Sekadar selingan...

Sekadar selingan...

Saturday, December 15, 2007

Al-Quran Berbicara tentang Bentuk Bumi

Pada zaman dahulu, manusia percaya bahawa bumi adalah rata. Ini menyebabkan manusia takut untuk belayar jauh kerana bimbang sekiranya terjatuh di hujung dunia. Orang pertama yang membuktikan alam ini berbentuk sfera ialah Sir Francis Drake apabila beliau belayar mengelilingi dunia pada tahun 1597. Cuba perhatikan ayat al-Quran di bawah yang menceritakan tentang pertukaran malam dan siang yang bersilih ganti:

Tidakkah kamu memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan Dia tundukkan matahari dan bulan masing-masing berjalan sampai kepada waktu yang ditentukan, dan sesungguh-nya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Luqman 31:29)

Kalimat ‘memasukkan’ di sini bermaksud Allah s.w.t. menukarkan malam kepada siang dan siang kepada malam secara perlahan-lahan. Fenomena ini hanya boleh berlaku sekiranya bumi ini berbentuk sfera. Jika bumi ini rata, pastinya pertukaran malam kepada siang dan siang kepada malam akan berlaku secara tiba-tiba. Ayat al-Quran di bawah juga menceritakan tentang bumi yang berbentuk sfera:

Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Ingatlah Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Az-Zumar 39:5)

Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah kawwara yang bermaksud ‘menutup’ sebagaimana serban menutup kepala. Penutupan secara kawwara yang bersilih ganti hanya boleh berlaku jika bumi ini berbentuk sfera. Bumi ini sebenarnya bukanlah bulat seperti bola, tetapi ia berbentuk Geo-Spherical, iaitu bumi ini mendatar di Kutub Utara dan Kutub Selatan. Ini dijelaskan dalam ayat al-Quran di bawah:

Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya. (An-Naziat 79:30)

Perkataan Arab dahaaha di sini bermaksud ‘telur burung unta’. la juga bermaksud ‘sesuatu yang luas terbentang’ seperti yang dinyatakan dalam tafsiran Abdullah Yusuf Ali. Bentuk telur burung unta pula menyerupai bentuk bumi iaitu bentuk Geo-Spherical. Oleh itu, al-Quran dengan tepatnya menjelaskan bentuk sebenar bumi, walaupun manusia pada masa al-Quran diturunkan mempercayai bahawa bumi ini berbentuk datar.

No comments:

My Family...

My Family...
kenangan terindah bersama spupuku...

My Family...

My Family...
My lovely person... (atok & nenek)