Riwayat Bible menyebutkan secara tegas bahawa penciptaan alam semesta memakan masa selama enam hari dan ia diakhiri dengan hari Sabat atau Sabtu, sebagai hari istirahat. Justeru, orang-orang Yahudi menjadikan hari Sabat sebagai hari cuti bersempena mengingati enam hari Tuhan bekerja untuk menyempurnakan penciptaan alam semesta. Pengkhususan menghormati hari Sabat terkandung di dalam “Kesepuluh Firman Tuhan” yang menyenaraikan 10 rukun atau perintah yang diberikan Tuhan kepada Nabi Musa untuk dipatuhi oleh bangsa Israel, “Rayakanlah hari Sabat dan hormatilah hari itu sebagai hari yang suci, seperti yang Aku TUHAN, Allah kamu, perintahkan.” (Ulangan 5:12).
Di dalam Revised Standard Version of Bible menjelaskan bahawa, “In the beginning God created the heavens and the earth. The earth was without form and void, and darkness was upon the face of the deep; and the Spirit of God was moving over the face of the waters. And God said, “Let there be light”; and there was light. And God saw that the light was good; and God separated the light from the darkness. God called the light Day, and the darkness he called Night. And there was evening and there was morning, one day.” (Genesis 1:1-5). Terjemahannya mengikut Bible Alkitab terbitan The Bible Society of Malaysia adalah seperti berikut, “Pada mulanya, ketika Allah mula menciptakan alam semesta, bumi belum berbentuk dan masih kacau-bilau. Samudera yang bergelora, yang menutupi segala sesuatu, diliputi oleh kegelapan yang pekat, tetapi kuasa Allah bergerak di atas permukaan air. Allah berfirman, “Hendaklah ada cahaya,” lalu cahaya pun ada. Allah berpuas hati melihat hal itu. Kemudian Dia mengasingkan cahaya daripada kegelapan. Dia menamakan cahaya itu “Siang” dan kegelapan itu “Malam”. Setelah malam dan pagi berlalu, itulah hari yang pertama.” (Kejadian 1:1-5).
Berdasarkan dalil Bible di atas, jelas menunjukkan bahawa hari-hari yang digunakan dalam ayat di atas merujuk kepada hari-hari di dunia kerana pada hari pertama proses kejadian alam berlaku, ia sudah mempunyai malam dan siang. Hal ini sememangnya tidak saintifik kerana pada peringkat awal kejadian alam semesta, kajian sains membuktikan bahawa matahari belum lagi wujud. Justeru, kejadian malam dan siang pada masa itu tidak boleh wujud lagi. Untuk pemahaman yang lebih mendalam, diperturunkan di bawah ini ringkasan proses kejadian alam semesta mengikut Bible:
- Hari pertama Tuhan menciptakan siang dan malam. (Kejadian 1:3-5)
- Hari kedua Tuhan menciptakan langit. (Kejadian 1:6-8)
- Hati ketiga Tuhan menciptakan laut, daratan dan tumbuh-tumbuhan. (Kejadian 1:9-13)
- Hari keempat Tuhan menciptakan matahari, bulan dan bintang-bintang. (Kejadian 1:14-19)
- Hari kelima Tuhan menciptakan binatang-binatang laut dan burung-burung. (Kejadian 1:20-23)
- Hari keenam Tuhan menciptakan binatang-binatang darat dan manusia. (Kejadian 1:24-31)
- Hari ketujuh Tuhan berehat. (Kejadian 2:2)
Kenyataan-kenyataan di atas sebenarnya boleh dipertikaikan kebenarannya. Sebagai contoh, adalah tidak saintifik tumbuh-tumbuhan diciptakan terlebih dahulu daripada matahari. Tambahan itu, penemuan sains terkini menunjukkan bahawa matahari dan bintang dicipta terlebih dahulu daripada bumi, sedangkan Bible menyatakan sebaliknya. Dalam aspek ini, ternyata Bible bukanlah firman Tuhan kerana ia mengungkapkan sesuatu yang tidak sahih dan diragui kebenarannya.
