turun ke skrotum. Semasa dewasa, organ reproduksi masih lagi menerima saraf dan bekalan darah aorta abdomen yang terletak antara tulang belakang dan tulang rusuk. Begitu juga dengan salur limfa dan salur darah venul yang berulang-alik ke tempat yang sama.

Manusia dicipta daripada nutfah (cecair yang sedikit)

Berkenaan dengan fakta di atas, al-Quran menukilkan:

Dia telah menciptakan manusia dari mani, tiba-tiba dia menjadi pembantah yang nyata. (An-Nahl 14:4)

Apakah kamu kafir kepada (Tuhan) yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air mani, lalu Dia menjadikan kamu seorang lelaki yang sempurna? (Al-Kahfi 18:37)

Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). (Fatir 35:11)


Al-Quran yang mulia menyebut tidak kurang daripada 11 kali mengenai manusia dicipta daripada nutfah. Fakta yang tersebut dalam al-Quran diakui oleh sains moden, iaitu hanya satu sperma lelaki yang diperlukan untuk proses persenyawaan dengan ovum perempuan. Ini bererti, 1 daripada 3 juta atau 0.00003% daripada sperma yang diperlukan untuk proses tersebut. Hal ini menepati kalimat nutfah kerana ia merujuk kepada cecair mani yang sedikit.

Manusia dicipta daripada sulalat (saripati air mani)

Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:

Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina. (As-Sajadah 32:8)

Perkataan Arab yang digunakan dalam ayat di atas ialah sulalat yang bererti ‘saripati air mani’. Sebagaimana yang kita ketahui, hanya satu sperma lelaki yang diperlukan untuk tujuan persenyawaan dengan ovum, oleh itu perkataan sulalat digunakan untuk merujuk kepada sperma tersebut.

Manusia dicipta daripada nutfatin amsyaaj (cecair yang bercampur)

Perhatikan ayat al-Quran di bawah:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. (Al-Insan 76:2)

Perkataan Arab dalam ayat di atas ialah nutfatin amsyaaj yang bermaksud ‘cecair yang bercampur’, iaitu cecair dari pihak lelaki dan perempuan.

Penentuan jantina

Penentuan jantina pada janin ditentukan oleh sperma lelaki dan bukannya ovum perempuan. Jantina seorang bayi sama ada lelaki atau perempuan bergantung kepada pasangan 23 kromosom sama ada XX atau XY. Dengan kata lain, jika sperma X disenyawakan dengan ovum, maka jantina bayi adalah perempuan. Manakala jika sperma Y disenyawakan dengan ovum, maka jantina bayi adalah lelaki. Hal ini telah diterangkan di dalam al-Quran oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa:

Dan bahawasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan wanita, dari air mani apabila dipancarkan. (An-Najm 53:47)

Perkataan Arab nutfah dalam ayat al-Quran di atas bermaksud ‘cecair yang sedikit’ dan perkataan tumnaa pula bermaksud ‘yang terpancar’. Oleh itu, perkataan nutfah dalam ayat ini sememangnya dikhususkan kepada sperma lelaki kerana ia ‘terpancar’. Perhatikan pula terjemahan ayat al-Quran di bawah:

Bukankah dia dahulu setitis mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim)? Kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya, dan menyempurnakannya, lalu Allah menjadikan daripadanya sepasang lelaki dan perempuan. (Al-Qiyamah 75:37-39)

Dalam ayat di atas juga disebut nutfatan min maniyyin yang bererti ‘cecair yang sedikit’ yang ia merujuk kepada sperma. Ini jelas membuktikan bahawa lelaki yang bertanggungjawab menentukan jantina janin. Ibu-ibu mertua di negara-negara Asia seperti India, Malaysia, China dan sebagainya biasanya inginkan cucu lelaki dan mereka akan menyalahkan menantu-menantu perempuan jika mereka melahirkan bayi perempuan. Tetapi, mereka tidak mengetahui bahawa sebenarnya anak-anak lelaki merekalah yang bertanggungjawab menentukan jantina bakal cucu mereka.

