Oleh kerana Bible sekarang ini sudah diselewengkan oleh manusia biasa, tidak mustahil untuk kita menemukan banyak ayat di dalamnya yang menghina Allah dan para nabi yang mulia. Antaranya yang dapat dilihat adalah:
Allah mengalami keletihan: “Hari itu suatu tanda yang kekal antara Aku dengan umat Israel, kerana Aku, TUHAN telah menjadikan langit dan bumi dalam masa enam hari; pada hari ketujuh Aku berhenti bekerja, dan Aku berehat.” (Keluaran 31:17).
Allah pembunuh: “Perbuatannya itu menyebabkan TUHAN murka, lalu TUHAN membunuh dia juga.” (Kejadian 38:10).
Allah berperang, memekik dan berteriak seperti perempuan hendak bersalin: “TUHAN maju berperang seperti seorang pahlawan yang penuh semangat untuk berperang. Dia memekik sebagai isyarat perang; Dia menunjukkan keperkasaan-Nya terhadap musuh. Allah berfirman, “Sudah lama Aku membisu; Aku diam dan menahan diri. Tetapi sekarang tibalah saatnya untuk bertindak; Aku akan berteriak seperti perempuan yang hendak bersalin.” (Yesaya 42:13-14).
Allah sebagai Tuhan yang pengotor: “Oleh itu Allah berfirman, “Baiklah, engkau boleh menggunakan tahi lembu sebagai ganti najis manusia untuk membakar roti.” (Yehezkiel 4:15).
Allah sebagai Tuhan yang sudah jemu dan bosan: “Kamu telah menolak Aku, kamu telah membelakangi Aku. Oleh itu, Aku mengacungkan tangan untuk menghancurkan kamu, kerana Aku sudah jemu menahan kemurkaan-Ku.” (Yeremia 15:6).
Tuhan bersiul seperti manusia: “Aku akan bersiul memanggil mereka dan Aku akan mengumpulkan mereka, sebab Aku sudah membebaskan mereka, dan jumlah mereka menjadi banyak seperti dahulu.” (Zakharia 10:8, Terjemahan bahasa Indonesia).
Allah bersifat seperti manusia: “Pada petang itu, mereka mendengar TUHAN Allah berjalan di taman, lalu mereka bersembunyi di antara pokok-pokok supaya tidak dapat dilihat-Nya.” (Kejadian 3:8).
Allah mempunyai anak: “Penduduk di bumi mulai bertambah dengan pesat. Pada waktu itulah anak-anak Allah melihat bahawa anak-anak perempuan manusia cantik-cantik dan mereka mengambil siapa saja yang diingini mereka sebagai isteri.” (Kejadian 6:1-2, Bible Indonesia versi ‘Firman Allah Yang Hidup’.) Perhatikan juga ayat berikut, “Pada suatu hari datanglah anak-anak Allah menghadap TUHAN dan di antara mereka datanglah juga Iblis.” (Ayub 1:6, Bible Indonesia versi ‘Terjemahan Baru’.)
Allah menyesal: “TUHAN nampak betapa jahatnya manusia di bumi; fikiran mereka sentiasa dipenuhi kejahatan. Oleh itu TUHAN menyesal kerana sudah menjadikan manusia dan menempatkan mereka di bumi. TUHAN begitu kecewa sehingga Dia berfirman, “Aku akan membinasakan manusia yang sudah Kuciptakan itu, dan juga semua binatang serta burung, kerana Aku menyesal menciptakan semuanya.” (Kejadian 6:5-7).
Nabi Nuh peminum arak dan suka bertelanjang: “Nuh ialah petani, dan dialah yang mula-mula menanam anggur. Setelah Nuh minum wainnya, dia menjadi mabuk. Dia menanggalkan semua pakaiannya lalu berbaring telanjang di dalam khemahnya. Apabila Ham, bapa Kanaan, melihat bapanya bertelanjang, dia keluar dan memberitahukan hal itu kepada kedua-dua orang saudaranya. Kemudian Sem dan Yafet mengambil sehelai jubah. Mereka membentangkan jubah itu pada bahu, lalu berjalan mundur masuk ke khemah dan menyelimuti bapa mereka dengan jubah itu. Mereka memalingkan muka supaya tidak nampak bapa mereka yang bertelanjang.” (Kejadian 9:20-23).