BENUK BUMI
Berbeza dengan al-Quran, Bible menyatakan dengan jelas bahawa bumi adalah mendatar dan pegun, iaitu tidak bergerak. Mengikut King James Version of Bible menyatakan bahawa, “And after these things I saw four angels standing on the four corners of the earth, holding the four winds of the earth, that the wind should not blow on the earth, nor on the sea, nor on any tree.” (Revelation 7:1). Terjemahannya mengikut Bible Alkitab Malaysia adalah, “Setelah itu, aku nampak empat malaikat berdiri di empat penjuru bumi, dan menahan keempat-empat angin di bumi supaya tidak bertiup di darat, di laut, ataupun pada pokok-pokok.” (Wahyu 7:1).
Ayat ini menunjukkan bahawa bumi mempunyai empat penjuru dan angin muncul dari keempat-empat penjuru tersebut. Hal ini hanya akan berlaku sekiranya bumi mendatar dalam bentuk segi empat. Bible juga mengatakan bahawa bumi tidak bergerak atau pegun. Mengikut Resived Standard Version of Bible menyatakan bahawa, “Thou didst set the earth on its foundations, so that it should never be shaken.” (Psalms 104:5). Bible Alkitab bahasa Malaysia menterjemahkannya sebagai, “Engkau mendirikan bumi kukuh pada asasnya, supaya tidak sekali-kali bergoyang.” (Mazmur 104:5). Hal ini sudah tentu bercanggah dengan kajian sains yang menyatakan bahawa bumi bergerak dan beredar pada paksinya.
Tokoh-tokoh Kristian mendakwa bahawa Bible adalah sebuah kitab yang saintifik. Mereka menyatakan bahawa di dalam Bible ada ayat yang menyatakan bahawa bumi berbentuk bulat dan hal ini selari dengan penemuan sains terkini. Mengikut New King James Version of Bible, ayat yang dimaksudkan itu adalah, “It is He who sits above the circle of the earth, And its inhabitants are like grasshoppers, Who stretches out the heavens like a curtain, And spreads them out like a tent to dwell in.” (Isaiah 40:22). Bible Alkitab bahasa Indonesia menterjemahkan ayat ini sebagai, “Dia yang bertakhta di atas bulatan bumi yang penduduknya seperti belalang; Dia yang membentangkan langit seperti kain dan memasangnya seperti khemah kediaman!” (Yesaya 40:22).
Kalimat penting dalam ayat ini ialah circle of the earth atau “bulatan bumi”. Namun terdapat ramai tokoh Kristian menolak konsep kebulatan bumi ini sebagaimana yang dinyatakan di dalam Bible. Salah seorang daripada mereka adalah Paul Seely. Beliau menulis satu artikel yang bertajuk The Geograpical Meaning of Earth Seas in Genesis 1:10 berhubung isu ini dalam Westminster Review dan antara isinya adalah, “Terdapat satu ayat dalam kitab Perjanjian Lama yang sering dijadikan hujah berkenaan konsep kebulatan bumi oleh orang-orang Kristian. Ayat yang saya maksudkan ini adalah ayat dalam bab Isaiah (Yesaya). Memang benar, ayat ini mengatakan bahawa bumi itu bulat. Namun, apabila dirujuk kepada kalimatnya yang asal dalam bahasa Ibrani, iaitu kalimat hug dan dikaitkan dengan konteks yang berkaitan dengannya, ia menunjukkan bahawa bumi ini adalah bulat, namun kebulatannya bukanlah dalam bentuk bola atau sfera, sebaliknya dalam bentuk cakera yang mendatar.”
