Pendahuluan
Para penyelidik berpendapat bahawa Paulus merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam mencorakkan agama Kristian. Sumber yang ada dalam agama Kristian sekarang ini dicipta oleh Paulus sendiri. Segala peraturan yang terdapat di dalamnya seperti prinsip-prinsip, dasar agama dan upacara-upacara adalah ditetapkan oleh Paulus juga. Bahkan dia yang bertanggungjawab dalam menggubal pegangan penganut-penganut agama tersebut. Dengan kata lain, agama Kristian yang ada sekarang ini adalah hasil ciptaan Paulus, bukan seperti yang diwahyukan Allah s.w.t. kepada Nabi Isa a.s. untuk disampaikan kepada umatnya. Di sini sama-sama kita mengkaji dan mengenali Paulus dengan lebih terperinci.
Pendapat tokoh Kristian terhadap Paulus
Sesetengah tokoh Kristian berpendapat, Paulus adalah tunggak utama kepada agama Kristian sehingga menyebabkan umat Kristian harus membahagikan perhatian mereka sama ada kepada Jesus atau Paulus. Hal ini disebabkan beliau telah mengasaskan beberapa kepercayaan atau doktrin yang tidak pernah diajarkan oleh Nabi Isa ketika hidupnya. Sebagai contoh, doktrin pemujaan melampau ke atas peribadi Nabi Isa, dosa warisan, penyaliban, pengorbanan darah Nabi Isa untuk umat manusia dan beberapa kepercayaan sesat yang lain. Apa yang lebih aneh, Paulus tidak tertarik pada ajaran-ajaran Nabi Isa secara keseluruhan, sebaliknya hanya memberi tumpuan kepada aspek kewafatan dan kebangkitan semula Nabi Isa semata-mata. Di dalam buku The Messianic Legacy yang dikarang oleh Michael Baigent, Richard Leigh dan Henry Lincoln, mereka berpendapat bahawa ajaran-ajaran Paulus tidak selari dengan ajaran asal Nabi Isa dan beliau boleh dihukum sesat.
Latar belakang Paulus secara ringkas
Asal-usul Paulus
Nama Paulus asalnya adalah Saul, setelah dia memeluk agama Kristian namanya ditukar kepada Paulus. Paulus seorang yang berbangsa Yahudi. Lahir di Tarsus, ibu kota Cicillia, Asia Minor. Ayahnya seorang saudagar Yahudi Romawi yang bernama Kissai dari suku Benyamin. Ibunya juga berketurunan Romawi.
Pendidikan Paulus
Pada peringkat awal pendidikannya, Paulus dihantar untuk mempelajari dan mendalami agama Yahudi di Jerusalem serta dididik menjadi ‘Rabbi’ (gelaran guru bagi orang Yahudi). Setelah tamat pengajian, dia kembali ke Tarsus lalu bekerja sebagai pembantu ayahnya di samping mengajar hukum agama Yahudi kepada bangsanya. Selain daripada pendidikan Taurat yang dianuti dengan fanatik serta mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadapnya, dia juga mahir dalam bidang pendidikan ala Romawi serta pendidikan dan pengajaran falsafsah Yunani. Dia sendiri merupakan penganut fahaman aliran Farisi (Farusyin) iaitu golongan yang sangat anti terhadap ajaran Nabi Isa a.s. yang sebenar.
St. Paul dan agama Kristian
Sewaktu agama Kristian yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. sedang meningkat pengaruhnya, Paulus telah dipanggil ke Juresalem untuk membantu membanteras agama tersebut. Tugas yang diserahkan kepadanya itu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Akibatnya banyak pengikut Nabi Isa menjadi mangsa kekejaman dan kerakusannya. Namun begitu, Paulus yang berkobar-kobar hendak meruntuhkan agama Kristian itu tiba-tiba sahaja mendakwa memeluk agama tersebut di samping menyatakan dia sebagai rasul yang diutus oleh Nabi Isa. Apakah muslihatnya?
