Pada tahun 1925, seorang ahli astronomi bernama Edwin Hubble telah dapat membuktikan melalui hasil kajian sains yang dilakukannya iaitu galaksi ‘menjauhkan’ diri antara satu sama lain. Ini merupakan bukti yang jelas bahawa alam sentiasa mengembang. Sekarang sains moden telah menerima pakai konsep ini. Allah ada menyebutkan tentang fenomena ini dalam al-Quran, firman-Nya:
Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Az-Zariyat 51:47)
Perkataan Arab muusi’uun diterjemahkan sebagai ‘sedang berkembang’ dan ia merujuk kepada konsep kejadian dan perkembangan alam ini. Tetapi jika diperhatikan kepada terjemahan ayat di atas, penterjemah tidak menyebut tentang alam yang sedang berkembang kerana ini adalah fenomena yang baru diketahui. Justeru, kalimat ‘meluaskannya’ digunakan untuk menterjemahkan kalimat muusi’unn.
Dalam buku A Brief History of Time nukilan Stephen Hawking mengatakan bahawa penemuan konsep perkembangan alam ini telah membawa perubahan besar terhadap cara pemikiran manusia pada abad ke-20. Walau bagaimanapun, apa yang paling menakjubkan ialah al-Quran telah menyebutkan tentang konsep perkembangan alam ini sebelum manusia dapat mencipta teleskop.
Sesetengah orang akan membuat alasan bahawa perkara ini tidaklah menakjubkan kerana orang Arab sememangnya mahir dalam bidang astronomi. Walau bagaimanapun, golongan manusia ini lupa dan jahil tentang satu perkara yang amat penting iaitu orang Arab hanya maju dalam bidang astronomi selepas mereka beriman kepada al-Quran dan bukan sebelum itu.

No comments:
Post a Comment