Ruang angkasa selain daripada bintang-bintang dan lain-lain, dahulunya dipercayai sebagai ruang vakum. Tetapi para saintis dari kalangan ahli astrofizik kemudiannya mengesan kewujudan objek-objek antara bintang-bintang atau bridges of matter. Objek-objek antara bintang-bintang dikenali sebagai ‘plasma’. Plasma ialah gas ion yang mengandungi elektron bebas dan ion positif. Plasma juga dikenali sebagai objek atau bahan keempat selain daripada pepejal, cecair dan gas. Al-Quran ada menyebutkan tentang kewujudan plasma ini sebagaimana firman Allah:
Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arasy. (Al-Furqan 25:59)
Kita semua mengetahui bahawa kewujudan plasma adalah penemuan sains moden dan pada 1,400 tahun dahulu iaitu semasa al-Quran diturunkan, tiada seorang pun yang terfikir mengenainya. Justeru, dari manakah datangnya maklumat mengenai kewujudan plasma dalam al-Quran?

No comments:
Post a Comment