Ada yang menceritakan ketika Nabi Isa tidak ada lagi di Palestin, Paulus telah diberi tugas menangkap serta membasmi pengikut Nabi Isa yang lari ke Damsyik. Semasa dalam perjalanan ke sana, di pertengahan jalan tiba-tiba Paulus menyatakan yang dia telah bertaubat. Dia menerangkan bahawa satu peristiwa aneh telah berlaku pada dirinya. Dia ternampak akan cahaya dari langit yang terang di sekelilingnya. Hal ini menjadi lebih jelas berdasarkan ayat berikut, "Dalam perjalanannya ke Damsyik, apabila dia sudah dekat kota itu, tiba-tiba cahaya dari langit memancar di sekeliling Saulus. Dia jatuh ke tanah lalu mendengar suara berkata kepadanya, "Saulus, Saulus! Mengapa engkau menganiaya Aku?" Saulus bertanya, "Siapakah tuan?" Suara itu menjawab, "Aku Yesus, yang engkau aniaya. Bangunlah dan masuklah ke bandar. Di situ engkau akan diberitahu apa yang harus engkau lakukan." Orang yang seperjalanan dengan Saulus berhenti dan terdiam. Mereka mendengar suara itu tetapi tidak melihat sesiapa pun." (Kisah Para Rasul 9:3-7)
Pada mulanya orang-orang Kristian tidak dapat menerima dan mempercayainya. Tetapi oleh kerana kepandaian dan kebijaksanaan dia bergaul serta berbicara dengan mereka, lama-kelamaan mereka dapat juga menerimanya.
Peranan Paulus dalam agama Kristian
Paulus sebagai “nabi palsu”
Sejarah membuktikan bahawa Paulus tidak pernah langsung bertemu dengan Nabi Isa a.s. apatah lagi berguru dengan beliau. Paulus cuma sempat berjumpa dengan para pengikut dan anak murid baginda sahaja. Walau bagaimanapun, mereka tidak percaya kepada Paulus yang mendakwa dirinya sebagai utusan rasul Kristus. Semasa Nabi Isa hidup di dunia sebagai nabi Allah, baginda berpesan kepada umatnya suatu pesanan penting bahawa akan datang beberapa Mesias (utusan) dan nabi-nabi palsu selepas ketiadaan beliau.
Perkataan dan pesanan Nabi Isa itu terdapat di dalam Injil sebagaimana berikut, “Yesus berkata kepada mereka, "Berjaga-jagalah supaya kamu tidak tertipu. Banyak orang akan datang dengan nama-Ku dan berkata, 'Akulah dia!' Mereka akan menipu banyak orang." (Markus 13:5-6). "Pada masa itu jika seseorang berkata kepada kamu, 'Lihat, Penyelamat yang diutus oleh Allah ada di sini!' atau 'Lihat, Dia di situ!' — janganlah percaya kepada orang itu. Penyelamat palsu dan nabi palsu akan datang. Mereka akan melakukan mukjizat dan keajaiban untuk menipu orang, jika mungkin umat pilihan Allah juga. Berjaga-jagalah! Semua perkara itu telah Aku katakan kepada kamu sebelum semuanya berlaku." (Markus 13:21-23).
Menurut pesanan dan kata-kata Nabi Isa itu jelaslah bahawa nabi-nabi palsu tersebut telah pun muncul dan salah seorangnya adalah Paulus. Dia yang mengaku kononnya bertemu cahaya di langit dan menerima wahyu dari Nabi Isa. Walhal dia sebenarnya mahu mengambil kesempatan terhadap agama Kristian dan merubahnya. Tepatlah apa yang dikatakan Nabi Isa katanya, "Berjaga-jagalah supaya kamu tidak tertipu. Banyak orang akan datang dengan nama-Ku dan berkata, 'Aku Penyelamat yang diutus oleh Allah!' Mereka akan menipu banyak orang." (Matius 24:4-5). Ramalan Nabi Isa ini tepat dan terbukti sekarang, bahawa ada yang mengaku rasul diutuskan oleh Nabi Isa dengan mendapat bimbingan roh kudus serta mengajar dogma yang bertentangan dengan ajaran Nabi Isa.
