Sekadar selingan...

Sekadar selingan...

Saturday, December 15, 2007

Gunung-ganang sebagai Pasak

Dalam ilmu geologi, istilah fenomena Folding merupakan satu penemuan terbaru. Fenomena ini meyebabkan terbentuknya gunung-ganang. Kerak bumi iaitu bahagian yang keras terletak di permukaan bumi adalah tempat yang sesuai untuk semua kehidupan, berbanding dengan bahagian dalaman bumi atau mantel yang panas dan cair dan ia semestinya tidak sesuai untuk semua jenis kehidupan. Fenomena Folding ini juga menyebabkan bumi menjadi stabil.

Pakar-pakar geologi mengatakan bahawa panjang lilitan bumi ialah 3,750 batu, manakala tebal kerak bumi iaitu tempat tinggal semua benda hidup adalah sangat nipis yang bezanya dari segi ketebalan ialah 1 hingga 30 batu. Disebabkan olek kerak bumi ini nipis, maka ia boleh mengalami kegoncangan. Tetapi dengan adanya gunung-ganang yang bertindak sebagai pasak, bumi menjadi stabil dan tidak bergoncang. Fenomena ini adalah perkara baru dalam sains. Walau bagaimanapun, al-Quran sudah menjelaskan perkara tersebut terlebih dahulu.

Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-gunung sebagai pasak? (An-Naba’ 78:6-7)

Dalam ayat al-Quran tersebut, perkataan Arab awtad digunakan untuk menunjukkan makna ‘pasak’ sebagaimana tiang atau batang yang digunakan untuk mendirikan khemah. Dalam sebuah buku yang bertajuk Earth, penulisnya telah menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai apa yang diceritakan dalam al-Quran berkenaan dengan bidang geologi. Buku ini digunakan oleh kebanyakan universiti di dunia sebagai rujukan dalam bidang geologi. Salah seorang daripada penulis buku tersebut adalah Frank Press yang merupakan seorang bekas presiden di Akademi Sains, Amerika Syarikat selama 12 tahun dan juga seorang bekas Penasihat Sains kepada bekas Presiden Amerika, Jimmy Carter. Dalam buku ini, beliau menceritakan tentang fungsi gunung yang memainkan peranan penting dalam menstabilkan kerak bumi.

Dalam ayat al-Quran di bawah, Allah menerangkan fungsi bumi dengan begitu jelas sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) bergoncang bersama mereka dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk. (Al-Anbiya’ 21:31)

Daripada ayat al-Quran tersebut, kita dapat mengetahui bahawa huraian yang diberikan dalam al-Quran adalah menyamai data ilmu geologi moden.

No comments:

My Family...

My Family...
kenangan terindah bersama spupuku...

My Family...

My Family...
My lovely person... (atok & nenek)