Sekadar selingan...

Sekadar selingan...

Saturday, December 15, 2007

Cahaya Bulan adalah Cahaya yang Dipantulkan

Pada zaman dahulu, manusia mempercayai bulan mempunyai cahayanya yang tersendiri. Tetapi fakta sains moden mengatakan bahawa cahaya bulan sebenarnya cahaya yang dipantulkan. Hal ini menyamai fakta yang terdapat dalam al-Quran yang diturunkan pada 1,400 tahun dahulu. Ayat al-Quran yang menceritakan tentang perkara ini ialah:

Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya pelita (matahari) dan bulan yang bercahaya. (Al-Furqan 25:61)

Perkataan Arab yang digunakan dalam ayat di atas yang membawa maksud matahari ialah shams. la juga dirujuk sebagai siraaj yang bermaksud ‘pelita’ dan wahhaaj yang bermaksud ‘lampu yang bernyala’ serta diyaa yang bermaksud ‘sinaran’ atau shinning glory. Ketiga-tiga perkataan tersebut adalah sesuai untuk menggambarkan matahari, memandangkan ia menghasilkan haba dan cahaya melalui Internal Combustion atau Pembakaran Dalaman.

Manakala perkataan Arab bagi menunjukkan makna bulan ialah qamar dan dihuraikan dalam al-Quran sebagai muneer, yang bermaksud ‘sesuatu yang diberikan cahaya’ atau nur. Sekali lagi huraian al-Quran menunjukkan kesesuaiannya dengan fakta sains yang menyatakan bahawa cahaya bulan adalah cahaya yang dipantulkan. Sehinggakan dalam al-Quran, bulan tidak pernah disebut sebagai siraaj, wahhaaj ataupun diyaa dan matahari sebagai nur atau muneer. Ini membuktikan bahawa al-Quran dapat membezakan sifat matahari dan bulan iaitu matahari menghasilkan cahayanya sendiri dan bulan menerimanya. Perhatikan ayat di bawah yang membezakan sifat antara matahari dan bulan:

Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui. (Yunus 10:5)

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat? Dan Allah menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita? (Nuh 71:15-16)

No comments:

My Family...

My Family...
kenangan terindah bersama spupuku...

My Family...

My Family...
My lovely person... (atok & nenek)