Salah satu dalil yang boleh digunakan untuk menunjukkan bahawa Bible bukan firman Tuhan yang sebenarnya adalah berkenaan dengan beberapa ramalan atau nubuat yang tidak dipenuhi. Ramalan-ramalan tersebut dapat dilihat dengan lebih lanjut dalam senarai berikut:
Ramalan St. Paul tentang kedatangan Jesus
“Pada masa itu malaikat agung akan berseru dengan suara yang kuat dan trompet Allah dibunyikan, lalu Tuhan sendiri akan turun dari syurga. Mereka yang percaya kepada Kristus dan sudah meninggal dunia akan dihidupkan terlebih dahulu. Kemudian kita yang masih hidup pada waktu itu akan diangkat bersama-sama mereka ke awan untuk berjumpa dengan Tuhan di angkasa. Lalu kita akan bersama-sama Tuhan selama-lamanya.” (1 Tesalonika 14:16-17). Dalam ayat ini, St. Paul meramalkan bahawa setelah kebangkitan Jesus dari kubur, dia dan seluruh pengikutnya yang masih hidup akan diangkat bersama-sama dengan Jesus dalam awan untuk berjumpa dengan Tuhan di angkasa. Ramalan ini tidak dipenuhi kerana bukan Jesus yang menjemput St. Paul, tetapi pedang Kaisar Nero yang memenggal leher dia di Rom pada tahun 64 Masihi. Ramalan St. Paul ini tidak akan terjadi, meskipun dia diberi waktu 2,000 tahun lagi untuk menunggu kegenapan ramalannya.
Ramalan kedatangan Jesus
“Apabila kamu dianiaya di suatu bandar, larilah ke bandar lain. Ketahuilah bahawa Anak Manusia akan datang, sebelum kamu dapat menyampaikan ajaran-Ku di semua bandar di Israel.” (Matius 10:23). “Yesus berkata lagi, “Ketahuilah! Ada beberapa orang di sini yang tidak akan meninggal, sebelum melihat Allah memerintah dengan penuh kuasa!” (Markus 9:1). “Ketahuilah, ada beberapa orang di sini yang tidak akan meninggal, sebelum melihat Allah memerintah.” (Lukas 9:27). Jesus meramalkan bahawa dia dan kerajaan Allah akan datang sebelum para muridnya selesai mengunjungi kota-kota Israel. Ramalan ini ternyata meleset jauh kerana sehingga ke saat ini, Jesus belum juga muncul kembali ke dunia, padahal para murid Jesus telah mati semuanya sejak 2,000 tahun yang lalu.
Hak keturunan Abraham (Ibrahim)
“Tetapi Allah berfirman kepada Abraham: “Janganlah sebak hatimu kerana hal anak dan hambamu itu; dalam segala yang dikatakan Sara kepadamu, haruslah engkau mendengarkannya, sebab yang akan disebut keturunanmu ialah yang berasal dari Ishak.” (Kejadian 21:12). Ayat ini meramalkan bahawa yang disebut sebagai keturunan Abraham hanyalah Ishak, anaknya dengan Sarah. Namun, ramalan ini meleset kerana Ismail juga disebut sebagai keturunan Abraham, “Anak-anak Abraham ialah Ishak dan Ismael.” (1 Yawarikh 1:28).
Zedekia, Raja Yehuda tidak mangkat dalam keadaan damai
“Hai Zedekia, dengarlah firman-Ku tentang engkau. Engkau tidak akan dibunuh dalam pertempuran. Engkau akan meninggal dengan tenteram.” (Yeremia 34:4-5). Ramalan ini ternyata tidak berlaku kerana, “Selepas itu mata Raja Zedekia dicungkil, lalu baginda dirantai dan dibawa ke kota Babel. Raja Zedekia dipenjarakan di sana sehingga baginda mangkat.” (Yeremia 52:11).
Raja Yoyakhin naik takhta menggantikan ayahandanya
“Oleh itu, Aku, TUHAN, berfirman kepadamu, hai Raja Yoyakim, bahawa tiada seorang pun daripada keturunanmu akan memerintah kerajaan Daud.” (Yeremiah 36:30). Nubuat ini ternyata tidak digenapi kerana Yoyakhin, anak Raja Yoyakim naik takhta menggantikan ayahnya, “Raja Yoyakim mangkat, lalu Yoyakhin, putera baginda menggantikan baginda sebagai raja.” (2 Raja-Raja 24:6).