Konsep ajaran Paulus
Sebagaimana yang kita ketahui ajaran Nabi Isa adalah lanjutan daripada syariat Nabi Musa. Hal ini dinyatakan di dalam Injil, "Janganlah menganggap bahawa Aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya, tetapi Aku datang supaya semua ajaran itu berlaku." (Matius 5:17). Pada peringkat awal kemunculan Nabi Isa pengikut-pengikutnya hanya berpegang pada syariat agama yang dibawa oleh nabi-nabi sebelumnya kerana kedatangan Nabi Isa bukan membawa syariat baru bagi menggantikan syariat lama, malahan ia hanya menyeru umat Bani Israil pada toleransi, penyucian dan zuhud.
Tetapi agama itu telah diubah oleh Paulus menjadi satu agama baru. Paulus memainkan peranan yang besar dalam membentuk prinsip-prinsip, dasar-dasar dan dogma yang terdapat dalam agama Kristian sekarang ini. Hukum-hukum baru yang diwujudkan antaranya termasuklah mengehadkan perbuatan haram kepada empat jenis sahaja iaitu zina, memakan haiwan yang dicekik, memakan darah dan memakan haiwan yang disembelih atas nama berhala. Selain itu, banyak lagi hukum yang haram dihalalkan Paulus. Hukum wajib berkhatan yang dipusakai daripada syariat Nabi Ibrahim juga dihapuskan atas alasan amalan tersebut boleh menyebabkan orang bukan Yahudi enggan memeluk agama Kristian. Wajarkah agama diubah berdasarkan alasan ini, di manakah kekuatan agama tersebut sehingga terpaksa diubah untuk menarik minat manusia? Inilah agama yang dicipta manusia yang bersifat tidak sempurna serba-serbinya berbanding seperti yang Allah wahyukan yang sempurna segala-galanya.
Saripati ajaran yang dibentuk oleh Paulus adalah seperti berikut:
1. Konsep agama: Agama Kristian adalah untuk semua bangsa bukan untuk Bani Israil sahaja, padahal Nabi Isa diutuskan Allah hanya untuk Bani Israil.
2. Konsep ketuhanan: Menurut Paulus, Tuhan mempunyai tiga peribadi iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus. Perbincangan tentang ketuhanan dalam agama Kristian sampai sekarang belum selesai, semakin dibincangkan semakin keliru dan tidak mendapat kata putus.
3. Inkarnasi: Menurut Paulus, Nabi Isa telah melakukan inkarnasi di bumi melalui benih Daud. Dengan demikian, Paulus telah menegaskan bahawa Nabi Isa adalah anak Yusuf dan Maryam sebagaimana salasilah yang ditulis dalam Injil Matius (Matius 1:1-16) .
4. Dosa warisan: Pada pandangan, Paulus manusia sepatutnya hidup kekal di syurga tetapi kerana dosa Adam dan Hawa semua Manusia berada di bumi. Dengan itu semua manusia yang lahir ke dunia menanggung bebanan dosa yang dilakukan oleh mereka berdua. Lalu Nabi Isa dianggap sebagai penebus bagi dosa tersebut.
5. Penyaliban dan penebusan: Menurut Paulus lagi, Nabi Isa menyerahkan dirinya untuk dikorbankan sehingga disalib bagi menebus dosa manusia yang diwarisi oleh Nabi Adam. Setiap harus beriman dengan penyaliban dan penebusan dosa agar memperolehi kehidupan yang kekal dan kembali pada hari kiamat.
6. Konsep kebangkitan: Nabi Isa bangkit semula dari alam kubur selepas tiga hari dikebumikan. Beliau terus naik ke langit serta duduk sebelah di kanan Tuhan untuk memerintah manusia. Semua orang mesti mempercayai bahawa Nabi Isa bangkit dan hidup kekal supaya mereka juga akan beroleh kehidupan yang kekal.