Janin diselaputi oleh tiga kegelapan

Hal ini merupakan salah satu bukti yang menunjukkan kemukjizatan al-Quran. Tidak mungkin seseorang dapat mengetahuinya tanpa menggunakan alatan yang canggih. Al-Quran mengungkapkan:

Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan. (Az-Zumar 39:6)

Hal ini diakui oleh penemuan sains moden. Menurut Prof. Keith Moore, selaput kegelapan yang disebut dalam al-Quran ialah, pertama, perut ibu yang di hadapan. Kedua, dinding uterus dan ketiga, kulit amnio-chorionic. Mengikut Al-Quranul Karim wa Tarjamah Ma’aniah ilal Lughatul Indonesiah muka surat 746 dinyatakan bahawa tiga kegelapan tersebut merujuk kepada kegelapan dalam perut ibu, kegelapan dalam rahim dan kegelapan dalam selaput yang menutup anak dalam rahim.

Peringkat-peringkat pembentukan janin

Mengenai peringkat-peringkat kejadian janin dalam kandungan ibu, al-Quran memberikan banyak maklumat mengenainya, antaranya adalah sebagaimana firman Allah berikut:

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. (Al-Mukminun 23:12-14)

Dalam ayat ini, Allah menjelaskan bahawa manusia dicipta daripada cecair yang sedikit atau nutfah yang diletakkan di tempat yang kukuh iaitu rahim atau qararin makiin. Uterus dilindungi dengan baik dari arah belakang, melalui tulang belakang dan otot-ototnya. Janin tersebut juga dilindungi lagi oleh kulit yang mengandungi cecair amnion atau amniotic fluid. Kemudian cecair yang sedikit ini dijadikan ‘alaqah yang bererti ‘sesuatu yang bergantung’ dan ia menyerupai seekor lintah. ‘Alaqah juga bermaksud ‘segumpal darah’. Ini berlaku semasa minggu ketiga dan keempat mengandung.

Pada tahun 1677, Hamm dan Leeuwenhoek adalah dua orang saintis pertama yang telah berjaya mengkaji sperma manusia dengan menggunakan mikroskop. Mereka beranggapan bahawa satu sperma mengandungi manusia kecil yang lengkap beranggota dan ia akan membesar dalam rahim ibu dan membentuk seorang bayi. Anggapan ini dikenali sebagai teori Perforation. Walau bagaimanapun, apabila para saintis menemui bahawa ovum perempuan sebenarnya lebih besar saiznya daripada sperma lelaki, seorang saintis, De Graf dan saintis lain berpendapat bahawa ‘manusia kecil’ yang dikatakan terdapat dalam sperma sebenarnya terdapat dalam ovum. Kemudiannya pada abad ke-18, Maupertuis telah mengetengahkan teori Biparental Inheritance dan teori ini merujuk kepada gabungan sperma dan ovum bertanggungjawab dalam pembentukan bayi yang sempurna.

‘Alaqah ini kemudiannya bertukar menjadi mudghah yang bermaksud ‘segumpal daging’ seperti yang dinyatakan dalam terjemahan ayat di atas. Mudghah ini pula bertukar menjadi tulang-belulang atau izaam dan tulang-belulang ini dibungkus dengan otot atau daging dan dalam bahasa Arab ia disebut lahm. Kemudian Allah menjadikannya makhluk yang berbentuk lain, iaitu berlainan daripada bentuk sebelumnya yang seperti lintah yang bergantung.

Profesor Marshall Johnson mengetuai kumpulan saintis di Amerika Syarikat juga merupakan ketua Jabatan Anatomi dan Pengarah Institut Daniel di Universiti Thomas Jefferson di Philadelphia, Amerika Syarikat. Beliau telah diminta memberikan komen beliau mengenai embriologi yang dihuraikan dalam al-Quran. Beliau amat kagum dengan ketepatan huraian al-Quran mengenai peringkat-peringkat janin. Beliau mengatakan bahawa Nabi Muhammad pastinya mempunyai alatan mikroskop yang canggih sehingga dapat mengkaji dan memberi huraian yang tepat mengenainya. Namun begitu, beliau diingatkan bahawa pada zaman Nabi Muhammad, mikroskop masih belum dicipta. Akhirnya, beliau mengakui bahawa mikroskop yang mula-mula dicipta tidak dapat membesarkan imej sesuatu objek seni lebih daripada 10 kali dan imejnya tidak jelas. Profesor Johnson terpaksa menerima bahawa al-Quran adalah wahyu daripada Tuhan kepada Nabi Muhammad.

