Sekadar selingan...

Sekadar selingan...

Saturday, December 15, 2007

Matahari Berputar di atas Paksinya

Pada zaman dahulu, ahli falsafah dan saintis Barat percaya bahawa bumi terletak di kawasan tengah atau pusat alam dan setiap objek angkasa termasuklah matahari berputar mengelilingi bumi. Di Barat, kepercayaan ini dikenali sebagai konsep Geocentric dan ia telah diterima pakai semenjak zaman Ptolemy kira-kira 200 SM. Pada tahun 1512, Nicholas Copernicus telah membentangkan teorinya yang dikenali sebagai Heliocentric Theory of Planetary Motion dan beliau menegaskan bahawa matahari terletak di tengah-tengah sistem solar dan planet-planet lain mengelilinginya.

Pada tahun 1609, seorang saintis Jerman, Yohannus Keppler telah memperkenalkan teori Astronomia Nova yang mengatakan bahawa planet-planet bukan sahaja bergerak di atas orbit masing-masing mengelilingi matahari, malah ia juga berputar di atas paksi masing-masing dengan kelajuan yang luar biasa. Maka dengan fahaman Astronomia Nova ini para saintis Eropah dapat memberi huraian yang betul tentang mekanisma-mekanisma sistem solar, termasuklah mengenai pergantian malam dan siang yang silih berganti.

Walau bagaimanapun selepas penemuan-penemuan ini, para saintis masih lagi mempercayai bahawa matahari tidak berputar di atas paksinya seperti bumi. Justeru, mari kita fahami ayat al-Quran di bawah dengan teliti:

Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya. (Al-Anbiya’ 21:33)

Perkataan Arab yang digunakan dalam ayat di atas ialah yasbahuun. Perkataan ini asalnya dari kalimat sabaha yang bermaksud ‘pergerakan yang datang dari objek yang bergerak’. Kalau ia digunakan untuk seorang manusia di darat, ini bermakna manusia itu sedang berlari atau berjalan. Manakala jika ia digunakan untuk seorang manusia dalam air, ia bererti manusia itu sedang berenang. Begitulah juga jika perkataan yasbahuun digunakan untuk objek-objek angkasa, contohnya matahari dan ia memberi dua makna iaitu objek tersebut bukan sahaja bergerak di ruang angkasa, tetapi ia juga berputar atau berpusing di atas orbitnya.

Kenyatan bahawa matahari berputar di atas paksinya boleh dibuktikan dengan suatu alat yang boleh memancarkan cahaya matahari apabila alat tersebut diletakkan di atas meja. Alat ini akan memudahkan manusia mengkaji matahari tanpa merosakkan mata. Melalui alat ini, didapati matahari mengambil masa 25 hari untuk melakukan satu putaran lengkap di atas paksinya. Tambahan lagi, matahari bergerak dalam orbitnya dengan kelajuan lebih kurang 150 batu sesaat dan akan mengambil masa selama 200 juta tahun untuk melengkapkan satu pusingan dalam Milky Way Galaxy. Hal ini juga telah disebutkan di dalam al-Quran sebagaimana ayat berikut:

Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya. (Ya Sin 36:40)

Ayat al-Quran di atas menceritakan tentang fakta yang sangat penting yang ditemui oleh para astronomi moden. Fakta tersebut ialah kewujudan orbit bagi matahari dan bulan dan juga perjalanan kedua-duanya dalam angkasa dengan gerakan sendiri. Gerakan matahari ke suatu tempat yang telah ‘ditentukan’ membawa bersama gerakannya sistem solar, telah dikenal pasti oleh penemuan astronomi moden dan ia dinamakan sebagai Solar Apex. Sistem solar sebenarnya bergerak menuju ke suatu titik yang terletak di dalam kumpulan bintang-bintang atau Alpha Lyrae yang telah ditentukan lokasinya yang sebenar.

Manakala bulan pula bergerak di atas paksinya dengan mengambil masa yang sama untuk mengelilingi bumi. la mengambil masa lebih kurang 29.5 hari untuk melengkapkan satu pusingan. Pastinya seseorang individu akan berasa kagum tentang ketepatan al-Quran seperti yang dinyatakan di atas dengan fakta sains sekarang. Bukankah kita patut memikirkan tentang dari manakah datangnya sumber sebenar bagi fakta-fakta pengetahuan yang terkandung dalam al-Quran?

No comments:

My Family...

My Family...
kenangan terindah bersama spupuku...

My Family...

My Family...
My lovely person... (atok & nenek)