Allah s.w.t. berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:
“Dan juga orang-orang Yahudi yang sangat suka mendengar (berita-berita) bohong dan sangat suka mendengar (perkataan-perkataan) orang lain yang belum pernah datang kepadamu. Mereka mengubah kata-kata (Taurat) dari makna yang sebenarnya. Mereka mengatakan, “Jika ini (yang sudah diubah) diberikan kepadamu, maka terimalah dan jika kamu diberi yang bukan ini, maka hati-hatilah.” (Al-Maidah 5:41).
“Mereka suka mengubah firman (Allah) dari tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebahagian pesanan yang telah diperingatkan kepada mereka. Engkau (Muhammad) sentiasa akan melihat pengkhianatan dari mereka kecuali sekelompok kecil di antara mereka (yang tidak berkhianat).” (Al-Maidah 4:13).
Kedua-dua ayat di atas menjelaskan bahawa kitab Taurat dan Injil atau Bible yang ada sekarang ini bukanlah firman Tuhan yang sebenarnya. Antara beberapa faktor yang menyebabkan hal demikian adalah wujudnya campurtangan manusia di dalam menokok tambah kedua-dua kitab tersebut. Dalam erti kata lain, kitab Bible yang wujud hari ini sudah diselewengkan oleh pendeta-pendeta Yahudi dan Nasrani mengikut kemahuan mereka semata-mata.
Orang-orang Yahudi dan Kristian mengatakan bahawa kitab suci mereka diiktiraf oleh al-Quran sebagai kitab yang benar dan petunjuk ke arah kebenaran. Hal ini disebut sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat, di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya.” (Al-Maidah 5:44).
“Dan Kami iringkan jejak mereka (nabi-nabi Bani Israil) dengan Isa putera Maryam, membenarkan kitab yang sebelumnya, iaitu Taurat. Dan Kami telah memberikan kepadanya kitab Injil, sedang di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), dan membenarkan kitab yang sebelumnya, iaitu kitab Taurat. Dan menjadi petunjuk serta pengajaran untuk orang-orang yang bertakwa.” (Al-Maidah 5:46).
Berdasarkan ayat di atas, memang benar al-Quran menyifatkan kitab Taurat dan Injil sebagai “cahaya yang menerangi”. Namun, orang-orang Yahudi dan Kristian perlu tahu bahawa yang dimaksudkan dengan ayat tersebut adalah kitab Taurat dan Injil yang asli, iaitu yang diturunkan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa pada zaman mereka, dan bukannya yang sudah diselewengkan seperti yang ada sekarang.

No comments:
Post a Comment