Sekadar selingan...

Sekadar selingan...

Saturday, December 15, 2007

Benarkah Atom bahan Terkecil?

Pada zaman dahulu, teori atominisme telah diketengahkan oleh seorang Greek bernama Democritus yang hidup pada 2,300 tahun dahulu. Ia telah diterima pakai oleh manusia sekarang. Mereka percaya bahawa unit yang paling kecil ialah atom. Teori ini juga dipercayai oleh orang Arab pada masa itu, sehinggakan terdapat perkataan Arab zarah yang bermaksud ‘atom’. Walau bagaimanapun, para saintis moden mengatakan bahawa satu zarah atom boleh dipecahkan dan dibahagikan. Ini adalah hasil penemuan sains abad yang ke-20. Pada abad yang ke-14, penemuan ini tentunya dianggap sebagai suatu yang pelik walaupun kepada penduduk Arab pada ketika itu. Ini kerana mereka percaya bahawa unit yang paling kecil ialah atom atau zarah dan ia tidak mungkin dapat dipecahkan atau dibahagikan.

Namun al-Quran tidak menerima konsep yang mengatakan bahawa atom tidak boleh dipecahkan atau dibahagikan. Bantahan tersebut diungkapkan dalam ayat berikut:

Dan orang-orang yang kafir berkata, “Hari berbangkit itu tidak akan datang kepada kami.” Katakanlah, “Pasti datang, demi Tuhanku Yang Maha Mengetahui yang ghaib, sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang kepadamu. Tidak ada tersembunyi daripada-Nya sebesar zarah pun yang ada di langit dan yang ada di bumi dan tidak ada (pula) yang lebih kecil dari itu dan yang lebih besar, melainkan tersebut dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).” (Saba’ 34:3)

Ayat Al-Quran ini menerangkan tentang kekuasaan Allah dan ditegaskan dalam ayat ini bahawasanya Allah mengetahui segala-galanya sama ada benda tersebut dapat dilihat atau tersembunyi dan sama ada sesuatu benda itu lebih besar atau lebih kecil daripada satu zarah atau atom. Oleh itu, ayat ini dengan jelas menyebutkan tentang adanya unit yang lebih kecil daripada atom atau zarah dan sudah pasti ia adalah satu fakta yang hanya dapat diketahui melalui kajian sains moden.

Atom pernah dianggap sebagai bahan paling halus yang tidak dapat dipecahkan atau dibahagikan. Konsep ini menjadi pegangan tokoh-tokoh fizik pada suatu masa dahulu termasuklah Sir Isaac Newton. Pada dasarnya, atom adalah bahan terkecil sehinggakan setitik air mengandungi jutaan bilion atom. Pakar-pakar sains memutuskan bahawa selepas atom, bahan yang paling kecil dan paling ringan yang terdapat di alam ini adalah elektron.

Baru-baru ini, pakar-pakar sains mendapati bahawa dalam proton, neutron dan elektron, terdapat bahan yang begitu halus dan ia dikenali sebagai quarks. Terkini, pada satu pesidangan antarabangsa di Jepun yang melibatkan 120 orang tokoh fizik, pakar-pakar diberitahu mengenai penemuan satu bahan baru yang dianggap lebih kecil dan ringan daripada elektron (subatomic particle) dan ia dikenali sebagai neutrino. Dengan ini, benarlah apa yang dinyatakan oleh al-Quran 1,400 tahun yang dahulu bahawa:

Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh). (Yunus 10:61)

No comments:

My Family...

My Family...
kenangan terindah bersama spupuku...

My Family...

My Family...
My lovely person... (atok & nenek)