Sekadar selingan...

Sekadar selingan...

Saturday, December 15, 2007

Bible Dipenuhi Ayat-ayat Yang Tidak Logik

Oleh kerana sudah dibuktikan sebelum ini bahawa naskhah Bible yang wujud sekarang ini adalah hasil tulisan manusia biasa, maka tidak hairanlah jika kitab yang dianggap “suci” oleh orang Yahudi dan Kristian itu mengandungi banyak ayat-ayat yang tidak logik. Antara beberapa ayat tersebut yang dikesan terdapat dalam kitab Bible adalah sebagaimana berikut:

Membunuh musuh menggunakan tongkat

“Pemimpin yang berikut ialah Samgar anak Anat. Dia juga berjuang dan membebaskan orang Israel. Dia membunuh enam ratus orang Filistin dengan tongkat penggiring lembu.” (Hakim-Hakim 3:31). Logikkah seseorang membunuh seramai 600 musuh hanya dengan menggunakan tongkat? Adakah musuh-musuh tersebut lumpuh sehingga tidak mampu mempertahankan diri daripada orang yang hanya bersenjatakan sebatang tongkat?

Membunuh musuh dengan tulang rahang keldai

“Kemudian Simson menjumpai sebuah tulang rahang keldai yang baru mati. Dia mengambil tulang itu lalu menggunakannya untuk membunuh seribu orang. Maka bernyanyilah Simson, “Dengan tulang rahang keldai, aku membunuh seribu orang; dengan tulang rahang keldai, aku menimbunkan mayat mereka menjadi suatu timbunan.” (Hakim-Hakim 15:15-16). Logikkah ayat ini menurut perkiraan akal manusia yang normal? Amat mustahil untuk seseorang membunuh 1,000 orang dengan hanya menggunakan tulang rahang keldai.

Tuhan meminjam pisau cukur untuk mencukur bulu kepala dan paha manusia

“Pada hari itu dengan pisau cukur yang dipinjam dari seberang sungai Efrat, yakni raja Asyur, Tuhan akan mencukur kepala dan bulu paha, bahkan pisau itu akan melenyapkan janggut juga.” (Yesaya 7:20). Ayat ini berdasarkan terjemahan Bible Alkitab Indonesia. Ayat ini menyatakan bahawa ‘Tuhan meminjam pisau cukur’. Logikkah Tuhan meminjam pisau cukur lalu mencukur kepala dan bulu paha manusia? Tuhan jenis apakah yang dimaksudkan oleh ayat Bible ini? Bukankah Tuhan itu Maha Berkuasa dan tidak berkehendakkan kepada sesuatu yang lain? Justeru, untuk menutup kesalahan ini, Bible Alkitab Malaysia dengan bahasa yang ‘sopan’ menterjemahkan ayat ini sebagai, “Pada masa itu Tuhan akan mengupah seorang pencukur, iaitu raja Asyur dari seberang Sungai Efrat. Raja itu akan mencukur janggut dan rambut pada kepala orang Israel, serta bulu pada tubuh mereka.” Ayat ini menyatakan pula bahawa ‘Tuhan mengupah Raja Asyur’ untuk mencukur janggut, rambut dan bulu yang ada pada badan mereka. Bandingkan perbezaan ayat ini dengan ayat yang sebelumnya. Sungguh jelas pembohongan yang dilakukan oleh orang Yahudi dan Kristian dalam mengubah dan mengedit ‘kitab suci’ mereka.

Tuhan digambakan sebagai seekor naga

“Kemudian bumi bergegar dan bergoncang; dasar langit bergetar dan bergoyang, kerana Allah murka! Asap berhembus dari hidung-Nya, api dan bara keluar dari mulut-Nya.” (1 Samuel 22:8-9). Tidak dapat digambarkan bagaimana Tuhan diumpamakan sebagai seekor naga yang asap keluar dari hidungnya, api dan bara keluar dari mulutnya. Tuhan jenis apakah yang dipercayai oleh orang Yahudi dan Kristian ini? Maha Suci dan Maha Tinggi Allah daripada fitnah dan pembohongan yang mereka lakukan.

Tuhan mengenderai “kerub”