7. Tuhan Yesus: Paulus menegaskan dengan yakin bahawa Nabi Isa adalah tuhan. Dengan adanya dasar ini, maka lahirlah prinsip Triniti yang menetapkan Tuhan itu terdiri daripada tiga peribadi, Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.
Kesemua ajaran-ajaran di atas ini adalah yang ditunjukkan oleh Paulus dan dialah orang yang bertanggungjawab mewujudkan semua ajaran sesat tersebut. Segala ajaran-ajaran tersebut adalah bohong belaka. Sebagaimana yang telah dikatakan Paulus dalam surat kepada jemaah di Roma, "Jika perbuatanku yang tidak benar, menyebabkan apa yang benar tentang Allah semakin nyata, sehingga Dia dipermuliakan, mengapa aku disalahkan sebagai orang berdosa?" (Roma 3:7). Jelaslah sekarang bahwa Paulus sebenarnya seorang pendusta. Dia sendiri yang membuat pengakuan sedemikian.
Perbezaan ajaran Nabi Isa dan Paulus
Terdapat banyak perbezaan antara ajaran asal Nabi Isa dengan ajaran Paulus. Antara yang boleh diperhatika adalah sebagaimana beriku:
1. Nabi Isa mengajarkan keimanan kepada Allah Yang Esa dan beramal saleh hanya kepada-Nya: “Sembahlah Tuhan Allahmu dan abdikan diri kepada Dia sahaja!” (Matius 4:10). Sedangkan St. Paul pula mengajarkan bahawa keimanan hanya untuk Jesus dan tidak perlu beramal saleh kepada Allah, “Meskipun demikian kami tahu bahawa orang berbaik semula dengan Allah kerana percaya kepada Yesus Kristus, dan bukan kerana mengikut Taurat. Kami pun percaya kepada Yesus Kristus, supaya kami berbaik semula dengan Allah melalui iman kami, bukan kerana kami mengikut Taurat. Dengan mengikut Taurat, tiada seorang pun dapat berbaik semula dengan Allah.” (Galatia 2:16).
2. Nabi Isa mengharamkan amalan memakan babi sesuai dengan hukum Taurat Musa: “Janganlah menganggap bahawa Aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya, tetapi Aku datang supaya semua ajaran itu berlaku.” (Matius 5:17). Sedangkan St. Paul pula menghalalkannya, “Kamu boleh makan apa sahaja yang dijual di pasar daging. Janganlah bertanya apa-apa, supaya tidak mengganggu hati nurani kamu.” (1 Korintus 10:25).
3. Nabi Isa mewajibkan amalan berkhatan sebagaimana syariat Nabi Musa: “Sesudah berumur lapan hari, tibalah masanya anak itu disunat. Dia dinamakan Yesus, nama yang diberikan oleh malaikat kepada-Nya sebelum Dia dikandung oleh ibu-Nya.” (Lukas 2:21). Sedangkan St. Paul meremehkan amalan berkhatan, “Dengarlah! Aku, Paulus, berkata kepada kamu: Jika kamu membenarkan orang menyunat kamu, hal ini bererti bahawa apa yang dilakukan oleh Kristus untuk kamu tidak bermakna apa-apa.” (Galatia 5:2).
4. Nabi Isa mengajarkan kepatuhan kepada hukum Taurat: “Janganlah menganggap bahawa Aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya, tetapi Aku datang supaya semua ajaran itu berlaku. Ingatlah! Selama langit dan bumi masih ada, titik atau huruf yang terkecil sekalipun di dalam Taurat, tidak akan dihapuskan jika semuanya belum berlaku.” (Matius 5:17-18). Sedangkan St. Paul menggugurkan hukum Taurat, “Dengan mengikut Taurat, tiada seorang pun dapat berbaik semula dengan Allah.” (Galatia 2:16).