Nabi Lut berzina dengan anak kandungnya: “Oleh sebab Lot berasa takut tinggal di Zoar, dia bersama dengan kedua-dua orang anak perempuannya pergi ke pergunungan dan tinggal di dalam gua. Anak perempuan yang sulung berkata kepada adiknya, “Ayah semakin tua dan tiada seorang pun di seluruh negeri ini yang dapat mengahwini kita supaya kita mempunyai anak. Marilah kita membuat ayah mabuk, lalu kita tidur dengan dia supaya kita mendapat anak daripadanya.” Pada malam itu mereka memberi bapa mereka minum wain, lalu anak perempuan yang sulung berseketiduran dengan bapanya, tetapi bapanya terlalu mabuk sehingga dia tidak tahu akan apa-apa pun yang berlaku. Esoknya anak perempuan yang sulung berkata kepada adiknya, “Aku sudah tidur dengan ayah semalam. Pada malam ini kita membuat dia mabuk lagi. Kemudian engkau pergi tidur dengan dia, supaya kita masing-masing mendapat anak.” Demikianlah pada malam itu mereka membuat bapa mereka mabuk lagi, lalu anak perempuan yang bongsu pula berseketiduran dengan dia. Sekali lagi Lot menjadi terlalu mabuk sehingga dia tidak tahu akan apa-apa pun yang berlaku. Kemudian kedua-dua orang anak Lot itu mengandung kerana bapa mereka sendiri. Anak perempuan yang sulung melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakannya Moab. Dialah yang menjadi nenek moyang bangsa Moab yang ada sekarang. Anak perempuan yang bongsu juga melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakannya Ben-Ami. Dialah yang menjadi nenek moyang bangsa Amon yang ada sekarang.” (Kejadian 19:30-38).
Yehuda berzina dengan menantunya: “Oleh itu Yehuda menghampirinya di pinggir jalan dan berkata, “Berapakah yang kamu minta?” Dia tidak tahu perempuan itu menantunya sendiri. Tamar menjawab, “Apakah yang tuan mahu berikan?” Yehuda berkata lagi, “Aku akan memberikan seekor kambing muda kepadamu.” Tamar menjawab, “Boleh, asal tuan memberi saya cagaran sehingga tuan mengirimkan kambing itu.” Yehuda bertanya, “Apakah yang dapat kuberikan sebagai cagaran kepadamu?” Tamar menjawab, “Berilah saya meterai tuan dengan talinya dan juga tongkat yang tuan bawa itu.” Yehuda memberikan benda-benda itu kepadanya. Kemudian mereka bersetubuh, lalu Tamar mengandung.” (Kejadian 38:16-18).
Nabi Daud berzina dengan Batsyeba anak Eliam: “Pada suatu petang, setelah Raja Daud bangun daripada tidur, baginda pergi berjalan-jalan di bumbung istana yang rata. Dari situ baginda nampak seorang wanita sedang mandi, dan wanita itu sangat cantik. Kemudian Raja Daud menyuruh orang menanyakan siapa wanita itu. Raja Daud diberitahu bahawa wanita itu Batsyeba anak Eliam, isteri Uria orang Het. Raja Daud menyuruh orang menjemput Batsyeba. Setelah Batsyeba tiba di istana, Raja Daud berseketiduran dengan dia. (Pada masa itu Batsyeba baru sahaja selesai melakukan upacara penyucian diri selepas haid.) Kemudian Batsyeba pulang ke rumahnya. Beberapa waktu kemudian Batsyeba mendapati dirinya hamil, lalu dia mengirim khabar tentang hal itu kepada Raja Daud.” (Kejadian 11:2-5).
Nabi Sulaiman gilakan wanita, menyembah berhala dan membina rumah ibadat berhala serta mempersekutukan Tuhan: “Raja Salomo mencintai banyak wanita bangsa asing. Selain puteri raja Mesir, baginda juga berkahwin dengan wanita Het, Moab, Amon, Edom, dan Sidon. Raja Salomo masih juga berkahwin dengan mereka walaupun TUHAN telah melarang umat Israel berkahwin campur dengan bangsa-bangsa itu, kerana mereka akan menyebabkan umat Israel menyembah tuhan-tuhan lain. Raja Salomo berkahwin dengan tujuh ratus orang puteri raja dan mempunyai tiga ratus orang gundik. Mereka menyebabkan Raja Salomo meninggalkan Allah, sehingga mereka berjaya membujuknya menyembah tuhan-tuhan lain ketika Raja Salomo sudah tua. Raja Daud, ayahanda Raja Salomo setia kepada TUHAN, Allahnya, tetapi Raja Salomo tidak seperti ayahandanya. Raja Salomo menyembah Asytoret, dewi orang Sidon, dan Molokh, dewa menjijikkan yang dipuja orang Amon. Raja Salomo berdosa terhadap TUHAN. Raja Daud, ayahanda Raja Salomo taat kepada TUHAN dengan sepenuh hati, tetapi Raja Salomo tidak seperti ayahandanya. Di atas sebuah gunung di sebelah timur Yerusalem, Raja Salomo membina tempat pemujaan Kamos, dewa menjijikkan yang dipuja orang Moab. Dia membina tempat pemujaan Molokh, dewa menjijikkan yang dipuja orang Amon. Raja Salomo juga membina tempat-tempat bagi semua isterinya yang berbangsa asing untuk membakar kemenyan dan mempersembahkan korban kepada dewa mereka masing-masing. Walaupun TUHAN, Allah Israel telah menampakkan diri sehingga dua kali kepada Raja Salomo, dan melarang baginda menyembah tuhan-tuhan lain, namun Raja Salomo tidak taat kepada TUHAN. Baginda malah meninggalkan TUHAN. Oleh itu TUHAN murka terhadap Raja Salomo.” (1 Raja-Raja 11:1-9).