“Dia terbang laju dengan mengendarai kerub; Dia melayang di atas sayap angin.” (1 Samuel 22:11). Tahukah anda apakah ‘kerub’ itu? Mengikut kamus Alkitab Indonesia, ‘kerub’ ialah makhluk syurga yang bersayap dan mempunyai empat wajah. Ia ditugaskan untuk menjaga taman Firdaus dan mendukung kenderaan takhta kemuliaan Tuhan. Bagaimanakah rupa ‘kerub’ tersebut? Kitab Yehezkiel menjelaskannya, “Di tengah-tengah angin ribut itu aku nampak juga empat kerub, iaitu makhluk yang menyerupai manusia, tetapi setiap makhluk mempunyai empat muka dan empat sayap. Kaki makhluk itu lurus, berkuku seperti kuku anak lembu dan bersinar-sinar seperti gangsa yang digilap. Selain empat muka dan empat sayap itu, setiap makhluk mempunyai empat tangan yang seperti tangan manusia, satu tangan di bawah setiap sayap. Dua sayap daripada setiap makhluk itu terkembang dan hujungnya bersentuhan dengan sayap makhluk yang lain sehingga keempat-empat makhluk itu membentuk segi empat. Apabila bergerak, makhluk-makhluk itu bergerak lurus ke hadapan tanpa memusingkan badan. Setiap makhluk itu mempunyai empat muka yang berlainan: muka manusia di bahagian hadapan, muka singa di sebelah kanan, muka lembu di sebelah kiri, dan muka helang di bahagian belakang. Dua sayap daripada setiap makhluk itu terbentang tinggi sehingga menyentuh hujung sayap makhluk yang di sebelahnya. Dua sayap lain terlipat menutupi badan setiap makhluk. Setiap makhluk menghadap empat arah agar dapat menuju ke arah mana sahaja menurut kehendak makhluk-makhluk tanpa memusingkan badan. Antara makhluk itu terdapat sesuatu yang berupa suluh yang bernyala. Suluh itu sentiasa bergerak. Apinya menyala dan memancarkan kilat. Makhluk-makhluk itu terbang berulang-alik secepat kilat.” (Yehezkiel 1:5-14). Alangkah hodohnya rupa ‘kerub’ tersebut. Kini, gereja-gereja di Barat melukis kerub sebagai seorang wanita cantik yang bersayap dan bertelanjang. Dapatkah anda membayangkan bagaimana Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Berkuasa mengenderai kerub tersebut?

Umur anak 2 tahun lebih tua berbanding bapa

Bible Alkitab Indonesia merekodkan, “Yoram berumur tiga puluh dua tahun pada waktu ia menjadi raja dan lapan tahun lamanya ia memerintah di Yerusalem.” (2 Tawarikh 21:5). “Ia berumur tiga puluh dua tahun pada waktu ia menjadi raja dan lapan tahun lamanya ia memerintah di Yerusalem. Ia meninggal dengan tidak dicintai orang. Ia dikuburkan di kota Daud, tetapi tidak di dalam pekuburan raja-raja.” (2 Tawarikh 21:20). Ayat ini menjelaskan bahawa Yoram dinobatkan sebagai raja ketika berusia 32 tahun dan sempat memerintah selama 8 tahun, lalu mangkat. Justeru, umur baginda ketika mangkat ialah 40 tahun. “Kemudian, baginda digantikan oleh anaknya yang bernama Ahazia, Ahazia berumur empat puluh dua tahun pada waktu ia menjadi raja dan setahun lamanya ia memerintah di Yerusalem. Nama ibunya ialah Atalya, cucu Omri.” (2 Tawarikh 22:2). Ayat ini menjelaskan bahawa Raja Ahazia, anak Raja Yehoram menjadi raja ketika berumur 42 tahun. Tidakkah anda lihat, umur anak dua tahun lebih tua daripada umur bapanya? Logikkah kisah seperti ini? Justeru, untuk menutup kisah ‘bodoh’ seperti ini, Bible Alkitab Malaysia dengan penuh ‘bijaksana’ menukar ayat ini kepada, “Raja Ahazia menjadi raja ketika baginda berumur dua puluh dua tahun dan baginda memerintah di Yerusalem selama satu tahun.” Lihatlah bagaimana perbuatan orang Yahudi dan Kristian menukar ayat-ayat Bible mereka dengan sesuka hati.

Sudah mempunyai anak ketika berusia 11 tahun

“Ahas berumur dua puluh tahun pada waktu ia menjadi raja dan enam belas tahun lamanya ia memerintah di Yerusalem.” (2 Raja-Raja 16:2). Ayat ini menyatakan bahawa Ahas menjadi raja ketika berusia 20 tahun dan sempat memerintah selama 16 tahun. Justeru, Ahas wafat ketika berusia 36 tahun. Kemudian dia digantikan oleh anaknya yang bernama Hizkia, “Ia berumur dua puluh lima tahun pada waktu ia menjadi raja dan dua puluh sembilan tahun lamanya ia memerintah di Yerusalem. Nama ibunya ialah Abi, anak Zakharia.” (2 Raja-Raja 18:2). Ahas wafat ketika berusia 36 tahun dan Hizkia anaknya pula ditabalkan sebagai raja ketika berumur 25 tahun. Hal ini menunjukkan bahasa Ahas sudah mempunyai anak ketika dia berusia 11 tahun. Logikkah kisah seperti ini?

Tuhan tidak pandai menghitung

“Kemudian TUHAN berfirman, “Aku tidak membenarkan manusia hidup selama-lamanya; mereka makhluk fana yang harus mati. Mulai sekarang umur mereka tidak akan lebih daripada 120 tahun.” (Kejadian 6:3). Ayat ini menjelaskan bahawa Tuhan tidak akan membiarkan umur manusia mencapai 120 tahun. Ini bermaksud, sebelum umur manusia 120 tahun, mereka harus mati. Namun, dalam ayat yang lain pula, “Nuh meninggal ketika dia berumur 950 tahun.” (Kejadian 9:29). Logikkah ayat seperti ini? Benarkah Tuhan itu tidak pandai menghitung? Maha Suci Allah daripada pembohongan yang dilakukan oleh orang Yahudi dan Kristian.menghitung? Maha Suci Allah daripada pembohongan yang dilakukan oleh orang Yahudi dan Kristian.

1 comment:

Anonymous said...

Karangan manusia dpt idea @ilham dari iblis atau syaitan2..

My Family...

My Family...
kenangan terindah bersama spupuku...

My Family...

My Family...
My lovely person... (atok & nenek)