Cahaya matahari sebenarnya terhasil daripada proses kimia di atas permukaannya dan ia berterusan hingga sekarang semenjak lima bilion tahun yang lampau. Sebagai makhluk Allah, matahari pastinya akan ‘mati’ atau terpadam cahayanya. Cahaya matahari akan terpadam pada satu masa yang ditentukan yang akan menyebabkan kepupusan makhluk di dunia ini. Ayat al-Quran di bawah ini mengandungi fakta yang mengatakan matahari tidak akan kekal:
Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (Ya Sin 36:38)
Perkataan Arab yang digunakan dalan ayat al-Quran tersebut ialah mustaqar yang bermaksud ‘suatu masa’ atau ‘suatu tempat yang telah ditentukan’. Dengan ini, al-Quran mengatakan bahawa matahari bergerak atau berputar menuju ke suatu tempat dan ia akan berbuat demikian apabila tiba satu masa yang juga telah ditetapkan dan ini bermakna ia akan terpadam dengan sendirinya pada tempat dan waktu tersebut. Dalam ayat yang lain, Allah berfirman yang bermaksud:
Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. Bagi-Nyalah segala penentuan, dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan. (Al-Qasas 28:88)

No comments:
Post a Comment