Sekadar selingan...

Sekadar selingan...

Saturday, December 15, 2007

Percanggahan di dalam Bible

Oleh kerana Bible bukanlah kalam Tuhan yang sebenarnya, maka sudah tentu banyak kelemahan dan kecacatan yang boleh didapati di dalamnya. Salah satunya adalah percanggahan yang begitu ketara di antara satu ayat dengan ayat yang lain. Hal ini diakui sendiri oleh Prof. Madya dalam bidang ilmu Bible, Allen D. Callahan di dalam artikelnya Gospels are Not Eye Witness Accounts, “Apabila kita menganggap Gospel sebagai fakta-fakta kehidupan Nabi Isa, kita mendapati ada di antara isi-isinya yang tidak selari. Malah kita mungkin menemui beberapa maklumat yang bercanggah antara satu sama lain. Sebabnya adalah pendekatan-pendekatan yang digunakan.”

Seorang lagi tokoh Kristian, Harold W. Attridge berkata, “Kebanyakan orang Kristian dahulu percaya kisah-kisah Nabi Isa yang terdapat di dalam Gospel benar-benar berlaku. Walau bagaimanapun, mereka terpaksa berdepan dengan beberapa masalah kerana ada begitu banyak percanggahan dalam kisah-kisah itu. Namun pada dasarnya, mereka menerima hakikat bahawa kisah-kisah di dalam Gospel dapat dimanfaatkan untuk membentuk akhlak.” Hal yang sama disebutkan oleh Prof. John Dominic Crossan di dalam artikelnya Evolution of the Four Gospels.

Antara beberapa percanggahan seperti yang terdapat di dalam Bible Alkitab Berita Baik terbitan The Bible Society of Malaysia dan Bible Alkitab Terjemahan Baru terbitan Lembaga Alkitab Indonesia adalah seperti berikut.

PERCANGGAHAN DI DALAM PERJANJIAN LAMA

Percanggahan 1: Siapakah anak Raja Daud yang kedua?

“Di Hebron lahirlah bagi Daud anak-anak lelaki. Anak sulungnya ialah Amnon, dari Ahinoam, perempuan Yizreel; anaknya yang kedua ialah Kileab, dari Abigail, bekas isteri Nabal, orang Karmel; yang ketiga ialah Absalom, anak dari Maakha, anak perempuan Talmai raja Gesur.” (2 Samuel 3:2-3).

Bercanggah dengan:

“Inilah anak-anak Daud yang lahir bagi dia di Hebron; anak sulung ialah Amnon, dari Ahinoam, perempuan Yizreel; anak yang kedua ialah Daniel, dari Abigail, perempuan Karmel.” (1 Tawarikh 3:1).

Percanggahan 2: Raja Salomo mempunyai berapa buah kandang untuk kereta kuda?

“Raja Salomo juga mempunyai 4,000 buah kandang untuk kereta kuda dan kudanya. Baginda mempunyai 12,000 orang pasukan berkuda. Sebahagian daripada pasukan itu ditempatkannya di Yerusalem, dan yang lain ditempatkannya di berbagai-bagai kota lain.” (2 Tawarikh 9:25).

Bercanggah dengan:

Raja Salomo mempunyai 40,000 buah kandang untuk kuda yang menarik kereta kuda, dan 12,000 ekor kuda bagi pasukan berkuda. (1 Raja-Raja 4:26).

Percanggahan 3: Raja Daud dan tenteranya membunuh berapa orang tentera berkuda? Pasukan berkuda atau pasukan berjalan kaki?

“Tetapi tentera Israel memukul mundur tentera Siria. Raja Daud dan tenteranya membunuh 700 orang pemandu kereta kuda dan 40,000 orang daripada pasukan berkuda. Mereka juga mencederakan Sobakh, panglima tentera musuh, lalu dia mati di medan pertempuran.” (2 Samuel 10:18).

Bercanggah dengan:

“Tentera Israel memukul mundur tentera Siria. Raja Daud dan tentera baginda membunuh 7,000 orang pemandu kereta kuda dan 40,000 orang daripada pasukan berjalan kaki. Mereka juga membunuh Sobakh, panglima tentera Siria.” (1 Tawarikh 19:18).

Percanggahan 4: Tangki Raja Salomo dapat menampung berapa liter air?

