Sekadar selingan...

Sekadar selingan...

Saturday, December 15, 2007

Beberapa Perintah Bible Yang Sukar Dilakukan

Oleh kerana Bible adalah hasil tulisan manusia biasa, maka terdapat beberapa ayatnya yang sukar dilakukan oleh manusia zaman moden. Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa Bible bukanlah firman Tuhan kerana ia tidak sesuai dipraktikkan untuk sepanjang zaman. Antara beberapa ayat yang mustahil untuk dipatuhi oleh sesiapa pun adalah sebagaimana berikut:

Hukum Sabat

“Rayakanlah hari Sabat dan hormatilah hari itu sebagai hari yang suci. Kamu mempunyai enam hari untuk bekerja, tetapi hari yang ketujuh ialah hari rehat yang ditahbiskan untuk Aku. Pada hari itu satu pun tidak boleh bekerja: sama ada kamu, anak kamu, abdi kamu, ternakan kamu, atau bangsa asing yang tinggal di negeri kamu.” (Keluaran 20:8-10). “Kamu boleh bekerja selama enam hari, tetapi hari ketujuh adalah hari rehat yang suci, yang telah ditahbiskan untuk-Ku. Sesiapa yang bekerja pada hari itu mesti dihukum mati.” (Keluaran 31:15). “Musa menyuruh segenap umat Israel berkumpul, lalu berkata kepada mereka, “Inilah perintah TUHAN untuk kamu: Kamu mempunyai enam hari untuk bekerja, tetapi hari yang ketujuh harus dianggap suci; hari itu hari rehat yang ditahbiskan untuk TUHAN. Sesiapa yang bekerja pada hari itu mesti dihukum mati. Pada hari Sabat kamu tidak boleh menyalakan api di rumah kamu.” (Keluaran 35:1-3). Mengikut ayat ini, sesiapa yang bekerja pada hari Sabat harus dihukum mati. Mampukah kita untuk melaksanakannya? Pada hari Sabat, tidak boleh menyalakan api di rumah. Mampukah kita untuk mempraktikkannya? Hukum ini sudah tidak sesuai diamalkan pada zaman moden yang serba maju kini.

Perintah membunuh orang kafir dan musyrik

“Bahkan saudara kamu, atau anak lelaki kamu, atau anak perempuan kamu, atau isteri yang kamu kasihi, atau sahabat karib kamu pun, mungkin dengan diam-diam memujuk kamu untuk menyembah tuhan-tuhan lain, yang tidak pernah kamu sembah, dan yang tidak pernah disembah oleh nenek moyang kamu. Salah seorang di kalangan mereka mungkin memujuk kamu untuk menyembah tuhan-tuhan bangsa yang tinggal dekat dengan kamu, atau tuhan-tuhan bangsa yang tinggal jauh. Tetapi jangan biar orang itu memujuk kamu, dan jangan dengarkan kata-katanya. Jangan kasihani orang itu dan jangan lindungi dia. Bunuhlah dia! Biarlah kamu menjadi orang pertama yang merejam dia, lalu biarlah semua orang lain merejam dia. Rejamlah dia sampai mati! Dia cuba menjauhkan kamu daripada TUHAN, Allah kamu, yang sudah menyelamatkan kamu dari Mesir, tempat kamu diperhamba dahulu.” (Ulangan 13:6-9). Perintah ini tidak mampu dilakukan oleh sesiapa pun, baik orang Yahudi atau Kristian. Adalah tidak masuk akal sekiranya seseorang disuruh membunuh orang yang menghasutnya supaya menukar agama asalnya.

Dilarang menabur dua jenis benih di ladang yang sama, dilarang memakai pakaian yang ditenun dengan dua jenis benang.

“Patuhilah perintah-Ku. Jangan kahwinkan dua ekor binatang yang berlainan jenis. Jangan tabur dua jenis benih di ladang yang sama. Jangan pakai pakaian yang ditenun daripada dua jenis benang.” (Imamat 19:19). Siapakah yang akan mengikut perintah seperti ini? Ayat ini tidak sesuai diamalkan oleh masyarakat yang hidup pada zaman serba moden.

Orang yang melakukan dosa harus mencungkil mata

“Kamu sudah mendengar ajaran seperti berikut: ‘Jangan berzina.’ Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Sesiapa memandang seorang wanita dengan perasaan berahi, orang itu sudah berzina dengan dia di dalam hati. Jika mata kanan kamu menyebabkan kamu berdosa, cungkillah dan buanglah mata itu! Lebih baik kamu kehilangan salah satu anggota tubuh daripada seluruh tubuh kamu dibuang ke dalam neraka. Jika tangan kanan kamu menyebabkan kamu berdosa, potonglah dan buanglah tangan itu! Lebih baik kamu kehilangan sebelah tangan daripada seluruh tubuh kamu masuk ke dalam neraka.” (Matius 5:27-30). Jika ayat ini benar-benar dipraktikkan, kita akan melihat ramai penganut Kristian menjadi buta.