15 comments:
Helo..saya seorang Kristian. Em,saya pun macam kamu juga sebab saya masih lagi belajar di universiti. Thank you sebab sanggup membaca Alkitab(yang biasanya di sebut Bible). Saya tidak berusaha untuk menyangkal apapun kenyataan dalam artikel yang telah kamu tulis dalam blog kamu. Malah saya berterima kasih kerana hal itu akan dapat membuat orang untuk berfikir tentang kebenaran yang Tuhan ingin beritahu kepada manusia. Saya sendiri belum pernah membuat apa2 blog pun sebab pengetahuan saya tentang Alkitab masih belum begitu mantap. Melalui blog kamu,saya dapat tahu bagaimana orang2 Islam di Malaysia berfikir tentang kebenaran Alkitab. Saya tahu banyak yang mengelirukan orang2 Islam tentang doktrin2 Kristian. Saya hanya ingin beritahu kamu bahawa Tuhan Yesus adalah benar. Dia adalah Mesias dan Tuhan. Dia betul2 mengasihi kamu sampai sanggup mati untuk kamu. Agama Islam tidak akan dapat menyelamatkan kamu daripada api neraka. Pada salib itulah terletaknya keadilan Allah dan kasih-Nya kepada manusia. Saya harap kamu akan menerima Dia sebagai Tuhan dan Juruselamat kamu. Saya sangat mengasihi kamu dan harap yang kamu akan percaya kepada Tuhan Yesus dari kematian yang ke-2. Terima kasih sekali lagi untuk blog yang telah kamu tulis. (^_^)
Helo..saya seorang Kristian. Em,saya pun macam kamu juga sebab saya masih lagi belajar di universiti. Thank you sebab sanggup membaca Alkitab(yang biasanya di sebut Bible). Saya tidak berusaha untuk menyangkal apapun kenyataan dalam artikel yang telah kamu tulis dalam blog kamu. Malah saya berterima kasih kerana hal itu akan dapat membuat orang untuk berfikir tentang kebenaran yang Tuhan ingin beritahu kepada manusia. Saya sendiri belum pernah membuat apa2 blog pun sebab pengetahuan saya tentang Alkitab masih belum begitu mantap. Melalui blog kamu,saya dapat tahu bagaimana orang2 Islam di Malaysia berfikir tentang kebenaran Alkitab. Saya tahu banyak yang mengelirukan orang2 Islam tentang doktrin2 Kristian. Saya hanya ingin beritahu kamu bahawa Tuhan Yesus adalah benar. Dia adalah Mesias dan Tuhan. Dia betul2 mengasihi kamu sampai sanggup mati untuk kamu. Agama Islam tidak akan dapat menyelamatkan kamu daripada api neraka. Pada salib itulah terletaknya keadilan Allah dan kasih-Nya kepada manusia. Saya harap kamu akan menerima Dia sebagai Tuhan dan Juruselamat kamu. Saya sangat mengasihi kamu dan harap yang kamu akan percaya kepada Tuhan Yesus supaya kamu akan diselamatkan dari kematian yang ke-2. Terima kasih sekali lagi untuk blog yang telah kamu tulis. (^_^)-minta maaf,salah taip tadi-
Saya sebenarnya bingung Tuhan koq bisa mati. Kalo Tuhan mati trus yang menciptakan keadilan siapa. Kalau bisa mati berarti sama kayak manusia.
Ada lagi saya juga bingung. Yesus itu tuhan atau anak tuhan. Kalau anak tuhan berarti tuhan lebih dari satu. Gimana kacaunya kalau tuhan lebih dari satu.
Saya masih bingung. Saya adalah orang muslim
Nggk usah pusing mba.... biar lah Kristen dgn kepercayaan nya. Jika d Izin ALLAH utk membuka hati mereka. Alhamdulillah. Kalo mereka berfikir hendak mencari kebenaran bukan dgn kepercayaan membuat.. InShaa ALLAH hati akan berbuka dan nampak mana jalan bener... kalo nggk sesat lah mereka hingga hari qiamat.
