Pada tahun 1580, Bernard Plissy iaitu orang yang pertama memberikan huraian tentang kitaran air dan huraian beliau telah diterima pakai hingga ke hari ini. Beliau menjelaskan tentang bagaimana air tersejat dari lautan ke udara lalu membentuk awan. Awan-awan kemudiannya bergerak menuju ke kawasan pedalaman dan turun sebagai hujan. Seterusnya, air yang turun sebagai hujan akan membentuk menjadi tasik-tasik dan anak-anak sungai dan ia akan mengalir ke lautan dan kitaran ini akan berterusan.
Pada kurun yang ke-7 SM, Thales of Melitus mempercayai bahawa air di permukaan laut dibawa oleh angin ke kawasan pedalaman dan turun sebagai hujan.
Pada zaman dahulu, manusia tidak mengetahui punca sebenar air di bawah tanah. Sebaliknya mereka percaya air di permukaan lautan ‘ditekan’ oleh angin ke kawasan pedalaman dan air ini kembali ke laut melalui ‘satu jalan rahsia’ yang dikenali sebagai Great Abyss. ‘Jalan rahsia’ ini juga dikenali sebagai Tartarus semenjak zaman Plato. Descartes, seorang ahli fikir yang hidup pada abad ke-18 juga menerima pendapat ini. Fahaman ini digunakan hingga abad yang ke-19. Walau bagaimanapun, melalui penemuan sains moden pada hari ini, kita dapat mengetahui bahawa air hujan yang memasuki rekahan-rekahan pada permukaan bumilah yang sebenarnya menyebabkan wujudnya air di bawah tanah. Ayat-ayat al-Quran yang menerangkan tentang kitaran air ialah:
Apakah kamu tidak memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diatur-Nya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. (Az-Zumar 39:21)
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya. (Ar-Rum 30:24)
Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya. (Al-Mukminun 23:18)
Perlu diingat di sini bahawa pada masa al-Quran diturunkan iaitu 1,400 tahun yang lalu, tidak ada penerangan yang begitu jelas tentang kitaran air sepertimana yang terdapat dalam al-Quran.

No comments:
Post a Comment