Dilarang melawan penjahat

“Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Jangan balas dendam terhadap orang yang berbuat jahat kepada kamu. Sebaliknya jika seseorang menampar pipi kananmu untuk menghina kamu, biarkanlah dia menampar pipi kirimu juga. Jika seseorang mendakwa kamu di mahkamah untuk menuntut bajumu, berikanlah jubahmu juga. Jika seorang askar penjajah memaksa kamu mengangkat barangnya sejauh satu kilometer, angkatlah barangnya sejauh dua kilometer. Jika seseorang meminta sesuatu daripada kamu, berikanlah apa yang dimintanya. Jika seseorang hendak meminjam sesuatu daripada kamu, pinjamkan apa yang dikehendakinya.” (Matius 5:39-44). Walaupun ayat ini mendidik kita supaya menjadi manusia yang baik, namun adakalanya sesuatu kebaikan yang kita lakukan haruslah berpada-pada. Jangan sampai orang lain pula yang menganiayai diri kita kembali. Meminjamkan barang kepada orang yang dalam kesusahan memang dituntut, namun adalah tidak munasabah sekiranya barang yang kita perlukan juga dipinjamkan kepada orang lain. Kesimpulannya, suruhan dalam ayat ini memang sukar untuk dipraktikkan oleh sesiapa pun.

Perintah mengasihani musuh

“Tetapi Aku berkata kepada kamu yang mendengarkan Aku: Kasihilah musuh kamu dan berbuatlah baik kepada mereka yang membenci kamu. Berkatilah mereka yang mengutuk kamu, dan berdoalah untuk mereka yang menganiaya kamu.” (Lukas 6:27-28). Ayat ini sangat menguntungkan musuh dan penjajah.

Hukuman ke atas anak derhaka

“Andaikata ada seorang yang mempunyai anak yang keras kepala, suka memberontak, dan tidak mahu taat kepada ibu bapanya meskipun mereka menghukum dia. Ibu bapa anak itu harus membawa dia ke hadapan para pemimpin kota, tempat tinggal mereka, lalu minta supaya anak itu diadili. Ibu bapa itu harus berkata kepada para pemimpin, ‘Anak kami keras kepala, suka memberontak, dan tidak mahu taat kepada kami; dia juga pemboros dan pemabuk.’ Kemudian kaum lelaki di kota itu harus merejam anak itu sampai mati. Dengan demikian, kamu akan membasmi kejahatan itu. Setiap orang di Israel akan mendengar tentang peristiwa itu dan menjadi takut.” (Ulangan 21:18-21). Siapakah yang sanggup menuruti perintah ini? Jika perintah ini benar-benar dipatuhi, kita akan melihat anak-anak penganut Yahudi dan Kristian bebas daripada gejala sosial. Persoalannya sekarang, benarkah begitu?

Keistimewaan bangsa Yahudi

“Kamulah umat TUHAN, Allah kamu. Oleh itu apabila kamu berkabung bagi orang yang sudah meninggal, jangan lukakan tubuh atau cukur rambut pada bahagian depan kepala kamu, seperti yang dilakukan oleh bangsa lain. Kamu milik TUHAN, Allah kamu; Dia sudah memilih kamu untuk menjadi umat-Nya sendiri, antara semua bangsa yang tinggal di atas bumi.” (Ulangan 14:1-2). Ayat ini hanya akan menyebabkan permusuhan antarabangsa di seluruh dunia.

Perbuatan mendiskriminasi

“Apabila kamu meminjamkan wang, makanan, atau apa sahaja kepada sesama orang Israel, jangan minta faedah. Kamu boleh minta faedah apabila kamu meminjamkan wang kepada orang bangsa asing, tetapi kamu tidak boleh berbuat demikian apabila meminjamkan wang kepada orang sebangsa kamu. Taatilah peraturan ini, barulah TUHAN, Allah kamu akan memberkati segala yang kamu lakukan di tanah yang akan kamu duduki.” (Ulangan 23:19-20). Suruhan seperti ini hanya akan menyebabkan hidup manusia kucar-kacir dan sering berlaku pergaduhan.

Kesimpulannya, bukti-bukti di atas menunjukkan bahawa kitab Bible yang ada di tangan orang Yahudi dan Nasrani sekarang ini sudah tidak relevan lagi. Banyak hukum-hukum yang terkandung di dalamnya ketinggalan zaman. Hal ini sudah tentu menyebabkan kredibiliti Bible yang diuar-uarkan sebagai ‘kalam Tuhan’ tercemar. Apa yang pasti, kitab Bible sekarang ini sudah diselewengkan oleh manusia biasa dan yang ada hanyalah nukilan-nukilan mereka yang dangkal.

No comments:

My Family...

My Family...
kenangan terindah bersama spupuku...

My Family...

My Family...
My lovely person... (atok & nenek)