Nabi Daud tidur dengan seorang gadis ketika sudah tua: “Kini Raja Daud sudah sangat tua. Walaupun hamba-hamba raja menyelimutinya dengan selimut, baginda masih kesejukan. Oleh itu para pegawai raja berkata kepadanya, “Benarkanlah hamba sekalian mencari seorang gadis untuk tinggal bersama dengan tuanku dan menjaga tuanku. Dia akan tidur bersama-sama tuanku dan memanaskan badan tuanku.” Kemudian para pegawai mencari seorang gadis yang cantik di seluruh negeri Israel. Mereka menemui seorang gadis yang bernama Abisag di Sunem, lalu membawa dia kepada raja. Gadis itu sangat cantik. Dia melayani raja dan menjaga baginda…” (1 Raja-Raja 1:1-4).
Nabi Daud seorang yang tidak berperikemanusiaan: “Daud bersama-sama anak buahnya membunuh dua ratus orang Filistin; Daud mengambil kulit khatan mereka. Kemudian Daud menyerahkannya kepada raja tanpa kurang satu pun supaya dia dapat menjadi menantu raja. Oleh itu Raja Saul harus mengahwinkan puterinya Mikhal dengan Daud.” (1 Samuel 18:27).
Nabi Harun dituduh membuat dan menyembah patung berhala: “Apabila orang Israel melihat bahawa Musa berada di gunung itu lama sekali, dan dia belum juga turun, mereka mengerumuni Harun dan berkata kepadanya, “Kita tidak tahu apa telah berlaku kepada si Musa, yang telah memimpin kita keluar dari Mesir; oleh itu buatlah satu tuhan bagi kami untuk memimpin kami.” Harun berkata kepada mereka, “Tanggalkanlah anting-anting emas yang dipakai oleh isteri, anak lelaki, dan anak perempuan kamu, lalu bawalah semuanya kepadaku.” Oleh itu mereka semua menanggalkan anting-anting emas dan memberikan semuanya kepada Harun. Harun mengambil anting-anting itu, meleburkan semuanya lalu mencurahkan emas itu ke dalam acuan, dan membuat sebuah patung lembu jantan. Umat itu berkata, “Hai Israel, inilah tuhan kita yang telah membawa kita keluar dari Mesir!” (Keluaran 32:1-4).
Nabi Isa dituduh seorang yang tidak bertimbang rasa: “Esoknya, ketika mereka balik dari Betania, Yesus lapar. Dari jauh Dia nampak sebatang pokok ara yang lebat daunnya. Yesus mendekati pokok itu untuk melihat sama ada pokok itu berbuah. Tetapi apabila Dia tiba di pokok itu, Dia mendapati daun-daun sahaja, kerana pada masa itu belum musim buah ara. Yesus berkata kepada pokok ara itu, “Tiada sesiapa pun akan makan buah ara daripadamu lagi!” Pengikut-pengikut-Nya mendengar kata-kata Yesus itu.” (Markus 11:12-14).
Sikap kurang ajar Nabi Isa: “Sementara Yesus berkata-kata dengan orang ramai, ibu dan saudara-saudara-Nya tiba. Mereka berdiri di luar dan ingin bercakap dengan Yesus. Seorang daripada orang ramai itu memberitahu Yesus bahawa ibu dan saudara-saudara-Nya hendak bercakap dengan Dia. Tetapi Yesus berkata, “Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara-Ku?” Lalu Dia menunjuk kepada pengikut-pengikut-Nya dan berkata, “Lihat, inilah ibu-Ku dan saudara-saudara-Ku. Sesiapa melakukan kehendak Bapa-Ku yang di syurga, orang itu saudara lelaki, saudara perempuan, dan ibu-Ku.” (Matius 12:46-50).
Nabi Isa disifatkan sebagai seorang yang buruk perkataannya: "Semua yang datang sebelum Aku adalah pencuri dan perompak, tetapi kawanan domba tidak mendengarkan suara mereka.” (Yohanes 10:8).
Sekadar selingan...

Saturday, December 15, 2007
Bible Menghina Allah dan Para Nabi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Family...

kenangan terindah bersama spupuku...
My Family...

My lovely person... (atok & nenek)
No comments:
Post a Comment