5. Nabi Isa mengajarkan bahawa satu-satunya Juruselamat manusia hanyalah Allah Yang Maha Berkuasa: “Ampunkanlah dosa kami, kerana kami pun mengampuni setiap orang yang bersalah terhadap kami. Dan janganlah biarkan kami kehilangan iman ketika dicubai.” (Lukas 11:4). Sedangkan St. Paul mengajarkan bahawa Juruselamat yang sebenar adalah Jesus, “Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting: Kristus mati kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam Alkitab.” (1 Korintus 15:3).
6. Nabi Isa mengajarkan bahawa taat kepada hukum Taurat merupakan jalan keselamatan: “Sebaliknya, sesiapa mentaati Taurat dan mengajar orang lain berbuat demikian, orang itu akan menjadi penting antara orang yang menikmati Pemerintahan Allah.” (Matius 5:19). Sedangkan St. Paul mendakwa bahawa taat kepada hukum Taurat menyesatkan, “Sekarang kamu harus mengampuni dia dan menggalakkan dia, supaya dia tidak terlalu sedih hati sehingga putus asa.” (2 Korintus 2:7).
7. Nabi Isa mengajarkan bahawa dosa akan diampuni sekiranya meminta ampun kepada Allah: “Ampunkanlah dosa kami, kerana kami pun mengampuni setiap orang yang bersalah terhadap kami. Dan janganlah biarkan kami kehilangan iman ketika dicubai.” (Lukas 11:4). Padahal St. Paul mengatakan bahawa dosa diampuni dengan pengorbanan darah Jesus yang disalib, “Hal itu demikian, kerana dengan kematian Kristus kita dibebaskan; maknanya Allah sudah mengampunkan dosa kita.” (Efesus 1:7).
8. Nabi Isa mengakui dirinya sebagai manusia biasa: “Lihatlah, saatnya sudah tiba bagi Anak Manusia diserahkan ke dalam kekuasaan orang berdosa.” (Matius 26:45). St. Paul pula mendakwa bahawa Jesus adalah Anak Allah, “Dia terus pergi ke rumah-rumah ibadat dan mula mengisytiharkan berita bahawa Yesus Anak Allah.” (Kisah Para Rasul 9:20).
Sekadar selingan...

Saturday, December 15, 2007
Kesesatan Ajaran Santo Paulus (St. Paul)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Family...

kenangan terindah bersama spupuku...
My Family...

My lovely person... (atok & nenek)
5 comments:
Sewaktu agama Kristian yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. sedang meningkat pengaruhnya(dalam kitab Injil tiada perkataan atau ugama Kristian jadi kenapa anda kata nabi Isa membawa ugama Injil?dalam Al-Quran juga tidak ada perkataan ugama Kristian..apakah anda sedang melakukan satu pembohongan?)
Dimana dalam Alkitab Paulus menyesatkan ..... Jangan fitnah lah..
Nyata nya emang sesat kok, orang udh di suruh khitan, haram memakan babi, suruh nyembah hanya kepada Allah, malah sebaliknya, kesesatan murni ada di Paulu
Jangan lupa kau baca Petrus 2 : Anggaplah kesabaran Tuhan kita sebagai kesempatan bagimu untuk beroleh selamat, seperti juga Paulus, saudara kita yang kekasih, telah menulis kepadamu menurut hikmat yang dikaruniakan kepadanya. Hal itu dibuatnya dalam semua suratnya, apabila ia berbicara tentang perkara-perkara ini. Dalam surat-suratnya itu ada hal-hal yang sukar difahami, sehingga orang-orang yang tidak memahaminya dan yang tidak teguh imannya, memutarbalikkannya menjadi kebinasaan mereka sendiri, sama seperti yang juga mereka buat dengan tulisan-tulisan yang lain.
2 Petrus 3:15-16
Ada kah tertulis dalam Qur'an mu di suruh sunat, dalam bangsa Yahudi sunat itu adalah perjanjian ADONAI Elohim kepada Abraham bagaimana dengan Islam
Post a Comment