Al-Quran diturunkan sebagai rahmat kepada seluruh umat manusia. Kisah berhubung dengan al-Quran telah disebutkan secara jelas di dalam kitab-kitab suci agama samawi sebelumnya seperti Taurat, Zabur dan Injil yang kini dikenali sebagai ‘Bible’ dalam bahasa Inggeris dan ‘Alkitab’ dalam bahasa Melayu. Di bawah tajuk ini, saya akan cuba untuk mendedahkan beberapa ayat daripada kitab-kitab suci samawi tersebut yang menceritakan tentang kebenaran al-Quran sebagai wahyu yang diturunkan oleh Allah.
Taurat (Pentateukh)
Bermula dengan kitab Taurat, dalam bab “Deuteronomy” Tuhan telah berfirman kepada Nabi Musa ketika baginda berada di Gunung Horeb bahawa pada akhir zaman nanti, seorang rasul yang dinanti-nantikan kedatangannya oleh seluruh penduduk alam akan dibangkitkan. Rasul tersebut akan dikurniakan wahyu dari Tuhan dan setiap wahyu yang diterimanya, haruslah disampaikan kepada seluruh umat manusia. Hal ini dapat diperhatikan dalam ayat berikut, “Seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya. Orang yang tidak mendengarkan segala firman-Ku yang akan diucapkan oleh nabi itu demi nama-Ku, daripadanya akan Kutuntut pertanggungjawa-ban.” (Ulangan 18:18-19).
Ayat Taurat ini tidak lain merujuk kepada kedatangan seorang rasul akhir zaman dan kepadanya akan dikurniakan firman Tuhan. Nabi tersebut ialah Nabi Muhammad dan frasa ‘firman-Ku’ yang dinyatakan dalam ayat tersebut merujuk kepada al-Quran. Ayat ‘Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya’ jelas menunjukkan bahawa al-Quran diturunkan dari sisi Tuhan yang Maha Berkuasa. Hal ini dinyatakan dalam al-Quran, “Turunnya al-Quran yang tidak ada keraguan padanya, (adalah) dari sisi Tuhan semesta alam.” (As-Sajadah 32:2).
Nabi Muhammad yang menerima al-Quran dari Allah wajib menyampaikannya kepada seluruh umat manusia. Hal ini sangat menepati ayat ‘dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya’. Setiap surah dalam al-Quran kecuali surah at-Taubah dimulakan dengan nama Tuhan iaitu Bismillah dan hal ini juga menepati ayat Taurat di atas kerana ia menyebutkan bahawa ‘segala firman-Ku yang akan diucapkan oleh nabi itu demi nama-Ku’.
Zabur (Mazmur)
Kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud dikenali sekarang sebagai Psalms atau Mazmur. Ia mengandugi 6 jilid di samping 150 bait puisi. Kitab Zabur tidak ketinggalan dalam menyebutkan kedatangan kitab suci al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat bagi sekalian alam. Hal ini dapat dibaca dalam puisi yang ke-105, ayat 42 yang bermaksud, “Sebab Ia ingat akan firman-Nya yang kudus, akan Ibrahim, hamba-Nya.” (Mazmur 105:42).
Ayat di atas menjelaskan bahawa Tuhan telah berjanji kepada Nabi Ibrahim untuk membangkitkan seorang rasul akhir zaman yang berasal dari keturunannya yang akan membacakan kepada manusia firman-firman suci dari Tuhan. Lebih menakjubkan, perkara ini turut disebutkan dalam al-Quran melalui doa yang diucapkan oleh Nabi Ibrahim, “Wahai Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab (al-Quran) dan hikmah serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Baqarah 2:129).
Akhirnya, berkat doa Nabi Ibrahim itu, Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad untuk melaksanakan semua tanggungjawab tersebut tepat seperti yang disebut oleh al-Quran dan Zabur.
Kitab Yesaya (Isaiah)
Nabi Yesaya turut mengkhabarkan bahawa akan tiba suatu ketika nanti, Tuhan akan memerintahkan kepada seluruh manusia supaya beriman kepada ‘nyanyian baru’ yang akan diturunkan-Nya. Dalam kitab Isaiah, hal ini dapat dibaca seperti berikut, “Hal-hal yang telah Kunubuatkan sudah pun berlaku. Sekarang Aku akan memberitahu kamu hal-hal baru sebelum semua itu berlaku. Nyanyikanlah lagu baru bagi TUHAN; pujilah Dia, hai seluruh bumi! Pujilah Dia, hai laut dan semua isinya, bernyanyilah, hai penduduk negeri-negeri jauh! Hendaklah padang gurun dan kota-kotanya memuji Allah; hendaklah orang Kedar memuji Dia! Hendaklah penduduk kota Sela bersorak-sorak dari puncak-puncak gunung! Hendaklah orang yang tinggal di negeri-negeri jauh memuji dan memuliakan TUHAN!” (Yesaya 42:9-11).
Ayat di atas mengisyaratkan bahawa pada akhir zaman nanti, Tuhan akan menurunkan ‘lagu baru’ daripada-Nya. Apakah ‘lagu baru’ yang dimaksudkan itu? Hal ini tidak lain merujuk kepada al-Quran. Al-Quran merupakan kitab yang mengandungi ajaran, undang-undang dan syariat baru untuk umat manusia. Bukan itu sahaja, malah isi kandungan yang terdapat di dalamnya sesuai diamalkan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Hal ini menunjukkan seolah-olah al-Quran ‘baru’ diturunkan kerana kesesuaian isi kandungannya dengan setiap zaman. Hakikat yang perlu kita ketahui ialah usia al-Quran sudah menjangkau lebih 1,400 tahun, namun ketepatan fakta sains yang terkandung di dalamnya yang hanya disedari penemuannya pada akhir-akhir ini, seolah-olah menunjukkan bahawa al-Quran ‘baru’ sahaja diturunkan semalam. Oleh itu, terbuktilah al-Quran sebagai ‘lagu baru’ yang diturunkan oleh Tuhan kepada umat manusia sebagai lambang kasih sayang-Nya yang kekal abadi.
