Laman web The Bible Shelf menyatakan bahawa ramai lelaki dan mungkin juga wanita terlibat dalam penulisan kesemua 66 bab di dalam Bible. Mereka terdiri dari kalangan para nabi seperti Nabi Musa, Nabi Yesaya, Nabi Yehezkiel dan beberapa orang lagi, pemimpin-pemimpin agama seperti St. Paul, pengikut-pengikut Nabi Isa seperti Matius, Markus, Lukas dan Yohanes serta ramai lagi. Hal ini dinyatakan, “Kebanyakan bab-bab yang terkandung di dalam Bible diketahui nama penulis-penulisnya dengan jelas, namun ada sebahagiannya yang tidak diketahui identiti penulisnya yang sebenar, manakala sesetengah lagi masih dipertikaikan.”
Mengenai kitab Perjanjian Lama, tokoh-tokoh Kristian berpendapat bahawa lima bab terawal di dalamnya yang dikenali sebagai Taurat atau Pentateukh ditulis oleh Nabi Musa. Namun, pendapat ini dipertikaikan kerana sebahagiannya ditulis selepas Nabi Musa wafat. Kontrversi ini dinyatakan di dalam The Catholic Encyclopedia yang menyebutkan bahawa besar kemungkinan seorang yang bernama Esdras menyusun semula dan menokok tambah isi-isi Taurat dalam usaha melengkapkannya.
Di dalam The Cambridge History of the Bible menjelaskan, “Kebanyakan tulisan di dalam Perjanjian Baru adalah daripada sumber yang tidak diketahui asal-usulnya kecuali surat-surat hasil tulisan St. Paul.” Namun, kenyataan ini dipertikaikan kerana tidak semua surat-surat tersebut ditulis oleh St. Paul.
Kontroversi mengenai St. Paul tidak melibatkan kesahihan surat-suratnya, malah peribadinya juga dipertikaikan. Beliau bukanlah anak murid Nabi Isa dan pada asalnya, beliau adalah seorang yang anti-Kristian dan telah menyiksa ramai pengikut Nabi Isa. Namun secara tiba-tiba sahaja beliau bertukar fikiran dan seterusnya menjadi pengikut agama Kristian yang komited.
Terdapat tokoh Kristian yang berpendapat bahawa agama Kristian yang ada sekarang bukanlah agama yang diajarkan oleh Nabi Isa, namun ia adalah agama ciptaan St. Paul. Hal ini tidak menghairankan kerana banyak doktrin-doktrin yang tidak diajarkan oleh Nabi Isa di diwujudkan oleh St. Paul. Sebagai contoh, ketuhanan Nabi Isa, pemujaan melampau ke atas peribadi Nabi Isa, penyaliban dan kebangkitan, dosa warisan, penebusan dosa melalui darah Nabi Isa yang disalib dan beberapa lagi dokrtin yang sesat. Di dalam buku The Messianic Legacy yang dikarang oleh Michael Baigent, Richard Leigh dan Henry Lincoln menyatakan bahawa ajaran-ajaran St. Paul tidak selari dengan ajaran asal Nabi Isa dan beliau boleh dihukum sesat.
Paling kontroversi mengenai St. Paul adalah dakwaan yang dibuat oleh paderi John Shelby Spong dari Newark. Di dalam bukunya Rescuing the Bible from Fundamentalism, beliau menyatakan bahawa St. Paul adalah seorang gay dan pengamal homoseksual. Pandangan ini dimuatkan untuk tatapan umum di dalam U.S. News Online (5 April 1999). Kontroversi mengenai St. Paul masih berlanjutan sehingga kini. Namun, surat-suratnya dimuatkan di dalam Bible dan diiktiraf kononnya sebagai firman Tuhan.

No comments:
Post a Comment