Mengenai fakta sains di atas, al-Quran telah menyebutkan bahawa:
Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengahwinkan (tumbuh-tumbuhan) dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri kamu minum dengan air itu, dan sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpannya. (Al-Hijr 15:22)
Dalam ayat di atas, Allah menerangkan bahawa angin sebagai pencantum awan dan ia juga penyebab kepada hujan dan petir. Dalam ayat ini, perkataan Arab lawaaqih digunakan. Perkataan asalnya ialah laqaha dan perkataan jamaknya ialah laqih. la bermaksud ‘bercantum’. Dalam ayat al-Quran di bawah pula, Allah menceritakan tentang perkara yang sama:
Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikan-nya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya, tiba-tiba mereka menjadi gembira. (Ar-Rum 30:48)
Sekarang dengan bantuan alatan teknologi canggih, manusia dapat membuktikan kebenaran al-Quran. Ini kerana proses kitaran air yang diceritakan dalam al-Quran adalah menyamai fakta sains moden. Proses kitaran air juga diceritakan dalam ayat-ayat al-Quran yang lain antaranya, Ali Imran 3:9, al-‘Araf 7:57, ar-Ra’d 13:17, al-Furqan 25:48-49, Ya Sin 36:34, Qaaf 50:9-11, al-Waqi’ah 56:68-70, al-Mulk 67:30 dan at-Tariq 86:11. Kesimpulannya, sains moden menerima kesemua huraian yang terdapat dalam al-Quran mengenai kitaran air dan ia didapati selari dengan penemuan terkini.

No comments:
Post a Comment