Sekadar selingan...

Sekadar selingan...

Saturday, December 15, 2007

Kelucahan Melampau di dalam Bible

Bible mengatakan bahawa semua ayat-ayat yang terkandung di dalam Bible adalah bermanfaat untuk mendidik dan mengajar seseorang supaya menjadi lebih baik, berakhlak dan berbudi pekerti mulia. Hal ini disebutkan dalam ayat berikut, “Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah.” (2 Timotius 3:16). Namun, adakah kisah-kisah lucah seperti yang terkandung di dalam Bible juga adalah untuk mendidik peribadi manusia?

George Bernard Shaw, seorang pemikir dan tokoh unggul dunia Barat, menulis tentang Bible bahawa, “Kitab ini adalah kitab yang paling merbahaya di muka bumi. Jagalah ia supaya sentiasa berkunci. Laranglah anak-anak anda daripada membacanya.” Majalah The Plain Truth terbitan Church of Tomorrow di dalam satu artikelnya menyebutkan bahawa, “Berkemungkinan banyak badan penapis akan memberikan kitab Bible rating X.”

Anak lelaki berzina dengan gundik ayahnya

“Kemudian Yakub meneruskan perjalanannya. Selepas melalui menara Eder, dia memasang khemahnya. Sementara mereka berada di tempat itu, Ruben berseketiduran dengan Bilha, gundik bapanya. Hal itu diketahui Yakub, lalu dia sangat marah. Yakub mempunyai dua belas orang anak lelaki.” (Kejadian 35:21-22).

Yehuda melakukan zina dengan menantu perempuannya

“Apabila Yehuda melihat Tamar, dia menyangka perempuan itu seorang pelacur kerana mukanya bertudung. Oleh itu Yehuda menghampirinya di pinggir jalan dan berkata, “Berapakah yang kamu minta?” Dia tidak tahu perempuan itu menantunya sendiri. Tamar menjawab, “Apakah yang tuan mahu berikan?” (Kejadian 38:15-16).

Anak Raja Daud memperkosa gundik baginda sebanyak 10 kali berturutan

“Kemudian Absalom berkata kepada Ahitofel, “Katakanlah apa yang harus kita lakukan.” Ahitofel menjawab, “Pergilah berseketiduran dengan gundik-gundik ayahanda tuanku, yang ditinggalkan untuk menunggui istana. Dengan perbuatan itu, semua orang Israel akan tahu bahawa tuanku sudah dianggap musuh oleh ayahanda tuanku, dan semua pengikut tuanku akan bertambah berani.” Maka sebuah khemah dipasang untuk Absalom di atas atap istana yang rata itu. Kemudian dengan disaksikan oleh semua orang, Absalom masuk ke dalam khemah itu lalu berseketiduran dengan gundik-gundik ayahandanya. Pada masa itu setiap nasihat Ahitofel diterima dengan baik, seolah-olah semuanya firman Allah sendiri; baik Raja Daud mahupun Absalom menurut nasihat Ahitofel.” (1 Samuel 16:20-23).

Pelacur berbangsa Yahudi yang tidak pernah puas

“Selama kehidupanmu sebagai pelacur yang menjijikkan itu, engkau tidak pernah teringat pada masa kecilmu, ketika engkau bogel dan menggeliat dalam darahmu sendiri.” (Yehezkiel 16:22).

“…tersisip di antara buah dadaku…”

“Sementara raja berbaring di peraduannya, semerbak minyak wangiku memenuhi ruangan. Kekasihku bagaikan sebungkus mur tersisip di antara buah dadaku.” (Kidung Agung 1:12-13, terjemahan Bible Indonesia versi ‘Firman Allah Yang Hidup’).

Kisah zina di dalam sebuah bilik

“Malam demi malam, di katilku, aku mimpikan kekasihku; aku mencari dia tetapi tidak menemuinya. Aku mengelilingi kota, melalui semua jalan dan lorong. Aku mencari jantung hatiku, aku mencari dia, tetapi tidak menemuinya. Peronda-peronda kota nampak aku. Aku bertanya kepada mereka, “Adakah kamu menemui kekasihku?” Sebaik sahaja aku meninggalkan mereka, aku menemui kekasihku. Aku memeluk dia dan tidak mahu melepaskannya, sehingga aku membawanya pulang ke rumah ibuku, ke bilik ibu yang melahirkan aku.” (Kidung Agung 3:1-4).

“Buah dadamu seperti dua anak rusa…”

“Alangkah cantiknya engkau, hai sayangku, engkau sungguh cantik! Matamu di balik tudung bagaikan mata merpati. Rambutmu seperti kawanan kambing yang menuruni bukit-bukit Gilead. Gigimu putih seperti kawanan domba yang baru dicukur dan dimandikan, berpasangan seperti anak domba kembar, tiada satu pun yang hilang. Bibirmu seperti pita merah, dan mulutmu cantik. Pipimu seperti belahan buah delima di balik tudungmu. Lehermu seperti menara Daud, yang dibina berlapis-lapis, kalungmu seperti seribu perisai pahlawan. Buah dadamu seperti dua anak rusa, seperti kijang kembar yang sedang merumput di antara bunga bakung. Aku akan pergi ke gunung mur dan ke bukit kemenyan, sehingga bayu pagi bertiup dan kegelapan malam hilang.Alangkah cantiknya engkau, hai sayangku, tiada cacat padamu.” (Kidung Agung 4:1-7).

Simson berzina dengan seorang perempuan sundal

“Pada suatu hari Simson pergi ke Gaza. Di sana dia berjumpa dengan seorang pelacur, lalu berseketiduran dengan perempuan itu.” (Hakim-Hakim 16:1).

Perkataan “zakar” dalam Bible

“Orang yang sudah dikembiri atau yang dipotong zakarnya tidak boleh menjadi umat TUHAN.” (Keluaran 23:1).

Perkahwinan seorang nabi dengan perempuan sundal

“TUHAN berfirman kepadaku, “Pergilah lagi dan cintailah seorang wanita yang suka berzina. Kasihilah dia seperti Aku mengasihi orang Israel, meskipun mereka telah meninggalkan Aku dan menyembah tuhan-tuhan lain, serta suka mempersembahkan kuih kismis kepada berhala.” (Hosea 3:1).

Kisah mengenai perbuatan onani

“Kemudian Yehuda berkata kepada Onan adik Er, “Pergilah kepada balu abangmu, dan tidurlah dengan dia. Lakukanlah kewajipanmu terhadap dia kerana kamu adik suaminya; dengan demikian abangmu boleh mendapat keturunan.” Tetapi Onan tahu bahawa anaknya nanti tidak akan menjadi kepunyaannya. Oleh itu setiap kali dia bersetubuh dengan balu abangnya itu, dia membiarkan air maninya meleleh di luar supaya abangnya tidak mempunyai keturunan.” (Kejadian 38:8-9).

No comments:

My Family...

My Family...
kenangan terindah bersama spupuku...

My Family...

My Family...
My lovely person... (atok & nenek)