Para saintis mengatakan bahawa sebelum terciptanya galaksi dan alam ini, objek-objek angkasa berada dalam bentuk kepulan asap. Dengan kata lain, kepulan-kepulan asap yang terdapat di ruang angkasa adalah sangat besar. Dalam ayat al-Quran di bawah, perkataan Arab yang digunakan untuk memberi maksud asap ialah dukhan. Allah berfirman yang bermaksud:
Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi, “Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa.” Keduanya menjawab, “Kami datang dengan suka hati.” (Fussilat 41:11)
Untuk perhatian, fenomena Big Bang ini tidak diketahui oleh orang Arab pada zaman Nabi Muhammad dan zaman sebelum baginda. Perkara ini juga tidak pernah terfikir oleh mereka. Maka, dari manakah datangnya satu fakta sains dalam al-Quran yang hanya dapat diketahui melalui bantuan alatan moden ciptaan terkini?

No comments:
Post a Comment