Menurut Prof. Keith Moore, cara moden peringkat-peringkat embriologi diklasifikasikan sebagai tidak jelas tetapi cara pengklasifikasian embriologi dalam al-Quran sangat mudah difahami. Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:

Bukankah dia dahulu setitis mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim)? Kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya, dan menyempurnakannya, lalu Allah menjadikan daripadanya sepasang lelaki dan perempuan. (Al-Qiyamah 75:37-39)

Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat derhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) kamu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu. (Al-Infitar 82:6-8)

Pertumbuhan janin: sebahagian sempurna dan sebahagian tidak sempurna

Allah berfirman di dalam al-Quran sebagaimana maksudnya:

Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna. (Al-Hajj 22:5)

Pada peringkat mudghah, jika janin dibedah kita akan dapat melihat bahawa pertumbuhan sesetengah organ janin adalah sempurna dan selebihnya adalah tidak sempurna. Inilah yang dihuraikan dalam al-Quran 1,400 tahun lalu dan menurut Prof. Johnson, ini adalah satu huraian yang sangat tepat sebagaimana penemuan sains terkini.

Deria pendengaran dan penglihatan

Deria pertama yang dijadikan pada janin atau embrio ialah deria pendengaran. Oleh itu, janin yang berumur 24 minggu sudah mampu mendengar bunyi-bunyian. Manakala pada minggu yang ke-28 pula, deria penglihatan terbentuk pada janin. Perhatikan ayat-ayat al-Quran di bawah yang menghuraikan tentang proses-proses ini dengan tepat secara berturutan.

Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan-Nya) dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur. (As-Sajadah 32:9)

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. (Al-Insan 76:2)

Dan Dialah yang telah menciptakan bagi kamu sekalian, pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur. (Al-Mukminun 23:78)


Mengikut kitab al-Asas fit Tafsir nukilan Syeikh Said Hawa dinyatakan bahawa ‘hati’ dalam ayat-ayat di atas merujuk kepada ‘akal’. Oleh itu, pada peringkat ini, deria-deria mula terbentuk. Ia bermula dengan telinga (pendengaran), diikuti dengan mata (penglihatan) dan akhirnya hati (akal). Prof. Keith Moore mengesahkan kebenaran urutan-urutan ini seperti yang dinyatakan oleh al-Quran. Ini jelas membuktikan huraian dalam al-Quran adalah bertepatan dengan fakta sains mengenai embriologi.

Kesimpulan

Huraian al-Quran mengenai proses kejadian embrio di dalam kandungan ibu menunjukkan bahawa kitab tersebut sebenarnya datang dari sisi Tuhan semesta alam. Sebagai kesimpulan, baik dinyatakan di sini ucapan Prof. E. Marshall Johnson ketika di Persidangan Perubatan ke-7 di Arab Saudi. Beliau berkata, “Al-Quran tidak hanya menceritakan perkembangan luaran embrio malah juga menjelaskan perkembangan dalamannya dan maklumat-maklumat ini sangat selari dengan penemuan sains kontemporari. Sebagai seorang saintis, saya hanya boleh berbincang dengan perkara yang saya faham. Dalam konteks ini, saya memahami ilmu embriologi dan pertumbuhan manusia serta saya juga memahami maksud kalimat-kalimat al-Quran yang diterjemahkan kepada saya. Justeru, saya boleh menerima hakikat bahawa apa yang dikatakan oleh Muhammad sebenarnya adalah maklumat daripada Tuhan.”

My Family...

My Family...
kenangan terindah bersama spupuku...

My Family...

My Family...
My lovely person... (atok & nenek)