Bukan kerana tanda Nabi Yunus
“Tetapi Yesus menjawab, “Alangkah jahat dan derhakanya orang zaman ini! Kamu meminta Aku melakukan mukjizat? Tidak! Satu-satunya mukjizat yang akan ditunjukkan kepada kamu adalah mukjizat Nabi Yunus. Sebagaimana Yunus tinggal tiga hari dan tiga malam di dalam perut ikan besar, demikian juga Anak Manusia akan tinggal tiga hari dan tiga malam di dalam perut bumi.” (Matius 12:39-40). Ayat ini menyatakan bahawa Jesus akan tinggal di dalam perut bumi selama tiga hari tiga malam kerana mengikut mukjizat yang berlaku ke atas Nabi Yunus yang tinggal di dalam perut ikan besar selama tiga hari tiga malam. Namun, ramalan ini ternyata disanggah oleh Yohanes, “Hari itu sehari sebelum hari Sabat. Para penguasa Yahudi tidak mahu mayat orang yang disalibkan masih di kayu salib pada hari Sabat, apalagi hari Sabat kali ini hari perayaan yang khas. Oleh itu mereka meminta kebenaran Pilatus untuk mematahkan kaki orang yang disalibkan dan menurunkan mayat-mayat itu dari kayu salib.” (Yohanes 19:31). Berdasarkan dalil ini, Yohanes menegaskan bahawa Jesus tinggal tiga hari tiga malam di dalam perut bumi bukan kerana mengikut mukjizat Nabi Yunus, tetapi jenazahnya harus dikebumikan dengan secepat mungkin kerana Jesus disalib pada hari Jumaat, sehari sebelum hari Sabat menjelang. Justeru, tidak dibenarkan mana-mana mayat digantung pada palang salib sebagai tanda menghormati hari Sabat sebagai hari perayaan bagi orang Yahudi.
Ramalan Jesus meleset
“Sebagaimana Yunus tinggal tiga hari dan tiga malam di dalam perut ikan besar, demikian juga Anak Manusia akan tinggal tiga hari dan tiga malam di dalam perut bumi.” (Matius 12:40). Mengikut ayat Injil ini, Jesus meramalkan bahawa dia akan tinggal di dalam perut bumi selama tiga hari tiga malam. Ramalan ini ternyata meleset kerana pada hari Ahad, Jesus sudah dibangkitkan, “Pada pagi hari Minggu, semasa masih gelap, Maria Magdalena pergi ke kubur. Dia melihat batu penutup sudah digulingkan dari lubang kubur itu. Oleh itu, dia lari mencari Simon Petrus dan pengikut lain yang dikasihi oleh Yesus, lalu berkata kepada mereka, “Jenazah Tuhan telah diambil dari kubur dan kami tidak mengetahui tempat Dia diletakkan!” (Yohanes 20:1-2). Mengikut Injil, Jesus disalib pada hari Jumaat dan jenazahnya dikebumikan juga pada hari itu kerana pada hari Sabtu (Sabat), orang Yahudi dilarang bekerja dan hal ini termasuklah menguruskan pengebumian mayat. Jika Jesus dikebumikan pada hari Jumaat dan bangkit pada hari Ahad, ini bermakna Jesus hanya tinggal di dalam kubur selama dua hari dua malam. Bukankah ini bercanggah dengan ramalan Jesus yang mengatakan bahawa dia akan tinggal di dalam perut bumi selama tiga hari tiga malam?
Umur manusia
“Kemudian TUHAN berfirman, “Aku tidak membenarkan manusia hidup selama-lamanya; mereka makhluk fana yang harus mati. Mulai sekarang umur mereka tidak akan lebih daripada 120 tahun.” (Kejadian 6:3). Ramalan ini ternyata tersasar kerana ada ramai manusia yang hidup lebih daripada 120 tahun selepas itu. Antaranya adalah Terah, “Di tempat itu Terah meninggal ketika berumur 205 tahun.” (Kejadian 11:32). Ayub meninggal ketika berusia 140 tahun, “Selepas itu Ayub hidup seratus empat puluh tahun sehingga dapat melihat cucu-cicitnya.” (Ayub 42:16).

No comments:
Post a Comment