Kitab Perjanjian Lama (Old Testament) yang dipercayai oleh orang Yahudi sebagai kitab suci, turut menyebutkan kisah berkenaan dengan penurunan wahyu pertama dari al-Quran kepada Nabi Muhammad. Sebagai contoh, hal ini diungkapkan dalam ayat berikut, “Dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak tahu membaca dengan mengatakan: “Baiklah, baca ini,” maka ia akan menjawab: “Aku tidak tahu membaca.” (Isaiah 29:12).
Ayat di atas menjelaskan bahawa seorang nabi yang ‘ummi’ (tidak tahu membaca) akan menerima sebuah kitab daripada Tuhan. Bukankah hal ini sangat menepati diri Nabi Muhammad dan kitab al-Quran? Nabi Muhammad adalah seorang yang ‘ummi’, iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Kepada baginda, Tuhan telah menurunkan kitab suci al-Quran sebagai panduan hidup manusia. Apa yang lebih menarik lagi, ayat di atas menceritakan dengan tepat peristiwa penurunan wahyu pertama di Gua Hira’.
Ketika Nabi Muhammad sedang ‘bertahannuth’ (mengasingkan diri) di Gua Hira’ seorang diri, malaikat Jibril datang lalu memeluk baginda dan menyuruh baginda supaya ‘membaca’. Tiga kali Jibril mengulangi perkataan yang sama, namun Nabi Muhammad menegaskan bahawa: “Aku tidak pandai membaca.” Akhirnya pada kali yang ketiga, Nabi Muhammad bertanya: “Apa yang perlu aku baca?” Maka turunlah wahyu Tuhan yang pertama kepada baginda, iaitu, “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu jualah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Al-‘Alaq 96:1-5).
Injil (Gospel)
Kitab Injil yang merekodkan sabda-sabda Nabi Isa turut mengisyaratkan penurunan al-Quran sebagai wahyu dari sisi Tuhan semesta alam. Perkara ini dapat dibaca dalam Injil Yohanes sebagaimana berikut, “Tetapi apabila Ia datang, iaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang.” (Yohanes 16:13).
Nabi Isa memberitahu kepada para hawarinya (pengikut-pengikut setia) bahawa selepas beliau akan lahir seorang rasul akhir zaman dan hal ini sudah tentu merujuk kepada Nabi Muhammad. Al-Quran turut mencatatkan hal ini sebagaimana firman berikut, “Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: “Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, iaitu kitab Taurat dan memberi khabar gembira dengan (kedatangan) seorang rasul yang akan datang sesudahku, namanya ialah Ahmad (Muhammad).” Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: “Ini (tidak lain) hanyalah sihir yang nyata.” (As-Saff 61:6).
Melalui ayat Injil di atas, Nabi Muhammad dirujuk sebagai ‘Roh Kebenaran’ kerana memang itulah sifat Nabi Muhammad yang sentiasa bercakap benar, jujur, dan amanah sehingga digelar al-Ameen oleh orang-orang Arab Quraisy. Malah Nabi Muhammad juga digelar begitu kerana baginda ditugaskan untuk membawa perkara yang benar dari Tuhan semesta alam, iaitu kitab suci al-Quran. ‘Roh Kebenaran’ tersebut tidak akan mengatakan sesuatu dari pihak dirinya sendiri, namun segala yang didengarnya itu sahajalah yang akan disampaikan kepada umat manusia. Hal ini bermaksud, Nabi Muhammad tidak bercakap sesuatu dari pihak dirinya sendiri, namun apa yang diwahyukan kepada baginda itulah yang akan disampaikan kepada umat manusia. Hal ini sangat selari dengan dalil al-Quran berikut, “Dan tiadalah yang diucapkannya itu (al-Quran atau Hadis) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya sahaja).” (An-Najm 53:3-4).
Sekali lagi, kitab Injil turut membenarkan al-Quran sebagai wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad. Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang beberapa kejadian, tanda-tanda dan suasana hari kiamat. Ia turut memuatkan gambaran tentang syurga yang disediakan untuk orang yang beriman dan neraka yang disediakan untuk orang kafir. Kesemua ini merupakan hal-hal yang akan berlaku di kemudian hari. Inilah yang dimaksudkan oleh Nabi Isa bahawa ‘Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang’. Justeru, al-Quran itulah yang dimaksudkan sebagai ‘hal-hal yang akan datang’.
Kesimpulan
Sebenarnya masih terdapat banyak lagi ayat-ayat dalam Taurat, Zabur dan Injil yang mengisyaratkan kedatangan al-Quran sebagai kitab suci terakhir. Namun, hujah-hujah di atas sudah cukup untuk membuktikan bahawa kitab suci al-Quran telah disebutkan dalam kitab-kitab agama terdahulu. Hal ini menepati maksud firman Allah, “Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-benar (disebutkan) dalam kitab-kitab (agama) orang-orang dahulu.” (Asy-Syu’ara’ 26:196). Kebenaran kitab al-Quran sebagaimana yang dikhabarkan oleh kitab-kitab agama samawi terdahulu diakui oleh para pendeta dan alim ulama di kalangan mereka. Allah mendedahkan hakikat ini dalam ayat berikut, “Dan apakah tidak cukup untuk menjadi bukti bagi mereka, bahawa para ulama Bani Israil mengetahuinya?” (Asy-Syu’ara’ 26:197).

No comments:
Post a Comment