“Tangki itu diletakkan di atas belakang dua belas ekor lembu jantan yang dibuat daripada gangsa, yang menghadap ke luar: tiga menghadap ke utara, tiga menghadap ke barat, tiga menghadap ke selatan, dan tiga menghadap ke timur. Tebal tepi tangki itu 75 milimeter. Tepi tangki itu seperti tepi cawan yang melengkung ke luar seperti kelopak bunga. Tangki itu dapat menampung air sebanyak 60,000 liter.” (2 Tawarikh 4:5).

Bercanggah dengan:

“Tangki itu diletakkan di atas belakang dua belas lembu jantan yang dibuat daripada gangsa, yang menghadap ke luar: tiga menghadap ke utara, tiga ke barat, tiga ke selatan, dan tiga ke timur. Tebal tepi tangki itu 75 milimeter. Tepi tangki itu serupa tepi cawan, yang melengkung ke luar seperti kelopak bunga bakung. Tangki itu dapat menampung air sebanyak 40,000 liter.” (1 Raja-Raja 7:26).

Percanggahan 5: Tiga bulan sepuluh hari atau tiga bulan sahaja?

“Raja Yoyakhin berumur lapan belas tahun ketika baginda menjadi raja Yehuda, dan baginda memerintah di Yerusalem selama tiga bulan dan sepuluh hari. Raja Yoyakhin juga berdosa terhadap TUHAN.” (2 Tawarikh 36:9).

Bercanggah dengan:

“Raja Yoyakhin berusia lapan belas tahun ketika baginda menjadi raja di Yehuda. Baginda memerintah di Yerusalem selama tiga bulan. Bonda baginda bernama Nehusta anak Elnatan dari Yerusalem. Raja Yoyakhin juga berdosa terhadap TUHAN, seperti yang dilakukan oleh ayahanda baginda.” (2 Raja-Raja 24:8-9).

PERCANGGAHAN DI DALAM PERJANJIAN BARU

Percanggahan 1: Bagaimana cara Yudas pengkhianat mati?

“Yudas melempar wang itu ke dalam Rumah Tuhan lalu meninggalkan mereka. Kemudian dia pergi menggantung diri.” (Matius 27:5).

Bercanggah dengan:

“Yudas membeli sebidang tanah dengan upah yang diterimanya kerana melakukan perbuatan jahat. Di situ dia jatuh lalu mati; perutnya terbelah dan isi perutnya terburai.” (Kisah Para Rasul 1:18).

Percanggahan 2: Benarkah Yohanes seorang Elia?

“Jika kamu mahu percaya kepada perkhabaran mereka, Yohanes itulah Elia yang kedatangannya sudah dinubuatkan.” (Matius 11:14).

Bercanggah dengan

“Jika demikian, siapakah kamu?” tanya mereka. “Adakah kamu Elia?” “Bukan,” jawab Yohanes. “Adakah kamu Nabi itu?” tanya mereka lagi. “Bukan,” jawabnya.” (Yohanes 1:21).

Percanggahan 3: Apakah yang diberikan kepada Jesus, anggur yang bercampur mur atau hempedu?

“Lalu mereka memberi anggur bercampur mur kepada-Nya, tetapi Ia menolaknya.” (Markus 15:23).

Bercanggah dengan:

“Lalu mereka memberi Dia minum anggur bercampur hempedu. Setelah Ia mengecapnya, Ia tidak mahu meminumnya.” (Matius 27:34).

Percanggahan 4: Kesaksian Jesus benar atau tidak?

"Kalau Aku bersaksi tentang diri-Ku sendiri, maka kesaksian-Ku itu tidak benar." (Yohanes 5:31).

Bercanggah dengan:

"Biarpun Aku bersaksi tentang diri-Ku sendiri, namun kesaksian-Ku itu benar." (Yohanes 8:14).

Percanggahan 5: Benarkah Jesus disalib pukul 9 pagi?

"Mereka menyalibkan Dia pada pukul sembilan pagi." (Markus 15:25).

Bercanggah dengan:

"Masa itu hampir pukul dua belas tengah hari, dan esok Perayaan Paska. Pilatus berkata kepada semua orang di situ, “Inilah raja kamu!” (Yohanes 19:14).

PERCANGGAHAN ANTARA PERJANJIAN LAMA DENGAN PERJANJIAN BARU

Percanggahan 1: Adakah Tuhan boleh dilihat?