Tapi malangnya yesus x kenal pun apa itu kristian, tiada perkataan kristian dalam biblekan. Macam yesus boleh jadi penyelamat sedangkan beliau sendiri x dpt diselamatkan oleh org yg mensalibnya sehingga mati, jika yesus tuhan, yesus berdoa kepada siapa supaya selamatkannya dari disalib? Jika yesus itu tuhan, yg disalib itu yesus atau tuhan bapa? Dlm bible tuhan itu kebal dan maha hidup, masakan tuhan boleh disalib dan boleh mati? Banyak kecelaruan dalam ajaran kristian, bila ditanya kepada paderi jawapannya jgn byk tanya, imani saja, bible sudah byk diubah2 dan ada byk versi sehingga tidak tahu versi yg mana betul, paderi x boleh kawin, di syurga kristian pun tiada kawin, bukankah ia bertentangan dengan fitrah manusia. Jadi kembali lah kepada agama fitrah iaitu islam kerana kami islam juga byk yg mengikut yesus itu bersunat tetapi kristian tidak, yesus berpuasa tetapi kristian tidak, yesus berdoa meletakkan dahinya ke lantai tetapi kristian tidak, yesus melarang minum arak tetapi kristian minum arak, yesus larang makan babi tetapi kristian makan babi, semua yg yesus buat hampir sama dgn apa yg islam, siapa yg ikut yesus sebenarnya???
ALLAH AKAN MEMBERI AZAB BAGI ORANG YANG MENGHINA SEPERTI KAFIR
ADAKAH JESUS TAU BILA KIAMAT?
SEDANGKAN ALLAH TAHU BILAKAH KIAMAT AKAN TERJADI
Manusia pertama yakni adam dicipta dari tanah. Hawa dari tulang rusuk adam.
Menurut logik semasa, hal ini bercanggah dengan sains.
Bukankah menurut sains manusia itu hasil pencantuman sperma dan ovum.( terbukti benar manusia selepas adam dan hawa)
Kesimpulan, setiap kejadian pertama yang wujud dalam alkitab tidak perlu mengikut logik sains. Tuhan berkuasa menciptakan segala sesuatu tanpa perlu ikut sains seperti Tuhan menciptakan adam dan hawa.
Sekali lagi Tuhan menunjukkan kekuasaanNya tanpa mengikut sains, ketika Dia menjelma jadi manusia. Menurut alkitab, Yesus dari Nazaret dilahirkan oleh anak dara Maria. Juga tanpa mengikut proses sains.
Kesimpulan, Tuhan berkehendakan, maka terjadilah.
Menurut saudara, sesuatu Kitab yang tidak mengikut proses saintifik boleh diragui kesahiannya. Adakah anda secara langsung mengaku semua kitab yang berfirman Adam dicipta dari Tanah boleh diragui kesahiannya? Kerana bukti saintifik manusia terbentuk dr cantuman sperma dan ovum?
mustahil jika Tuhan mati . Jika Tuhan mati maka siapa yang mentadbir alam ini ? Dan kalau benar Jesus adalah jeruselamat tpi knapa dia tidak dapat menolong dirinya sendiri di atas kayu salib ? Baca Matius 27 : 46 , Bila Jesus dinaikkan ke tiang salib ia menjerit dgan kuat iaitu " Eli Eli lama sabachtani " yg bermaksud Wahai Allah ! Mengapa kau meninggalkanku ? Dia berdoa kepada Tuhan itu bererti dia bukan Tuhan .
Dan Jesus tidak pernah mengajarkan kekristianan . Dalam bible kata " Kristian " tidak wujud mana ii pun dlam bible . Ia disebut hanya skali iaitu sebagai gelaran kepada pengikut Jesus di Antioch . Baca Kitab Rasul Rasul 11 : 26 . Disebutkan dlam Yohanes 5 : 30 , Jesus berkata " Aku tidak mencari kehendak aku sendiri melainkan kehendak Bapa yg mengutus aku " . Siapapun yg mengatakan " Tidak menurut kehendak sendiri melainkan kehendak Tuhan " adalah Muslim . Jesus Christ adalah Muslim dan dia tidak pernah mengaku ketuhanan .
Dan jika benar Jesus mati menebus dosa manusia maka apakah bermaksud jika aku merogol wanita , mencuri , membunuh maka aku akan ke syurga ?
Ga ada tuhan bisa mati, lagian rehat dihari minggu, lucu kali yah..
Jadi siang tu bukan matahari?
Siang tu ertinya ada matahari cuma tidak ditulis. Sebagai org yg waras boleh tau siang tu sdh tentu matahari. Dan gelap tu tidak ada cahaya, ertinya bumi berputar.
Post a Comment