Perjanjian Lama: “TUHAN berfirman kepada Musa dengan bersemuka, sebagaimana seseorang bercakap dengan sahabatnya. Kemudian Musa kembali ke perkhemahan, tetapi Yosua anak Nun, pemuda yang menjadi pembantu Musa, tinggal di dalam Khemah TUHAN.” (Keluaran 33:11).

Bercanggah dengan:

Perjanjian Baru: Tidak seorang pun pernah melihat Allah.” (1 Yohanes 4:12).

Percanggahan 2: Adakah Tuhan berubah-ubah fikiran-Nya?

Perjanjian Lama: “Allah melihat perbuatan mereka; Dia nampak bahawa mereka tidak lagi berbuat jahat. Oleh itu Dia mengubah fikiran-Nya dan tidak melaksanakan hukuman yang dirancangkan-Nya terhadap mereka.” (Yunus 3:10).

Bercanggah dengan:

Perjanjian Baru: “Setiap pemberian yang baik dan sempurna datangnya dari syurga dan diturunkan oleh Allah, Pencipta semua cahaya di langit. Dia Allah yang tidak berubah, dan Dia tidak menyebabkan kegelapan apa pun.” (Yakobus, 1:17).

Percanggahan 3: Benarkah Tuhan Maha Esa?

Perjanjian Lama: Tiada tuhan-tuhan lain kecuali Aku. Akulah Allah yang adil dan yang menyelamatkan, tiada yang lain kecuali Aku. Berpalinglah kepada-Ku sekarang hai bangsa-bangsa di seluruh dunia, supaya kamu diselamatkan! Akulah satu-satunya Allah, selain Aku, tiada yang lain.” (Yesaya 45:21-22).

Bercanggah dengan:

Perjanjian Baru: “Dia datang untuk menghukum orang yang tidak mahu mengakui Allah dan orang yang tidak mahu mentaati Berita Baik tentang Jesus Tuhan kita.” (1 Tesalonika 1:8).

Percanggahan 4: Apakah hukum berkhatan?

Perjanjian Lama: “Ketika Ishak berumur lapan hari, Abraham menyunatnya, menurut perintah Allah.” (Kejadian 21:4).

Bercanggah dengan:

Perjanjian Baru: “Kerana pada masa kita bersatu dengan Kristus Yesus, bersunat atau tidak bersunat tidaklah menjadi soal. Yang penting hanyalah kepercayaan kepada Kristus, dan hal itu nyata dalam kasih kita kepada orang lain.” (Galatia 5:6).

Percanggahan 5: Apakah hukum memakan babi?

Perjanjian Lama: “Jangan makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun berkuku belah tetapi binatang itu tidak memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, dan jangan sentuh bangkainya.” (Ulangan 14:8).

Bercanggah dengan:

Perjanjian Baru: “Segala sesuatu yang sudah diciptakan oleh Allah itu baik. Tiada satu pun yang harus ditolak. Terimalah segala-galanya dengan mengucap syukur kepada-Nya, kerana firman Allah dan doa yang diucapkan menjadikan makanan itu suci.” (1 Timotius 4:4-5).

Konklusinya, kewujudan pelbagai percanggahan di dalam Bible memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Di dalam The Catholic Encyclopedia menyebutkan, “Kewujudan banyak percanggahan di dalam Gospel memang diketahui dan diakui sendiri orang tokoh-tokoh Kristian.” B. A. Robinson di dalam artikelnya yang bertajuk Inerrancy: Is the Bible Infallible, Inerrant, Free of Error menulis, “Bagi tokoh-tokoh ilmu dalam bidang ketuhanan yang bersikap liberal, ramai dari kalangan mereka mengakui bahawa Bible memang mempunyai pelbagai kesilapan disebabkan ia ditulis dan disunting oleh manusia biasa.”

1 comment:

SAHABAT MALAYSIA & RUSIA said...

Assalamualaikum
amat menarik page kamu

saya ingin menanyakan pada kamu:
camne nak buat satu page satu tajuk, means kalau kite tekan nak view blog die tak kuar semua tajuk. camne ek?

sila komen di blog saya

http://thaqib90.blogspot.com/

My Family...

My Family...
kenangan terindah bersama spupuku...

My Family...

My Family...
My lovely person... (atok & nenek)